Tuesday, July 31, 2012

2nd Time Apply Innity

10

Innity

fuuhhh.. Bismillah... akhirnya.. terbuka juga pintu hati aku
untuk apply innity for da second time..
hari tuh dah apply tadi direject innity
disebabkan oleh blog aku mengandungi popups fanpage..

kali ni fanpage dah lepas 5.4k like so rasanya dah cukup banyak untuk remove
dari blog dan akhirnya apply innity utk kali kedua..
harap² permohonan kali ke dua nie berjaya la ekk..

kepada sesiapa yang terbuka pintu hati untuk try syarikat iklan baru
anda boleh try 
Innity - 200k pageview syarat
admaxnetwork - pay usd (saya guna)
popads.net - usd (paypal)

syarikat iklan diatas adalah antara yang femes dan banyak digunakan oleh
blogger2 otai dan petai bagi meningkatkan earning blog mereka setiap bulan..
harap² earning blog korang juga akan meningkat..
aminnn...

Lawak Tudung UAI

5

Lawak Tudung UAI

heee.. saket perut layan lawak satu persatu nie..
rajin2 la godek banyak lagi lawak yang disediakan disini.

Monday, July 30, 2012

Tekanan Darah Tinggi

3

Tekanan Darah Tinggi

Bagaimana tekanan darah diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut -120/80mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangka masa yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar tekanan darah optima iaitu 130/80 mmHg.

Jenis-jenis Darah Tinggi

Hipertensi Primer
Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah:

- Sejarah hipertensi dalam keluarga
- Kegemukan
- Pengambilan garam dan alkohol yang melampau
- Merokok
- Tekanan yang melampau.

Hipertensi Sekunder
Bentuk ini, seperti yang digambarkan oleh namanya. Adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/ penyakit-penyakit yang lain seperti:

- Penyakit-penyakit ginjal
- Penyakit-penyakit endokrin
- Disebabkan ubat
- Kecacatan kelahiran
- Punca-punca lain.
- Komplikasi-komplikasi

Tekanan darah tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh senyap”) 
harus dipantau selalu dan dirawat oleh seorang doktor. Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti:-

* Strok - yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah
* Jantung - salur darah yang membekalkan otot jantung disekat sepenuhnya
* Kegagalan jantung- jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukup- cukupnya
* Kerosakan ginjal
* Kerosakan mata


Gejala
Biasanya, pada hipertensi primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapt hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut:-

- Tekanan distolik melebihi 90 mmHg
- Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari
- Tercungap-cungap
- Pandangan yang Kabur
- Pendarahan di hidung yang sering berulang
- Sakit kepala yang berterusan
- Pening
- Rawatan

Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diikuti untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan?
- Ingat untuk mengambil semua ubat-ubatan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda
- Baca label-label makanan dan ubat-ubatan dan pilih pilihan yang rendah garam
- Minta keluarga dan kawan-kawan anda untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup yang sihat
- Jika anda mempunyai hipertensi, runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda sebelum mengambil rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang lain memandangkan ia boleh saling bertindak dengan rawatan perubatan tekanan darah tinggi anda
- Nikmati kehidupan yang normal dengan memantau dan mengawal tekanan darah tinggi dengan sempurna

Elakkan
- Makanan yang tinggi lemak dan garamnya
- Makanan dan ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium
- Bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda
- Merokok
- Minuman beralkohol
- Kekurangan senaman
- Kerisauan
- Khuatir untuk berbincang dengan doktor anda mengenai gejala-gejala penyakit atau masalah-masalah berkenaan ubat-ubatan



Sumber : PMR

Lawak Ustaz Azhar Idrus

3

Lawak Tudung 

heee.. banyak plak troll by ustaz azhar idrus jumpa kat facebook ni..
sumber2 telah sedia tercatat kat gambar..

layankan jela lawak ustaz azhar idrus nie..

