Monday, December 31, 2012

Tertipu dengan Pensyarah

6

Tertipu dengan Pensyarah

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!



p/s... hahaha naseb la sape yang dah jilat tadi... :P

Cara Memohon dan Senarai Telefon Pintar Rebat Rm200

11

Senarai Telefon Pintar Rebat Rm200

Pendaftaran Online Telefon Pintar Rebat Rm200 akan bermula pada 1 Januari 2013
pada pukul 7:00pagi

Bagaimana Cara Memohon Rebat Telefon Pintar Rm200 ?
 Bagi memudahkan proses permohonan, borang pra-pendaftaran perlu diisi secara dalam talian di laman sesawang www.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.
Cara Mendapatkan Rebat Telefon Pintar Rm200


Senarai telefon pintar yang akan ditawarkan adalah seperti berikut:
1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790


UPDATED 3/1/2013
- SEMUA JENIS TELEFON PINTAR dibenarkan untuk rebat rm200


anda boleh tengok syarat² layak memohon rebat rm200 di sini

Cara Memohon dan Senarai Telefon Pintar Rebat Rm200

Sunday, December 30, 2012

Akibat Bersetubuh dengan Rakan Baru Dikenali..

9

Akibat Bersetubuh dengan Rakan Baru Dikenali..

Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang dia orang buat di malam minggu tu berdua-duaan di dalam bilik wanita tu..... kira malam minggu tu milik dia oranglah. Selepas selesai melakukan adengan yang dicensoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder.

Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya; "Darling! ada mancis tak?". Ada kat dalam laci sebelah katil tu", jawab si wanita tu. Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu. Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya; "Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker? "Bukan" jawab si wanita tu. "Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?", "Bukan jugak" jawab wanita tu lagi. "Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa?" tanya silelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut "Yanggg! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan jantina" jawab si wanita tu dengan penuh manja.

AAAaaaawwWW?


p/s... hahaha padan muke ekauu..

Perfume untuk Awek Cun dan Mak Datin

8

Perfume untuk Awek Cun dan Mak Datin

Ada sorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan.

Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya."Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," katanya angkuh. Bengang giler mamat tu.

Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya. "Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau," kat mak datin tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi. Lagilar menyampah giler mamat tu.

Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sedia lar nak keluar dari lif. "Proootttt!!! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan "gas aslinya" dalam lif tu. "Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..,"kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua pompuan kerek yang mula termuntah dalam lif.



p/s... keh keh keh.. padan muke..

Saturday, December 29, 2012

Mengigau Nama Skandel

1

Lawak

pernah tak terjadi kat anda² yang telah berkahwin ?
bila tidur ja tetiba laki or bini anda sebut nama orang lain..
siapakah gelaran tuan punya nama ?

jangan gelojoh jangan meroyan.. ce siasat
siapakah gerangan tuan punya nama..
kot kot nama ceti hutang ka, nama kucing belaan ka,
atau nama mak pasangan anda ke.. (anak emakk...)
apa² pun kalu ini yang terjadi maka anda
kena take alert.. 

!!! BEWARE !!!

Untungnya Follower Beribu

16

Follower JiwarOsak.Com

Assalamualaikum selamat pagi.. hari ni aku nak share sedikit sebanyak 
cara jiwarosak.com mendapatkan pelawat lebih 5k setiap hari..

