Wednesday, February 6, 2013

Hukum Menyambut Hari Kekasih | Valentine's Day

6

Hukum Menyambut Hari Kekasih | Valentine's Day

Hari valentine ialah Hari Memperingati kematian Pope/Paderi bagi agama
Yahudi. Justeru itu umat Islam DILARANG untuk menyambut dan memperingati
hari tersebut kerana ia bukan dari ajaran Islam.


Keputusan: 
 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah: 
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.

Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:
من تشبه بقوم فهو منهم     
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.
(Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.
 (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi
umat Islam akan datang.
 
Harus berkahwin pada 14 februari dengan syarat jangan dikaitkan dengan
sempena apa-apa hari yang diraikan.

ada 3 pendapat tentang hari kekasih @ valentine's day
sila baca disini Pendapat Hari Kekasih @ Valentine's day



6 GigitaN:

aku dah lama abaikan benda² lagho camni..

err rasanya tak pernah smbut pun hihih :P

Jom...sambut birthday akak je!

kak mahh : heee.. lagi tak bley.. kna kuar bajet tuh hehehe :P

orang kafir xpernah pon smbut maulidur rasul.. sambutan tanda cinta pada Nabi Muhammad saw. knapa ntah kita terhegeh2 nak sambut sambutan org lain..

selalunya time ni lah banyak maksiat berlaku..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More