Thursday, August 30, 2012

Antara Sebab Lelaki ke Pasar Malam

9

Antara Sebab Lelaki ke Pasar Malam

errr.. sebagai lelaki yang pergi pasar malam.. admin ngaku
carta di atas adalah benar benar belaka..
hak hak hak..
kantoi suda...

Wednesday, August 29, 2012

Lawak Budak Sekolah

1

Lawak Budak Sekolah

admin pernah gak buat menda alah ni..
hik hik.. teringat zaman kecik2 dlu..
enjoy tada masalah.. bila dah besar dah bekerja banyak tanggungjawab
dan masalah yang datang.. tpi itu semua cobaan dan dugaan yang harus ditempuhi
oleh semua orang yang beriman.. :)

Tuesday, August 28, 2012

Buat Muncung Itik

10

Buat Muncung Itik

memang perangai budak2 suka tiru apa yang di lakukan oleh
orang dewasa.. terutamanya yg masih belum bersekolah..
so awasi tingkah laku dan percakapan anda dihadapan mereka :)

Monday, August 27, 2012

Lawak Heyyy Teksi

3

Heyyy Teksi

heee.. tegur atau tahan teksi ?

Sunday, August 26, 2012

Buaya Pun Nak Raya Ok..

4

Bila Buaya pun Nak Raya

heee.. apa korang nak buat bila ada tetamu tak diundang
datang nak beraya di rumah korang.. ? O.o"

Gambar Lawak

Saturday, August 25, 2012

Tengok Perempuan Seksi

Tengok Perempuan Seksi

errr... rezeki mata.. hik hik.
skali pandang takpa tapi kalu dah berkelip2 tuh bley bawa dosa..
wakakakka...

Himpunan Kemerdekaan Janji Ditepati

0


Himpunan Merdeka 55
Janji Ditepati sempena Ulang Tahun Kemerdekaan ke 55
di Stadium Nasional Bukit Jalil
31 Ogos 2012
jam 8 malam

Friday, August 24, 2012

Raya Sakan di Bowling Pandan Lake Club

0

 adik aku posing lebey
 mereka yang teman aku bowling di hari raya ke 3
 gaya sblum masuk longkang :P
 main bowling ke menari ni ?

 kasut pun nak berebut ke ? hihihih
 gaya seorang pemenang hihihih
 cumil tak saya.. ? hihihi
 joget sakan bile dah menang
 kami baru nak blajar bowling hihihi
 hahahaha gedik suda
busuk wehh stokin siapa nie.. hihihih

heee.. ada banyak lagi sbenarnya gambar raya sakan di
Ampang SuperBowl Pandan Lake Club
tapi rasanya cukup la yang ada nie.. hik hik hik

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Makna Doa Qunut

1

Makna Doa Qunut

Thursday, August 23, 2012

7 Mata yang di Cintai Allah

1

7 Mata yang di Cintai Allah

Wednesday, August 22, 2012

Kebaikan Solat Untuk Kesihatan

0

Kebaikan Solat Untuk Kesihatan

semoga dengan info ini kita lebih bersemangat
untuk bersolat..

Kebaikan Solat Untuk Kesihatan

Tuesday, August 21, 2012

Perkara Membawa Ke Syurga

2

Perkara Membawa Ke Syurga

sedikit sebanyak info agar dapat dijadikan rujukan
untuk kita beribadat kepada Allah s.w.t

Sunday, August 19, 2012

Kisah Imam Muda

0

Anak Soleh

kisah bermula 2 hari lepas waktu solat isyak..
lepas habis azan nak duduk saf depan tetiba mai sorang budak umur 15thn
pakai smart dah macam imam muda pun ada.. aku pun tegur la dia..

feroz : adk pakai dah smart2 tuh meh dok saf depan..
adk : (cenyum ja)

dua hari lepas tuh aku jumpa lagi adik nie.. 
tapi kali nie dia betoi betoi duduk depan..
heee.. skali dia jadi imam untuk sembahyang isyak da...
adeiii.. segan aku... hihihi..

ahahaha... silap tegur orang.. hihi kan betoi2
dia duduk depan.. haaa imam lagi..

Saturday, August 18, 2012

Tak Sabar Berbuka

0

Tak Sabar Berbuka

heee.. memang la tak elok melenggahkan waktu berbuka..
tapi pastikan anda tengok jam dahulu atau pastikan
azan tuh bukan dari TV ataupun hp.. takut takut silap time berbuka..
hik hik hik..

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri

3

Selamat Hari Raya AidilFitri

sebagai admin jiwarosak.com saya ingin memohon ampun dan maaf
sekiranya ada salah dan silap ketika menaip atau bertutur...
mohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kasut..
heeee.. 0-0 oke..

dendam merupakan penyakit hati.. sekiranya
ingin hati yang ceria dan hidup yang bahagia.. 
maafkan kesilapan dan kesalahan orang lain..