1st skali aku nak ucap jutaan terima kasih kepada mereka² diatas
kerana sudi follow blog merepek aku ini...
pelawat jiwarosak.com seharian

dan thanks juga untuk mereka² diatas kerana 1/4 or 1/5 daripada mereka yang follow
ini rajin singgah ke blog jiwarosak.com setiap kali entry baru di publish..

apa yang aku cuba sampaikan kat sini adalah
follower banyak membantu dalam peningkatan pelawat ke blog kita..
walaupun tidak semua follower akan singgah ke blog kita.. tapi atleast sebahagian 
atau suku akan singgah ke blog kita setiap kali kita post entry baru.
setiap kali login blogger kita akan nampak entry terbaru blog yang kita follow..

dari situlah datangnya traffik/pelawat kita.. so pastikan kita mempunyai ramai follower
supaya lebih ramai akan nampak entry terbaru kita.. dan pastikan tajuk kita menarik
supaya follower kita tertarik utk masuk ke blog kita..


antara tips tambah follower adalah :
1. blogwalking
2. segmen
3. giveaway
4. exchange follow
5. post entry menarik
6. ugut orang suruh follow (hahahaha)

heee... ada banyak lagi cara sebenarnya.. tapi rasanya cukup la 
5 cara untuk anda amalkan.. 
..selamat mengumpul follower..


Friday, December 28, 2012

Doa Masuk Masjid

1

Doa Masuk Masjid

"Ya Allah, ampuni dosaku dan buka bagiku pintu rahmatmu."

Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha

2

 Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha

akhirnya selepas dilanda dengan pelbagai kontroversi kini apek aka Khairul Fahmi Che Mat
dan Nur Eilunie Natasha SAH bergelar Suami dan Isteri..

Khairul Fahmi Che Mat dan Nur Eilunie Natasha @ Leuniey Natasha dinikahkan oleh Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib kira-kira pukul 10.25 pagi ini dengan disaksikan oleh ahli keluarga terdekat termasuk ibu bapa kedua mempelai di rumah keluarga Leuniey di sini.



 sah sebagai suami isteri
 Leuniey Natasha cantik bertudung
dengan sekali lafaz khairul fahmi che mat sah bergelar suami kepada Leuniey Natasha

apa² pun admin ingin mengucapkan TAHNIAH kepada khairul fahmi dan Nur Eilunie Natasha
semoga kekal sehinggah akhir hayat..



Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha
sumber : rotikaya & utusan

Lawak Sambung Cerita Kawan

1

Lawak Sambung Cerita Kawan

Pada suatu hari Ahmad dan rakan karibnya, Hassan, pergi memancing kat sungai.Dalam bosan-bosan menunggu ikan, Ahmad berkata,

Ahmad: aku ada satu cerita.
Hassan: cerita ape?
Ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
Hassan: yela...

Ahmad pun memulakan ceritanya...

Ahmad :satu hari aku pergi memburu.
Hassan : memburu.
Ahmad : aku masuk ke dalam hutan.
Hassan : hutan.
Ahmad : tiba-tiba aku rasa nak terberak.
Hassan : berak.
Ahmad : aku berlari ke semak.
Hassan :semak.
Ahmad : aku pun berak.
Hassan : berak.
Ahmad : satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.
Hassan : lagi.
Ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Hassan : dulu.
Ahmad : aku lihat tahi aku sudah tak ada.
Hassan : ada.
Ahmad : aku pun tertanya-tanya.
Hassan : tanya.
Ahmad : siapa makan tahi aku?
Hassan : aku....
Hassan : (*@%#(@%#@


Lawak Sambung Cerita Kawan

Syarat Kelayakkan Rebat Rm200 Pembelian Telefon Pintar

11

Rebat Rm200 Pembelian Telefon Pintar

Apakah Pakej Komunikasi Belia? 
Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk  mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).

Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.


Apakah syarat kelayakan untuk memohon Pakej Komunikasi Belia?

Syarat kelayakan adalah:
* Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
* Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
* Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.
* Model telefon pintar 3G yang ditawarkan dengan harga maksimum Rm500
* Hanya satu telefon pintar untuk seorang


Bagaimana cara untuk saya memohon?
Bagi memudahkan proses permohonan, borang pra-pendaftaran perlu diisi secara dalam talian di laman sesawang www.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.


