Saturday, January 5, 2013

Lelaki Kacak vs Lelaki Tak Kacak

8

Lelaki Kacak vs Lelaki Tak Kacak

Kalau lelaki kacak pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak kacak pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki kacak berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak kacak berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki kacak menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak kacak menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki kacak dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak kacak dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki kacak ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak kacak ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki kacak penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak kacak penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki kacak bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak kacak bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki kacak tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak kacak tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki kacak menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak kacak menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki kacak bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak kacak bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

8 GigitaN:

untung lelaki kacak. semua ok jee di mata perempuan

nak wat cmne dah kite tak kacak.. haha.. adoi..

jom singgah baca.. =)
http://lolz-l.blogspot.com/2013/01/allah-maha-penyayang.html

Mana lelaki2 diluar sana. Mari tonjolkan diri. Nak tgk kekacakannya tu :) hehehe.. Kalau semua nk yg kacak je yg xkacak tu jadi lagu mana pulak?? Aduhh..

mohon tukarkan gambar ronaldo tu kepada gambar wa ok... ini amaran ni.... ekekekekek

hnahdy : untung la prempuan asyik cuci mata je :P

L : same la kite :P

baby : agak2 admin jiwarosak ni kacak tak ? hahaaha

potia : ta bley nnti org report abuse kalu letak gmbar ang hahaha :P

Ini namanya diskriminasi..
Untunglah kalau jadi lelaki kacak..
Tapi rupa tue takkan kekal selamatnya..
Dah tua nanti berkerut jugak..ye dok??

lelaki kacak idaman wanita. muehehe

myr : heee.. lumrah kehidupan :)

hazanis : amboih2.. kacak2 laju ja dia :P

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More