Sunday, September 30, 2012

Arnab Angora Menggali Lagi..

6

sejak dapat halaman taman aku ni dedua ekor arnab angora den
suka sangat dok gali lubang..
habis akar pokok digigit sampai putus..
si jantan skodeng si betina.. auuucakk aucakk..
si hitam bersihkan bulunya yang kotor akibat main pasir..
si putih asyik nyuruk dalam lubang..
si jantan lepak kat luar.. santai macam kat tepi pantai gitu..
hik hik hik..

Saturday, September 29, 2012

Video Lawak Burung Bijak dan Kelakar

1


Video Lawak
Burung Bijak dan Kelakar

Video Lawak Burung Bijak dan Kelakar

Friday, September 28, 2012

Santai Bola Manchester United vs Liverpool

1

muke ngantuk tapi still nak tengok bola
Manchester United vs Liverpool Anjuran TM
 Staff TM beserta Customer menonton perlawanan bola sepak
Manchester United vs Liverpool
kusyuk menonton bola sepak..
The Square, Publika, Solaris, Dutamas
minum air je dekat 20 kali tambah..

thanks to my friends yang sudi invite utk hadir ke event ini..
harap² lepas ini ada lagi event2 menarik dari TM
untuk customer² yg cumil seperti saya..
hik hik hik...



Thursday, September 27, 2012

Perasmian Perdana Menteri Malaysia di Pudu Sentral

0

 Menanti untuk ditandatangani oleh  
Perdana Menteri Malaysia
 Hitz Fm datang untuk meriuhkan keadaan dngan
pelbagai hadian menarik..

Pusat Siber yang baru dibuka penuh dengan pelawat
err meh add facebook abg meh.. hik hik..
Menanti Turn Pertandingan Futsal WPKL
 perempuan ramai test wallclimbing..
aku bertugas untuk memerhati agar aktiviti wallclimbing
berjalan dengan lancar :)
 dah lama tak panjat wallclimbing sampai lenguh tangan

 Perdana Menteri Malaysia datang melawat wallclimbing baru
di tingkat 4 pudu sentral

heee.. dah selamat ditandatangani oleh Dato Sri Mohd Najib
Perdana Menteri Malaysia
 kenyit kenyit mata dapat tiket free..
second round.. pasang tali sendiri dari bawah..
lolx
 disebabkan awek ramai pandang so terpaksa
bertungkus lumus pasang tali sampai ke puncak..
hik hik hik..
yeyyy.. akhirnya selesai pasang tali..
masa untuk makan..

 kini Tingkat 4 Pudu Sentral boleh dijadikan pusat belia yang menyediakan
Gym, Pingpong, Futsal, Pusat Siber, Wallclimbing, Bilik Tarian
untuk orang ramai terutamanya belia-belia sekitar Kuala Lumpur..

Wednesday, September 26, 2012

Doa Perlindungan Anak

1

Doa Perlindungan Anak

Tuesday, September 25, 2012

Suami Isteri Gaduh Pasal Like Gambar

7

Suami Isteri Gaduh Pasal Like Gambar

hihihih.. like tuh berpada-pada lah.. jangan sampai timbulkan
rasa curiga si isteri mahupun si suami..

Monday, September 24, 2012

Lawak Three Wishes frOm Genie

0

Three Wishes frOm Genie

hahaha.. rasa nak sekeh kepla genie ni pun ada..
hik hik hik..

terlajak perahu boleh berundur.. 
telajak kata buruk padahnya..

Sunday, September 23, 2012

Kena Baling Kasut bila dapat 100 markah exam

5

untung la dapat anak pandai macam ni..
hik hik hik

Saturday, September 22, 2012

Arnab Angora ku COMOT

3

tengok muka arnab angora ku yang cOmot

sejak dapat rumah ke 2 di halaman taman depan umah aku ni.. 
arnab² angora aku nie suka sangat gali lubang.. sampai dah ada 2 lubang untuk dorang
menyorok bila orang datang nak tengok dorang.. isk isk isk..

tengok rupa arnab tuh.. hari hari comot macam tuh kesahnya dok gali lubang..
setiap hari dok gali lubang.. sampai bekas makanan dia ilang 1 tatau la
tertanam ke atau dah disimpan dalam lubang.. isk isk isk..

naseb baik la dia tau keluar bila lapar.. kalu tidak memang payah la nak nampak 
arnab2 ni dok santai kat atas tanah.. isk isk isk..