Senarai telefon pintar yang akan ditawarkan adalah seperti berikut:

1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790

Nota:
1) di atas adalah pada 26 Dis 2012 dan senarai model akan dikemaskini dari
semasa ke semasa dalam laman web Pembekal Perkhidmatan;
2) Jenama, model dan kuantiti yang ditawarkan mungkin berbeza di kalangan yang berbeza
Pembekal Perkhidmatan.


untuk maklumat lanjut anda boleh layari ke..
http://nbi.skmm.gov.my/PKB_FAQ.htm

Syarat Kelayakkan Rebat Rm200 Pembelian Telefon Pintar

Thursday, December 27, 2012

BlackBerry Punya Pasal

9

Blackberry punya pasal

heeee... kan kan kan.. penat lelah kawan tuh beli
blackberry dengan sopan dan santun awek dia cakap jatuh dalam jamban..
hik hik hik..

tuh makan dia.. sepak terjun gaung hahahaha...

Doa Masuk Tandas

0

Doa Masuk Tandas

"Dengan namamu Ya Allah, aku mohon perlindungan kepadamu
daripada kejahatan syaitan."

Bila Beruang dengan Penguin Main Pingpong

4

Bear dan Penguin

dalam gambar kita tengok bear dan penguin memancing
tapi dalam video nie kita layan bila 
bear dan penguin main pingpong plak..
jom layan video lawak ni..


Uchop Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Ke 2

5

Uchop Selepas dinobatkan sebagai Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa
menerima trofi dan cash Rm100,000.00

Uchop Juara Vokal, Mohamad Yusof Ahmad, 28, atau lebih dikenali sebagai Uchop Berjaya merangkul gelaran JUARA Vokal selepas diberi saingan sengit oleh Naik Juara, Mar yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Uchop dengan lagu pilihannya ROCK yeyehhh..

turut membuat persembahan malam tadi Zamani, Saleem, One Nation Emcees dan juri-juri Vokal musim ke-2 seperti Ziana Zain, Hattan, Mas Idayu dan juga Azmeer.

pertandingan malam tadi memang menarik dan terhibur dengan nyanyian Uchop dan Mar
kedua²nya best dan terbaik.. mempunyai cara dan gaya tersendiri..
TAHNIAH kepada kedua² peserta final semoga
dapat bertapak lama di industri hiburan Malaysia..

antara nyanyian uchop sebelum bergelar Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa


Uchop Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Ke 2

Wednesday, December 26, 2012

Doa Keluar Tandas

1

Doa Keluar Tandas

"Segala puji bagiMU ya ALLAH, yang menghilangkan apa yang menyakitkan
dariku dan menyihatkan diriku"

Penjual Mee Rebus Rupanya..

2

telur 

Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.



p/s... heee... macam ni pun ada... cakap la awai² kan senang...

Cara Semak Saman Trafik Online Sms

1

Semak Saman Trafik Online Sms

diwaktu perayaan sedang orang bercuti ini pasti ada yang tidak terlepas
dari membuat kesalahan di jalanraya dan ramai tidak mempunyai
masa untuk semak saman sekiranya terkena..

kat sini admin share cara mudah untuk semak saman trafik online
dengan hanya menggunakan sms bagi memudah semua pengguna
untuk semak dengan lebih cepat..

Cara Semak Saman Trafik Online Sms

1. Taip: POLIS SAMAN No Plat kenderaan
Hantar ke 32728

2. Taip POLIS SAMAN No Plat kenderaan.
Hantar ke 15888

3. Taip POLIS SAMAN NO KAD PENGENALAN
Hantar ke 32728

mudah bukan ? hanya dengan menggunakan sms anda boleh
semak saman sekiranya terkena sewaktu bercuti..

Cara Semak Saman Trafik Online Sms

Tuesday, December 25, 2012

Doa Keluar Rumah

0

Doa Keluar Rumah

"Dengan namaMU aku berserah, kupohon perlindunganMU daripada menyesat ataupun disesatkan,
menyeleweng ataupun diselewengkan, menganiaya ataupun
dianiaya dan daripada membodohkan atau diperbodohkan. "

Penjaga Gol Terhebat ?