Sunday, July 29, 2012

Busuk.org Referrer Terbaik

10

Busuk.Org

hari ini aku nak share 1 lagi tips meningkatkan pelawat blog..
sebenarnya ramai dah tau.. tapi aku sharekan juga antara
sumber pelawat blog aku..

ramai orang suka ping.. tapi tak semua orang tau
tempat ping terbaik yang boleh menjana pelawat..
kat sini aku nak syorkan blogger menggunakan Busuk.Org untuk
ping entry blog.. bukan kerana blog tuh busuk.. tapi disebabkan
blog tersebut mampu memberikan pelawat setiap hari berganda-ganda..
bergantung kepada gambar, tajuk dan cerita entry anda..

pelawat yang diberikan oleh busuk.org kebanyakkannya
dari google dan pelawatnya sendiri.. so 
jangan tunggu lagi.. cepat cepat ping entry anda disana..

makin banyak anda ping.. makin banyak pelawat anda dapat
SELAMAT MENCUBA 

Malaikat Lalu ?

5

Malaikat Lalu

pernah tak waktu sekolah dulu bila cikgu takda..
sedang kita bising2 gelak2 gosip2 dan tiba-tiba semua diam
dalam 10-20saat dan tetiba ja mesti ada yang cakap
ni mesti malaikat lalu tuh semua diam..

errr.. betOi ke.. ?

Saturday, July 28, 2012

Tips Tambah Pageview Blog

8

Linkwithin
(jumlah pageview yang saya dapat dari linkwithin)

aku percaya setiap orang inginkan yang terbaik dengan blog masing masing..
tak semua mengharapkan blog mereka femes.. tpi rasanya semua mengharapkan blog mereka
dibaca oleh ramai orang.. atleast cerita yang mereka cuba sampaikan itu didengari
oleh pihak lain...

kat sini aku sharekan 1 tips macam mane nak tambah pageview
agar pelawat2 blog dapat membaca entry lain blog anda..
so takda la entry lama berkarat sampai kesudah..

PERCUMA benda alah ni memang PERCUMA..
apa yang perlu anda lakukan adalah upload gambar menarik di setiap
entry anda agar gambar tersebut kluar di linkwithin menarik minat
orang untuk klik entry anda..


dapatkan code Linkwithin anda disini..

Menjaga Kesihatan Mengikut Cara Nabi

2

Menjaga Kesihatan Mengikut Cara Nabi

Jom sama-sama kita amalkan cara menjaga kesihatanseperti nabi
agar sentiasa sihat dan bahagia...

Friday, July 27, 2012

Mtv Live Streaming

0

Mtv Live Streaming

wahh.. ada plak Mtv Live Streaming.. taktau la asal dari mana
owner dia kasi code untuk dikongsikan.. rasanya mungkin dari
brasil.. tapi lagu dia best gak.. layan sehh..
ape² pun selamat menonton dan mendengar Mtv Live Streaming

CLOSED

Mtv Live Streaming
semua live streaming didalam blog ini tidak di host oleh jiwarosak.com dan pihak admin tidak bertanggungjawab diatas host/live streaming yang ada..

Sakit Ketika Haid

4

Sakit Ketika Haid

SAKIT KETIKA HAID
Remaja atau remaja belasan tahun seringkali mengalami rasa tidak selesa atau sakit ketika datang haid. Ia bermula antara 6 bulan hingga 2 tahun dari kedatangan haid yang pertama. Keadaan ini juga dikenali sebagai dismenorhea atau kekejangan haid.

Apakah Penyebabnya?
- Biasanya ia berlaku ketika pengovulan (telur dikeluarkan dari ovari)
- Apabila seseorang wanita itu memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid.

Gejala-Gejala Biasa
- Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit belakang.
- Kelesuan
- Loya dan muntah
- Sakit kepala
- Keletihan dan pening
- Dalam beberapa kes kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam.

Jenis-jenis Sakit Haid (dismenorhea)

Primer:
- Berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid.Ianya akan berkurang apabila umur mereka meningkat atau selepas melahirkan anak.

Sekunder:
- Disebabkan oleh masalah-masalah sistem pembiakan seperti jangkitan kuman, endometriosis (kehadiran bahan berselaput dalam rongga pelvis).