Friday, September 21, 2012

Court Futsal Baru dibuka di Pudu Sentral

0

Court @ Tempat Futsal Baru dibuka di Pudu Sentral
 court futsal ini berada di tingkat 4
 siap ada gym, dan pingpong disini..
luas kan tempat futsal nie.. ?
 wall climbing turun dibina di tingkat 4 pudu sentral
tak sabar nak tunggu perasmiannya nnti..

yeyyy.. lepas nie makin rajin la aku gi bersukan kat sini..
hik hik hik.. hope dapat main free kalu keje kat sni hahaha..


Thursday, September 20, 2012

Download Contoh Surat Permohonan Kerja

2

Contoh Surat Permohonan Kerja

disebabkan terdapat permintaan dari beberapa pelawat blog kini
kami menyediakan contoh surat permohonan kerja kepada
semua pelawat yang mencari contoh surat ini..
terdapat contoh gambar, contoh download surat dan contoh pembuatan
surat permohonan kerja disediakan disini..

Contoh Surat Permohonan Kerja

Contoh Cara Buat Surat Permohonan Kerja

diharap dengan adanya contoh surat permohonan kerja ini
dapat membantu anda semua memohon kerja dengan lebih
cepat dan terbaikk..

Tips Mendapat Ramai Kawan/Teman

5

Tips Mendapat Ramai Kawan/Teman

ramai diantara kita yang suka berkawan tapi tak ramai diantara kita yang pandai
mencari kawan.. terutama bagi mereka² yang pendiam dan tidak mahir berkomunikasi..

kat sini saya sharekan sedikit sebanyak tips mencari ramai kawan/teman

1. Selalu Senyum
- sentiasa tersenyum memudahkan seseorang itu bertegur sapa dengan anda
dan tidak dianggap sebagai seorang yang sombong.

2. Pendengar yang Baik
- pendengar yang baik merupakan kawan yang baik.. oleh itu anda perlu menjadi pendengar yang baik walaupun topik yang diceritakan agak membosankan. 
ini membuatkan rakan anda berasa diri mereka dihargai.

3. Jujur
- sentiasa jujur dalam persahabatan agar anda lebih dipercayai.
terutama dalam teguran dan nasihat.

4. Baik Hati
- sentiasa mengamalkan sikap baik hati. sentiasa bersikap baik dan positif
tidak mengutuk atau memburukan orang lain..

5. Sentiasa Bersama
- sentiasa disisi samada susah mahupun senang. memberi bantuan dan nasihat
yang diperlukan mengikut kesesuaian yg lebih membina..

6. Rajin
- mengamalkan sikap ringan tulang.. sentiasa membantu walaupun tidak disuruh..
tapi biarlah kena pada tempatnya jangan sampai diri sendiri merana..


Wednesday, September 19, 2012

Doa Menduduki Peperiksaan

1

Doa Menduduki Peperiksaan

Doa-doa Untuk Menduduki Peperiksaan
- doa pada pagi hari dan semasa menanti waktu peperiksan
(di luar dewan peperiksaan)
1. Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W
2. Membaca Al-fatihah
3. Membaca Ayatul Kursi
4. Membaca surah 4 Kul

Doa ketika memasuki dewan peperiksaan :
- dibaca ketika memasuki pintu dewan/bilik dengan kaki kanan
- hentakkan sedikit kaki kanan tersebut sambil bertakbir (allahuakbar)
"petir bertasbih memuji Allah, Malaikat bertasbih takutkan Allah"

Doa Semasa membuka helaian kertas soalan
- "Ya, tuhan permudahkanlah dan janganlah engkau susahkan.
Sempurnakan dengan kebaikan".

Doa Selepas menyerahkan kertas jawapan.
- "Dengan nama Allah aku berserah dan bertawakkal padaMu, tidaklah ada kekuatan dan upayaku kecuali dengan keizinanMu tuhan yang maha tinggi."

Doa selepas peperiksaan dan doa selama-lamanya
- "Ya Allah jadikan aku orang yang berjaya"

Semoga dapat diamalkan sambil mengharap keredhaan Allah agar mendapat kejayaan..

(tulisan jawi den tak pandai nak taip guna text ni..rumi je yang ada hik hik hik..)

Doa Menduduki Peperiksaan

Tips Mengelakkan Penceraian

0

 9 Tips Mengelakkan Penceraian

SEMUA pasangan suami isteri tidak menginginkan penceraian berlaku dalam perkahwinan yang dibina. Namun harapan saja tidak mencukupi, mereka seharusnya berusaha untuk menghindarinya. Jesteru ada banyak cara yang diketengahkan untuk mengelakkan berlakunya perpisahan suami isteri ini. Ia harus dipraktikkan oleh semua pasangan walaupun tatkalai ini anda sedang berbahagia.