0

Penjaga Gol Terhebat ?


Monday, December 24, 2012

Doa Keluar Masjid

2

Doa Keluar Masjid

"Ya Allah, ampunilah dosaku dan bukakan bagiku
pintu keampunanmu."

Cara Semak Saman AES Online

3

AES - Automated  Endforcement System

sejak AES diperkenalkan di Malaysia terdapat banyak saman telah dikeluarkan
bagi mereka yang menyalahi undang² terutamanya yang berkaitan dengan kelajuan.

baru² ini admin telah pulang ke kampung di perak dan sepanjang perjalanan ke perak terdapat 
2 kamera AES yang di pasang di lebuhraya.. kat sini admin nak kongsikan sikit sebanyak
cara semak saman AES untuk mengetahui anda di saman atau tidak..

Cara Semak Saman AES - Automated  Endforcement System

Cara semak saman Trafik, semak Saman JPJ atau polis adalah dengan menaip
 POLIS SAMAN (No. plat kenderaan) dan hantar ke 32728.
Caj RM0.50 akan dikenakan.

atau

POLIS SAMAN (no plat kenderaan) and hantar ke 15888.
caj RM 0.20 akan dikenakan.

anda juga boleh semak saman AES online melalui..

Cara Semak Saman AES Online

Video Lawak Melukis dalam Kelas

1


orang lidi

kadang² bila kita tak paham dengan apa yang cikgu ajar kita jadi bosan
dan malas nak belajar.. so ini adalah salah satu
apa yang kita buat bila hilang fokus terhadap pelajaran dalam kelas

Saturday, December 22, 2012

Tips Mengekalkan Hati Sihat

1

Tips Mengekalkan Hati Sihat

Penjagaan hati dan penganbilan langkah-langkah pencegahan adalah penting untuk
merendahkan risiko penyakit-penyakit hati. Bagi pesakit yang mempunyai
penyakit-penyakit hati kronik, langkah-langkah mudah yang sama serta berkesan
boleh diambil untuk melambatkan perkembangan penyakit.

* Kurangkan beban hati anda dengan mengambil diet yang seimbang, kurang lemak,
kurang garam serta berserat tinggi.
* Dapatkan vaksinasi bagi mencegah jangkitan hepatitis A dan B. Gunakan kondom
semasa melakukan perhubungan seks dan hindari diri daripada bersentuhan dengan darah
atau cecair badan individu-individu yang telah dijangkiti.
* Amalkan penjagaan kebersihan peribadi yang baik seperti membasuh tangan selepas
menggunakan tandas atau sebelum makan.
* Kurangkan atau hindar pengambilan alkohol. Jika anda sedang mengalami
penyakit hati yang kronik, pengelakan sepenuhnya dari alkohol adalah penting.
Langkah ini mungkin dapat membaikpulih sesetengah kerosakan akibat penyakit hati
kronik dan mengelakkan daripada memburukkan lagi keadaan. Ia juga
menolong meningkatkan kesan terhadap rawatan.
* Selalu bersenam. Senaman menolong mengurangkan berat badan pesakit-pesakit
yang mengalami penyakit hati kronik atau obesiti.
* Makan khasiat tambahan yang menolong menjaga fungsi hati.
*diambil dari hospital selayang sewaktu melawat paksu sakit..

Tips Mengekalkan Hati Sihat

Anak Gadis Suka Bergayut

2

Anak Gadis Suka Bergayut

Seorang ayah mempunyai anak gadis yang suka sangat 'bergayut' kat telefon. Setiap kali menerima telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti.. Entah apa yang dibualkan pun tak tahulah...

Suatu hari.. telefon berdering, anak gadisnya bergegas mengangkatnya.. ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai... Tapi.. Alangkah terkejutnya.. apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 JAM bukan 5 Jam seperti biasa...

