Header Ads

Anak Dibayar Rm600 Untuk Berhenti Guna Facebook



Anak Dibayar Rm600 Untuk Berhenti Guna Facebook

Boston : Seorang bapa dari Wellesley, **** membayar anak perempuannya
berusia 14 tahun sebanyak AS$200 (Rm600) agar berhenti menggunakan facebook selama
lima bulan.

****** dilaporkan memutuskan untuk membayar anak perempuannya, **** agar berhenti
menggunakan facebook dan remaja terbabit diminta menandatangani kontrak itu.

***** menutup akaun facebook dan memberitahu kata laluan miliknya kepada bapanya
selepas menerima wang itu.

Ini bukan kali pertama seorang pengguna facebook memutuskan untuk
berehat panjang daripada menggunakan perkhidmatan itu.

Akhbar The Guardian melaporkan bahawa dua pertiga pengguna facebook secara sukarela
berehat kerana khabar angin keterlaluan daripada kawan mereka dan bimbang mengenai
privasi masing-masing.

"Menurut kaji selidik terbari diterbitkan Pusat Penyelidikan Pew AS, hanya empat peratus pengguna
facebook memilih hak privasi, dengan satu peratus mengatakan mereka tidak suka berkongsi kehidupan
mereka di facebook. hanya dua peratus berkata, mereka memilih untuk berkomunikasi secara bersemuka,"
lapor The Guardian..



Sumber : Harian Metro : 8 feb

8 comments

selipar putih said...

macam-macam la omputeh ni..

Feroz Othman said...

selipar : heee.. kalu kat Malaysia ni dibayar pun susah nak berhenti hihihi :P

fyna said...

errr...macam-macam. kalau feroz, apa pilihan feroz? hahaha..

Feroz Othman said...

fyna : rm1000 sblan bayo den baru bley sain kontrak hahaha

ejulz said...

orang kita x mampu nak buat camtu. hehe

gigiAriEma said...

tudia aihh. smpai mcm tu skali. tp baguih gk la.

C.T.K said...

best jugak mcm ni..5bulan je kan..rela2...hahaha

Cik Fie said...

haha . banyak tu . RM600 !! :D

Powered by Blogger.