Antara Tips Berkesan untuk menghindari penceraian adalah... :

1. Komunikasi dua hala
- biasakan diri untuk saling berkomunikasi bersama pasangan, baik ketika berada di rumah mahupun ketika sedang berjauhan. Jika ada masalah, sebaiknya dibincangkan ketika anda atau pasangan sedang santai. Ketidakharmonian rumahtangga biasanya bermula dari kurangnya komunikasi dua arah antara suami dan isteri. Masing-masing saling menyimpang masalah seolah-olah bersendirian meskipun berada di bawah satu bumbung.

2. Keterbukaan tentang masalah Seks
- Masalah seks ternyata antara penyebab berlakunya penceraian. Mungkin ramai yang lupa bahawa fungsi hubungan seksual selain untuk mendapatkan zuriat keturunan, juga adalah untuk rekreasi atau kesenangan dan ekspresi cinta. Ramai pasangan mengakui, hubungan seksual dilakukakn untuk menghilangkan tekanan setelah seharian bekerja.

Bagi mengelakkan kebosanan, tiada salahnya anda lebih kreatif dalam aspek kehidupan seksual. Lokasi, teknik atau posisi yang baru adalah antara cara yang boleh dilakukan. Namun perlu diingatkan, apa yang anda inginkan dalam hubungan seks harus dikomunikasikan dengan pasangan anda. Begitu juga sebaliknya.

3. Menerima pasangan seadanya
- Ketika seorang lelaki dan wanita berumahtangga dan hidup sebumbung maka sifat sebenar masing-masing akan terserlah. Sikap itu mungkin tidak sama seperti anda berdua di alam percintaan. Yang ada ketika itu hanyalah dua insan orang yang harus saling menyesuaikan diri. Inilah kehidupan perkahwinan yang sebenarnya. Anda dan pasangan belajar mengenali perbezaan masing-masing. Dalam tempoh mengenali ini, anda akan berhadapan dengan beberapa perkara yang boleh menumbulkan konflik. Antaranya seperti perbezaaan persepsi, wawasan, nilai, latar belakang dan keperibadian. Namun, perbezaan itu sebenarnya boleh diatasi jika masing-masing saling berusaha memahami dan menilai diri.

4. Jangan biasakan berbohong
- Pasti ramai yang pernah membohongi pasangan masing-masing, bukan ? Bagi suami, anda pasti tidak sanggup berterusterang dengan pertemuan bersama klien wanita yang cantik dan bijak hingga berlarutan ke lewat malam. Agar isteri tidak banyak bertanya dan anda sendiri enggan mencetuskan pertengkaran maka anda mengatakan perkara yang berbeza.

 Anda berbohong dengan alasan untuk kebaikan. Perlu anda ketahui, perkara ini sebenarnya akan berlanjutan dan lama kelamaan anda akan menganggap berbohong pada pasangan adalah perkara biasa. Supaya semua ini tidak terjadi maka sebaiknya anda ceritakan saja pada pasangan anda bahawa apa yang anda lakukan adalah untuk urusan pekerjaan semata-mata.

5. Jangan cemburu berlebihan
- Ramai yang menyatakan bahawa cemburu itu tandanya sayang. Betul ke ? Walaupun ada benarnya cemburu tandanya sayang, itu bukan bermakna anda atau pasangan boleh cemburu buta. Memang banyak perselisihan suami isteri yang berpunca daripada faktor ini. Lazimnya ia bermula dari salah tafsir dan sikap terbuka.

Misalnya seorang rakan telah melihat suami keluar berdua dengan rakan sekerja wanitanya dan tanpa bertanya anda menyerang suami dan menuduhnya bukan-bukan, sedangkan dia keluar atas urusan kerja. Nah, inilah yang disebut cemburu tidak bertempat atau cemburu buta.

6. Hindari Kecurangan
- Curang dengan pasangan selalunya terjadi kerana masing-masing tidak mahu saling terbuka atau mendengarkan apa yang dirasai atau dikeluhkan oleh pasangan. Contohnya, sang suami merasa jengkel kerana setiap kali pulang, isterinya tiada di rumah. Tapi keluhan itu tidak disampaikan oleh suami ataupun sudah disampaikan tapi tidak didengari.

Kecurangan juga berlaku kerana pasangan kesepian, tidak merasakan kepuasan seksual atau godaan dari luar seperti tempat hiburan dengan erotis, wanita perayu dan lain-lain. Bagi menyelesaikan masalah ini, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mencari punca permasalahannya, kemudian berusaha untuk hindari atau disingkirkan.