"Tunggu sekejap.... Siapa yang talefon tu?" tanya ayahnya kehairanan..

"Tak tahu la ayah... salah Nombor! " jawab anaknya sambil tersengih..

Friday, December 21, 2012

Nasi tidak Bubur Pun tidak...

8

apakah ini.. ?

heeee.. disebabkan kesihatan tak berapa nak sihat selama 4 hari 
menyebabkan gusi bengkak dan terluka..

alahaii.. gusi kiri, kanan, lelangit, dan lidah terluke.. 
so agak payah nak makan mahupun telan..
dah 2 hari tak makan.. 
naseb la perut aku sblum nie banyak simpan mkanan so masih la bley bertahan..
tapi sampai bila nak bertahan dengan keadaan yang tak mengizinkan...

akhirnya terpaksa gak sumbat sesuatu dalam badan sebelum pitam kat mana²
sebelum sampai ke tempat kerja..

akhirnya terfikir untuk blander nasi untuk senang telan..
nak tak nak terpaksa makan.. so itulah jawapan nya utk gambar diatas..
nasi selepas diblender.. walaupun rasanya agak pelik dan melekat2..
tapi agak mudah untuk telan.. so dapat la gak suap sikit sebanyak untuk
dijadikan tenaga..

harap² dapat cepat sembuh sebelum akhir tahun.. 
dapat keluar makan dengan kawan² kalu tak terpaksa tengok orang makan jela..

Janda Baik

2

Janda Baik

Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.

Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.

" Mahukah saudara ditemani ? " soal janda tersebut dengan nada yang manja.
" Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! " balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.
" Baguslah , " kata janda itu pula.
" Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara..... "

Thursday, December 20, 2012

Pemandu Teksi Puduraya TAK IKUT METER

8

TEKSI INI MENGGUNAKAN METER

DAH TERANG LAGI BERSULUH ditampal dipintu dan pasang bumbung teksi
tapi masih terkena pada ramai orang..

isnin lepas sewaktu nak pulang dari klinik 1Malaysia di puduraya
ingat nak balik naik lrt tpi disebabkan demam panas dan jalan tak brapa nak elok so
aku ambik keputusan untuk balik naik teksi.. so bila nak naik teksi kna la seberang jalan..

tengok di seberang jalan bawah jambatan dah ada 3 or 4 teksi yang menunggu..
fuhhh lega.. takyah nak tunggu² lagi..

feroz : bang, pergi kg pandan tak ?
teksi 1 : rm20
feroz : TAKPAYAH
teksi 1: habis brapa ?
feroz : ikut meter la..
teksi 1 : buat bodoh je..

then tak puas hati aku pergi ke teksi ke 2
feroz : abg, kg pandan pergi ?
teksi 2 : tadi teksi depan dah letak harga
takkan saya nak tawar plak karang apa dia kata..
feroz : @$#*%@!&# O.o" ( 2 x 5 rupanya)

alahaiii.. disebabkan tak brapa nak sihat so malas nak layan sangat.. then jalan depan sikit
dan tahan teksi yang sedang bergerak.. dan ternyata
teksi yang bergerak sememangnya ikut meter
berbanding TEKSI YANG MENANTI..

dan bila sampai rumah tambang yang kena HANYA RM9.40
berbeza dari yang di caj oleh teksi 1 tadi sebanyak RM20.00

sooo... kepada kengkawan yang ingin menggunakan khidmat teksi sila
tahan teksi yang sedang bergerak dan jangan cari yang menanti..
orang demam panas pun dia nak cekik... grrrr....

tapi tak semua begitu.. 
try tanya dahulu kalu dia letak harga better cari yang bergerak or
yang menggunakan meter agar anda tidak tertipu..

Doa Istikharah

3

Doa Istikharah

doa istikharah ini diambil dari facebook rakan² semoga
dapat dijadikan amalan oleh rakan²..