Selamat Hari Raya AidilFitri

Friday, August 17, 2012

Zakat Harta

0

Zakat Harta

sudah kah anda menunaikan tanggungjawab anda
untuk berzakat pada tahun ini.. ?

Zakat Harta

Koleksi Pantun Raya

4

Koleksi Pantun Raya

pantun pantun raya ini di godek² dari google, facebook, twitter, 
dan sewaktu dengannya..

mudah mudahan koleksi pantun raya ini dapat
memeriahkan hari raya aidilfitri yang bakal tiba..

Pantun Raya

ISNIN cari SELASA,
nak tanya nampak tak RABU,
agar ingatkan KHAMIS beritahu,
JUMAAT supaya tak lupa,
mesej kat SABTU
yang AHAD dah raya!!!


Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?


Buaya bukan sebarang buaya
buaya di bela dlm paya
salam ceria di hari raya
SMS murah dari kad raya…


Ramadhan berlalu, semoga bertemu kembali
Muslimin menyambut kemenangan di Aidilfitri
SMS dihantar mengganti diri
salah & silap harap dimaafi


Roti sebuku petai sepapan
Daun ketupat daun palas
SMS pengganti kad ucapan
Tanda ingatan tulus ikhlas


Pasang pelita di Aidilfitri
nampak halaman berseri-seri
SMS diberi penganti diri
Segala silap mohon dimaafi


bunyi mercun menyakitkan telinga ,
aku melatah bagai nak gila ,
rupanya dah nak cukup sebulan berpuasa ,
maknanya raya dah nak tiba


Kain Pelikat Panjang Sedepa
Hendak DiBuat Persalinan Raya
Keberkataan Ramadhan Harus DiJaga
Agar Aidilfitri Lebih Bermakna


beli petrol dipasar tani,
di beli bersama kuih keria,
pasaipa eksaited sangat ni,
puasa tak penuh ada hati nak raya!


bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta


Kura-kura berjalan lambat
Anak kera melompat-lompat
Kadraya nak hantar dah tak sempat
Cara SMS pun dah kira selamat.


Budak-budak main mercun, 
Jangan sampai terbakar tangan, 
Di Aidilfitri kita berhimpun, 
Hulurkan tangan meminta ampun


Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datun nenek muka Berseri,
Anak Cucu telah Kembali


Berbilang kaum hidup bersama 
Bersopan-santun amatlah mesra 
Tak kira bangsa juga agama 
Aidilfitri disambut dengan gembira 


Adik bermain ditepi paya,
Dimarahi mak kasihan dia,
Anta kuih raya jangan pula lupa,
Selitkan duit raye seringgit dua


jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
sms ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati.


Masak lemang sambil berdiri
Nak dimakan di Aidilfitri
Nak hantar kadraya posmen lak cuti
SMS ajelah yang boleh diberi


Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai.

rasanya cukup la koleksi pantun raya
yang ada ni.. harap2 korang suka
dengan koleksi pantun raya yang den sediakan ini..


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Tips Dapat Spender Free

2

Spender Koyak

heeee senang je nak dapat spender free.. cara dia just
gantung spender koyak korang macam nie.. 
nnti2 ada la orang baik or penduduk setempat yg kesian dan
dermakan korang spender baru..

hik hik hik..
ok tak idea ni.. ?

Thursday, August 16, 2012

Kad Ucapan Selamat Hari Lahir

0

Selamat Hari Lahir
Selamat Hari Jadi

terima kasih kepada rakan² yang sudi wish hari lahir aku yang lepas..
kat sini aku sertakan sedikit sebanyak kad ucapan Selamat Hari Lahir
ataupun Selamat Hari Jadi kepada rakan2 yang bakal menyambut ulang tahun
hari lahir mereka..
Kad Selamat Hari Lahir



 Kad Ucapan Selamat Hari Jadi

Kad Hari Jadi

Selamat Hari Lahir dan Selamat Hari Jadi
kepada mereka2 yang bakal menyambut hari lahir..
moga hari lahir or hari jadi anda tahun ini penuh berkat dan
dirahmati selalu.. aminnn..


Wednesday, August 15, 2012

Cara Pelaksanaan Solat Dhuha

4

Cara Pelaksanaan Solat Dhuha

mudah mudahan dengan adanya info ini
dapat sama-sama kita manfaatkannya..

Cara Pelaksanaan Solat Dhuha

Majlis Berbuka Puasa Kelab Rakan Muda Bukit Bintang

0

 Majlis Berbuka Puasa Kelab Rakan Muda Bukit Bintang
Turut hadir bersama TKP rakan muda
 penyampaian cenderahati kepada yang hadir
 mereka VOLUNTEER 
 Sempena Hari Kemerdekaan yang hampir TIBA





 Mr Frankie, s/u Barisan Nasional Parlimen Bukit Bintang


Terima Kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan program
Majlis Berbuka Puasa Kelab Rakan Muda Bukit Bintang

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More