7. Cari Orang Tengah
- Sekiranya masalah yang berlaku antara suami isteri tidak dapat diselesaikan setelah puas berusaha, maka carilah bantuan orang ketiga sebagai orang tengah. Orang ketiga itu haruslah seorang yang dihormati oleh suami isteri, seperti mentua, bapa saudara mahupun sahabat yang sudah lama dikenali. Cara ini lebih baik berbanding anda bercerita dan mengadu kepada jiran, rakan atau teman sepejabat.

8. Tetap Mesra
- Agar hubungan anda dan pasangan tetap mesra, buanglah jauh-jauh persepsi bahawa kemesraan itu hanya dikecap ketika bercinta saja. Pada dasarnya, kemesraan itu boleh dikecapi asalkan anda berusaha.

9. Pasrah kepada yang Esa
- Berhadapan dengan permasalahan rumahtangga, perasaan emosi memang membuak-buak. Namun, jangan terbelenggu dengannya. Berdoa dan pasrahkan diri kepada yang maha Pencipta agar emosi tidak mempengaruhi tindakan dan permasalahan dapat diselesaikan dengan segera.

 9 Tips Mengelakkan Penceraian

sumber : Utusan Malaysia - 4sept 2012

Sunday, September 16, 2012

Tips Tidurkan Anak

4

Tips Tidurkan Anak

Rutin waktu tidur yang tetap dan berulang setiap malam amatlah penting untuk 
mewujudkan satu tabiat tidur yang baik.

MENYUNTIKKAN sedikit perubahan ringkas pada rutin waktu tidur boleh menyumbangkan kepada malam-malam yang lebih tenang.

Tidur dan mood yang baik saling bergantungan baik untuk ibu bapa mahupun si anak. Namun begitu, tidur berkualiti yang amat diperlukan oleh ibu bapa sering diganggu oleh anak kecil. Situasi inilah yang paling kerap menimbulkan rasa geram dalam kalangan 25 peratus daripada ibu bapa yang ditemubual.

Untuk melakukan perubahan dari segi pola tidur, anda mungkin perlu:

* Tetapkan satu waktu dan rutin tidur
* Perlukan banyak kesabaran
* Dapatkan sokongan daripada orang sekeliling
* Jika boleh, bekerjasama bertukar ganti tugasan menguruskan rutin waktu tidur

Mengapa anak tidak dapat tidur?
Seorang anak mungkin keletihan tetapi masih merajuk untuk terus berjaga. Situasi ini mungkin disebabkan naluri kanak-kanak yang ingin terus terjaga. Ia mungkin disebabkan naluri anak yang sentiasa ingin meneroka dan tidak berhasrat ketinggalan dalam segala hal.

Dalam aspek ini, ibu bapa boleh menentukan masa yang sesuai untuk anak masuk tidur. Malah, keperluan amaun tidur yang diperlukan setiap orang adalah berbeza. Misalnya, seorang anak berusia lima tahun mungkin memerlukan 11 jam untuk tidur setiap malam.

Penyediaan jadual waktu tidur yang praktikal boleh dilaksanakan dengan memastikan anak masuk tidur selepas 11 jam bangun pagi pada setiap hari.

Rutin waktu tidur yang tetap dan berulang setiap malam amatlah penting untuk mewujudkan satu tabiat tidur yang baik.

Ingatan' waktu tidur
Sebagai sebahagian daripada rutin anda, adalah baik jika anda memberi petanda vokal kepada anak bagi mengingatkannya tentang waktu tidur yang sudah tiba. Gunakan kata-kata pujukan seperti 'Nak, sudah tiba masa tidur' atau 'Selamat malam' atau ayat pujukan lain yang boleh membantu.

Tiada sebarang rayuan diperlukan kerana perbincangan yang meleret-leret hanya akan mengurangkan peluang anak untuk tidur.

Selesanya katil
Letakkan anak di tempat yang selesa baginya setiap malam. Tindakan ringkas ini sebenarnya mampu mewujudkan satu hubungan antara anak dan katilnya serta persekitaran dalam bilik tidurnya.

Jika anak enggan tidur di katilnya sendiri, ini mungkin satu cabaran besar bagi anda dan pasangan. Penolakan itu mungkin kerana takut dengan perubahan pada rutin yang sudah biasa diamalkannya. Namun, anda usah berputus asa kerana anda akan melihat hasilnya nanti.

SEORANG anak berusia lima tahun mungkin memerlukan 11 jam untuk tidur setiap malam.

Elakkan membiarkan anak tertidur ketika menonton televisyen atau DVD di atas katil. Jika perlu, pindahkan pemain DVD dan TV dari bilik tidur.