Doa Istikharah
sumber : darussyifa.org

Wednesday, December 19, 2012

Doa Sebelum Tidur

2

Doa Sebelum Tidur

bismikallahumma ahya wa amutu
"dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati"




Doa Sebelum Tidur

Beli Tiket Wayang

3

Beli Tiket Wayang

Chot nak pegi tengok wayang kat panggung dgn isterinya. Sampai di kaunter
tiket, Chot beli dua tiket utk dirinya dan isterinya. Tak lama kemudian, Chot
datang semula ke kaunter tiket tadi dan membeli dua lagi tiket...

Kemudian, Chot datang lagi sekali untuk membeli dua lagi tiket. Kali ini penjual tiket
itu membuka sedikit cermin kaca di kaunternya dan bertanya, "Bukan ke encik
dah membeli dua tiket dan kemudian datang lagi untuk membeli dua lagi tiket tadi?"
Chot menjawab,

"Betul! Tapi ader sorang mangkuk hayun yang berdiri kat depan pintu masuk
panggung tu asyik koyakkan tiket saya ajer..."



p/s... hahaha susah gak kalu orang tak pernah pergi wayang nie..
heeee...

Tuesday, December 18, 2012

Doa Bangun Tidur

7

Doa Bangun Tidur

"segala puji bagi Allah yang menghidupkan diri ini sesudah dimatikan dan kepadanya kita kembali"

amalkan doa ini sebagai harian nescaya hidup anda lebih bahagia

Doa Bangun Tidur

Nasib Lelaki Gatal

4

Nasib Lelaki Gatal

Al kisah, Seorang mamat sedang kehausan nak mati akibat tak de air kat padang pasir. Sedang die mencari air, terjumpe la die dengan jin padang pasir.
Jin tu cakap...

"Aku akan tunaikan tiga permintaan kau, oleh sebab kau dah nak KO,
aku akan tunaikannye pada kehidupan lain engkau"

mamat tu pun cakap..."Pertama, aku nak jadi putih.
Kedua, aku nak sentiasa kene air supaya sejuk dan tak dahaga.
Ketiga, aku nak tengok punggung wanita tanpa mereka sedar"

mamat tu pun mati dengan tenang nye. Pada kehidupan lain,

mamat tu jadi...............

....mangkuk tandas wanita...




p/s.... hak hak hak.. padan muke..

Nasib Lelaki Gatal

Monday, December 17, 2012

Mencari Gadis Idaman

6

Mencari Gadis Idaman

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya?
Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..."

Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"
Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar,
penyayang dan menyintai saya sepenuh hati..."

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B' yang
pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"

Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi
untuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA'
dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya
juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ....."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : "BERCERMIN!"




p/s.... haaa kalu muke tak hensem takyah la demand
nak yang macam²

Sunday, December 16, 2012

Bilik Mayat

3

Bilik Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca 
kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada 
penjaga bilik berkenaan. 

Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. 
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg
 ketiga disambar petir. 

Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum? 
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...



p/s... heeee kalu kuat perasan pun susah gak kan :P
cahaya petir dianggap flash kamera :)~


Saturday, December 15, 2012

Jam Tangan Punya Pasal

4

Jam Tangan Punya Pasal

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"

Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapa pun. Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut dalam hatinya. Dia mengulangi pertanyaan sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?"

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra." Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu.Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun bersama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?" tanyanya lagi."Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama? Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang,

"Masalahnya?,
SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERRR!"




p/s... alahai pakcik ni.. jam tangan punya pasal pun kire
dari A sampai Z hihihi.. payah gak..

Friday, December 14, 2012

Orang Yang Memakan Debu Panas

1

Debu Panas di Bumi..

