Syarat dan Borang Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)



Borang Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

wooahhhh.. diskaun diskaun..
kepada belia² yang berminat dan belum mendapatkan lesen B2 anda
boleh mencuba program BL1M ini..


Program BL1M ini adalah secara menyeluruh yang mana bermula daripada pringkat proses ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya lagi. Pada masa ini kos purata untuk mohon lesen B2 ini adalah sebanyak RM380.

Menerusi program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M), mereka yang ingin mendapatkan lesen tersebut hanya perlu membayar RM199


Kajian SHEB mendapati dalam tempoh 10 tahun lebih 200,000 orang telah didapati bersalah memandu tanpa lesen. Angka ini dalam realiti lebih besar memandangkan masyarakat memandang remeh dalam konteks ini serta kurang kesedaran bahaya menunggang tanpa lesen.


OBJEKTIF
•Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
•Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
•Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
•Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
•Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.

SYARAT BL1M  
1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun 
pada atau selepas 01 Januari 2013
2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
3. Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
4. Sihat tubuh badan
5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan 
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 
(dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
7. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
9. Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada bl1m@myeg.com.my atau hubungi talian helpdesk MyEG 03-7801 8888
10. Tiada cara pintas



program demi program bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan terutama kepada golongan belia²
di Malaysia.. weeee... masa inilah yang patut digunakan oleh
mereka² yang belum mendapatkan lesen untuk mendaftar..

Borang permohonan dan Cara Mendaftar Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) boleh didapati menerusi www.bl1m.my atau terus ke BL1M


10 comments

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. lesen kelas B2 tu apa? alaaa sheila takda lesen apape lagi. nak buat! boleh dapat murah tak? mohon keterangan yeee

Feroz Othman said...

sheila : sila tengok website dia utk lebih details..

Feroz Othman said...

krang terang pnjang2 silap plak hihihi.. so utk maklumat tepat try tgok website dia..

Zaidalifah Hussin said...

LESEN B2 TU UNTUK LESEN MOTOR LAH...

TQ...

Sheila Salim said...

ok thanks. sheila masuk website dulu :)

Sheema shay said...

eh, nak lahhhhh.... hikss hiksss...

Feroz Othman said...

hee.. a'ah utk motor :P hihih lupe jwab.. mekaceh zaidalifah..

Mira Adzlia said...

tkut plak nk bwk moto...hihi

IffahRina said...

tak pernah plak dengar pasal ni...tq tq...leh suruh adik amik lesen

Feroz Othman said...

mira : meh2 datim bwa motor hahaha..

iffah : baru lagi diperkenalkan..

Powered by Blogger.