Tip-tip Penting Tidurkan Anak

* Sebaik sahaja anda berada di atas katil, jangan sesekali memberinya peluang menggunakan sebarang alasan untuk turun dari katilnya. Pastikan juga bilik tidurnya dilengkapi air minuman dan kemudahan tandas.

* Jika anak bertekad untuk mendapatkan anda dan pasangan agar terus bermanja dengannya, gunakan semula kata-kata pujukan tadi. Elakkan meninggikan suara anda. Sebaliknya, bercakap dengan baik dan cuba yakinkan anak bahawa sekarang adalah masanya untuk tidur.

* Jika anda belum ada peluang berjumpa dengan anak sehari suntuk, mungkin ada baiknya anda meluangkan sedikit masa bermanja dengannya. Antara aktiviti menarik yang boleh dikongsi bersama ialah membaca buku cerita, permainan jigsaw atau 'menidurkan' anak-anak patung di katil.

* Wujudkan larangan anak daripada bermain permainan komputer atau video pada sebelah petang kerana ini akan menyukarkan mereka untuk terlelap.

* Luangkan seberapa banyak waktu berkualiti dengan anak apabila dia terjaga dari tidur. Kebanyakan kanak-kanak terjaga untuk menghabiskan waktu bermain yang telah 'ditinggalkan' apabila terjaga sebelum ini.

Dengan berbekalkan tip ini, penyelarasan waktu tidur untuk si kecil yang baik mungkin mengambil sedikit masa tetapi yang penting, ia memuaskan hati setiap orang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.bbc.co.uk/parenting.

Tips Tidurkan Anak

Sumber : Kosmo

Saturday, September 15, 2012

Jangan Menghina Orang Yang Melakukan Kejahatan

5


Jangan Menghina Orang Yang Melakukan Kejahatan

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Apabila seorang hamba sahaya perempuan melakukan zina dan telah nyata zinanya maka sebatlah ia (dengan 50 kali sebatan) tetapi janganlah menghinanya (dengan kata-kata kesat), kemudian jika dia berzina lagi (buat kali keduanya), maka sebatlah dia tetapi janganlah menghinanya. Kemudian jika dia berzina lagi buat kali ketiganya, maka juallah dia sekalipun dengan seutas tali daripada bulu(haiwan)”. 

Huraian Hadith: 
Seorang hamba sahaya perempuan yang melakukan zina wajib disebat sebanyak 50 kali dan haram menghina dengan kata-kata kesat terhadapnya.

Pemilik hamba sahaya perempuan wajib menjual hamba itu jika hamba itu telah berzina sebanyak 3 kali sekalipun dengan harga yang sangat murah.

Islam mengajar umatnya supaya tidak menghina seseorang sekalipun dia telah melakukan perbuatan yang buruk.

Kita disuruh memisahkan diri daripada golongan maksiat atau memulaukan mereka supaya tidak bergaul dan bermuamalat dengan mereka.

Walaupun hamba itu disuruh supaya dijual tetapi tuannya mestilah memberitahu keaibannya (iaitu suka berzina) kerana penjual wajib memberitahu ‘aib barang yang hendak dijual.



Friday, September 14, 2012

Siapakah Ahli Neraka ?

5

Siapakah Ahli Neraka ?

Daripada Usamah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Aku berdiri dimuka pintu syurga lalu (kelihatan) kebanyakan orang yang masuk kedalamnya ialah orang-orang yang miskin, sedangkan orang-orang kaya ditahan, manakala ahli-ahli neraka pula disuruh bawa ke dalam neraka. Ketika aku berdiri dipintu neraka pula (kelihatan) kebanyakan yang masuk ke dalam ialah orang-orang perempuan”.

Huraian Hadith: 
Islam melarang umatnya daripada menghina orang-orang miskin kerana kemungkinan mereka mendapat tempat yang mulia disisi Allah.

Orang-orang perempuan hendaklah sentiasa mengawasi diri mereka lebih daripada lelaki kerana mereka mudah terdedah kepada melakukan perkara-perkara yang keji yang mengakibatkan mereka mudah masuk neraka.

Orang-orang miskin sekalipun mereka dhaif tetapi sekiranya mereka bersabar dengan kesusahan yang mereka hadapi serta membuat amalan-amalan baik nescaya mereka akan dimasukkan ke dalam syurga.

Rasulullah dapat mengetahui perkara ghaib seperti keadaan syurga dan neraka dengan diberitahu oleh Allah.

Wanita yang menjadi ahli neraka ialah yang derhakakan Allah, tidak menunaikan hak Allah dan hak manusia seperti nusyuz dan menafikan budi baik suami.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More