Orang Yang Memakan Debu Panas
Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku mempunyai kaum kerabat yang aku eratkan hubunganku dengan mereka tetapi mereka memutuskan, dan aku berbuat baik dengan mereka tetapi mereka membuat jahat kepadaku, aku berlemah lembut dengan mereka tetapi melakukan kekasaran terhadap aku”. Maka jawab Rasulullah, “Jika benarlah apa yang engkau katakan itu maka seolah-oleh engkau memberi makan abu panas (mereka melakukan dosa besar) dan Allah sentiasa bersama engkau memberi pertolongan selagi kamu mengekalkan sifat-sifat kamu”.


Huraian Hadith: 
1. Islam mengajar umatnya berbuat baik bagi mengeratkan hubungan antara keluarga walaupun kebaikan itu dibalas dengan keburukan.
2. Berbuat baiklah dengan kaum keluarga dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturahim, semoga mendapat keredhaan dan pertolongan daripada Allah.
3. Islam menghendaki umatnya mengerjakan kebaikan sesama keluarga untuk menjamin kesejahteraan.
4. Orang yang cuba melakukan permusuhan dan kemarahan kepada orang yang hendak berbuat baik dengannya adalah dimurkai oleh Allah dan dia akan mendapat seksaan diakhirat kelak.


sumber : islam.gov

Bila Kahwin Dengan Programmer

8



Kahwin dengan Programmer

Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found...

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied...

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters...

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It's by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use ... Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus. "



p/s... kesian isteri dia.. ada patut diisytihar unknown virus.. hahahaha

Thursday, December 13, 2012

Live Streaming Malaysia vs Thailand

2

Live Streaming Malaysia vs Thailand 
AFF Suzuki Cup 2012

malam yang ditunggu² telah tiba perlawanan ke final
antara Malaysia vs Thailand dan dibawa khas live streaming
oleh TV1

bagi mereka² yang bekerja sehingga malam atau tidak dapat menonton
perlawanan Malaysia vs Thailand anda boleh tonton di 
Live Streaming yang disediakan di blog ini..

semoga Harimau Malaya dapat memperoleh kemenangan dan membawa
team Malaysia ke FINAL untuk berdepan dengan Singapura sekali lagi..

..Go Tiger Go Tiger..

klik sini untuk live streaming

Tregedi di bulan Puasa

6

Terjun

Tregedi di bulan Puasa
Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah
bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki A berjaya
menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...
Lelaki A : Sama2, tapi anda harus membalas budi...
Wanita : Bagaimana?
Lelaki A : Tidur dengan aku....
Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!
Lelaki A : Baiklah kalau begitu...

Lelaki A itu melepaskan semula wanita itu.
Di tingkat 50, seorg lelaki B berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...
Lelaki B : Sama2, tapi anda harus membalas budi...
Wanita : Bagaimana?
Lelaki B : Tidur dengan aku...
Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!
Lelaki B : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu...

Lelaki B itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang
dapat menangkap wanita itu. Wanita itu mula ketakutan dan berharap,
jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa
tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki C berjaya
menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki C itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu
berkata-kata...

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas
jasa, saya akan tidur dengan anda.
Lelaki C : Astaghfirullah..
(lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)


p/s.... seee.. tak semua orang berfikiran sama.. kekalkan niat yang baik
nescaya anda akan selamat dunia dan akhirat..

Ranking Goal AFF Suzuki Cup 2012

0

Ranking Goal AFF Suzuki Cup 2012

Rank Pemain Malaysia AFF Suzuki Cup 2012 @ Harimau Malaya semuanya 1 gol heee..
agak2 next game ni boleh tak dorang lead goal  pecah kebuntuan bila menentang
thailand untuk mara ke final... 
harap² match malam ni Malaysia akan MENANG menentang Thailand..
atleast 1-0 ataupun seri 2-2

GO HARIMAU GO GO GO.. 

Jadual Match Separuh Akhir dan Final Nanti
Jadual Separuh Akhir/Final AFF Suzuki Cup 2012


sumber : AFF Suzuki Cup


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More