Penjagaan sendiri
- Baring melentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda sebagai pengampu/penyokong.
- Letakkan pad panas atau botol air panas di atas abdomen anda atau di bahagian bawah belakang anda.
- Mandi dengan air suam.
- Urut di bahagian yang sakit.
- Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit pelvis.
- Teknik-teknik relaksasi
- Banyakkan berehat
- Atasi stres anda. Katakan 'tidak' kepada tekanan.
- Dapatkan tidur yang berkala/tetap ketika hendak datang haid.
- Pengawalan pemakanan.
- Tingkatkan pengambilan serat dan minum lebih banyak air untuk mencegah sembelit.
- Minum secawan teh pudina panas untuk melegakan kesakitan anda .

Rawatan
Rawatan perubatan yang boleh didapati termasuklah:

- Ubat penahan sakit seperti parasetamol, salisilat, ubat asid mefenamik atau ibuprofen. Walau bagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan ini.
- Pil-pil perancang keluarga atau kontraseptif yang diambil secara oral (menelan) boleh mengurangkan kesakitan haid primer.
- Sakit haid sekunder memerlukan nasihat doktor untuk rawatan yang berkesan.
- Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.
- Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada. 


Sumber : PMR

Punca Hati Menjadi Keras

7

Punca Hati Menjadi Keras

sama-samalah kita berhenti bergosip dan mengumpat
agar hati kita sentiasa bersih dan lembut

Thursday, July 26, 2012

Think Creative and You got the Answer

2

Think Creative

dapat tangkap tak ape yang dimaksudkan ?
2 + 2 = ikan

heee.. jangan fikirkan dari segi matematik...
tapi fikirkan dari segi lukisan
maka jawapan itu akan muncul :)

Wednesday, July 25, 2012

Cara Hack Facebook

0

Cara Hack Facebook

heeee mesti ramai yang pernah terkena hack dengan
rakan baik, family mahupun rakan sebilik kan kan kan.. ?
walaupun mereka hanya hack facebook untuk beberapa minit..
tpi status yang diaorg set mesti sengal gila kan kan kan..

hahaha.. laen kali kalu nak tinggal pc or laptop
pastikan anda dah logout takut terkena hack...
heeee.. saya pun da bnyak kali kena.. 
sob sob sob..

Cara Hack Facebook

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri

0

Zakat Fitrah

setiap tahun kadar zakat fitrah untuk setiap negeri berubah bergantung kepada
kadar bayarannya bersamaan dengan tiga cupak sukatan beras atau 
tiga kati dua belas tahil (dua Kilo 250 gram) (oktober 2007)

Waktu Membayar Zakat Fitrah
Dari Ibnu Umar r.a katanya:Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya membayar zakat fitrah sebelum orang ramai pergi solat..

Kewajipan Membayar Zakat 
Dari Ibnu Umar r.a katanya:Rasulullah s.a.w mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan atas setiap orang Muslim, biarpun dia merdeka tau hamba, lelaki atau perempuan iaitu segantang kurma atau gandum.

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedakah biasa seperti sedekah sunat yang lain.

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri
Negeri Kelantan : RM7
Negeri Terengganu : RM4.5/RM7/RM7.6
Negeri Pahang : RM7
Negeri Johor : RM5/RM8
Negeri Melaka : RM6.50
Negeri Sembilan : RM6.50
Negeri Selangor : RM7
Negeri Perak : RM7
Negeri Kedah : RM7
Negeri Pulau Pinang : RM7
Negeri Perlis : RM6
Negeri Sabah : RM7
Negeri Sarawak : RM6.50
Kuala Lumpur : RM7
Putrajaya : RM7


Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri

Apa Itu Zakat Fitrah dan Syarat 

Simple But Romantic

2

become Romantic

no need to try hard to be romantic.. just try to
be simple and the romantic will come to you..

Tuesday, July 24, 2012

Gambar BoboiBoy Musim ke-2

0

 Gambar BoboibOy Musim ke-2

akhirnya admin berkesempatan juga post gambar Boboiboy musim ke-2
antara kartun kegemaran ramai.. termasuklah admin sendiri..
hik hik hik.. sebenarnya dah lama nak post gambar
boboiboy ni.. tapi tak jumpa gambar yang menarik..
tapi hari ini jumpa juga akhirnya..
 BoboiBoy dan Rakan² nya..
 BoboiBoy 3
 BoboiBoy Musim ke 2
 BoboiBoy dan Fang
 Terbaiikkk...
Fang Wallpaper

heeee ni ja gambar Boboiboy Musim ke 2 yang dapat
admin pinjam dari website boboiboy sendiri..
harap korang suka dengan gambar boboiboy musim ke 2 ni..

Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Bazar Ramadhan Keramat

12

Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad

antara KENANGAN TERINDAH aku bila dapat bergambar bersama
Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan antara Pemimpin yang aku hormati..
weeee... BEST BEST BEST...

dah lama sebenarnya nak bergambar berdua dengan Tun Dr Mahathir.. tapi..
apakan daya selalunya tak berkesempatan untuk bertemu...

tapi semalam the best ramadhan coz aku dapat jumpa, bersalam
dan gambar berdua dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di 
Bazar Ramadhan Keramat.. 
 orang ramai berpusu-pusu mencari hidangan berbuka..
 roti john roti john.. mai mai..
antara Bazar Ramadhan yang mempunyai ramai pengunjung
makanan sedap2 banyak kat sini..

heee.. tak salah kalu berbelanja di bazar ramadhan.. tapi
biarlah mengikut saiz perut.. bukannya mengikut saiz nafsu :)

berhenti sebelum kenyang.. 
so belilah yang cukup cukup makan
sahaja.. membazir itu amalan syaitan.. 
jangan jadi macam saya hihihihi..
nnti kna bawa perot pergi tarawih.. 
kan dah semput... hik hik hik..

Tips Penjimatan Minyak Kenderaan

3

Tips Penjimatan Minyak Kenderaan

hik hik hik.. kan senang nak jimat minyak...
pakai la banyak mana pun.. tangki sentiasa full..
hahahaah... jangan marah naa..
hihihihi

Monday, July 23, 2012

Bila Murid dibenarkan Bawa Telefon Bimbit ke Sekolah

6

Murid dibenarkan bawa telefon Bimbit ke sekolah

heee.. apa pendapat rakan2 bila murid sekolah dibenarkan bawa
telefon bimbit ke sekolah ? adakah ia sesuai dilaksanakan ataupun
ia mungkin mengganggu pelajaran di dalam kelas ?

kongsikan pendapat anda semua..

Kantoi Tak Puasa

8

Kantoi Tak Puasa

Kantoi 1
semalam aku lepak kat pandan jaya dengan kawan²..
tengah sedap2 borak datang sorang mamat nie.. jumpa kawan dia..
then mamat ni mintak kawan dia lighter..

mamat : ali (bukan nama sebenar) lighter ada ?
Ali : kau nak buat ape ?
mamat : aku nak bakar motor...
Ali : senyum ja..

aku dengan member aku dah jeling2 dah dua orang mamat tuh..
adeii.. selamber ja diaorg gerak sambil hulur2 rokok..

Kantoi 2
hari yang sama.. 30minit lepas tuh.. aku lepak kat .......
dekat dengan rumah aku..
tengah sedap2 borak dengan member aku tetiba masuk sorang mamat ni
dengan keropok dan air botol slamber je lalu sebelah aku...
aku pun sound la.. amboihh selamber ja bwa makan.. tak puasa ke..
dia senyum selamber ja blah jalan...


aduyaii.. tak beragak betoi.. kalu ye pun tak puasa..
RESPEK la orang lain yang berPUASA
takkan nak makan kaki baru nak RESPEK..

mudah-mudahan yang baca ni tak seperti mereka..
takkan la benda senang seperti puasa pun tak mampu nak galas..
kita sepatutnya bersyukur coz masih diberi peluang bernafas untuk
meraikan ramadhan tahun ini... 

Bila Ultraman jadi Pelupa

4

Ultraman

jom tengok video ni bila Ultraman jadi Pelupa..
sob sob sob.. sedih aku tengok
hahahahaa...

Video Lawak Ultraman Pelupa

Sunday, July 22, 2012

Kedudukan Semasa Menggunakan Laptop

5

poster badan semasa menggunakan laptop

bagaimana poster badan anda semasa anda menggunakan laptop
di rumah.. ? cuba share.. saya selalu mengamalkan poster no2..
anda pula bagaimana.. ?
hik hik hik

Berbuka Rendang Ayam

4

Rendang Ayam

weee... orang lain kalu nak makan rendang kena tunggu hari raya..tapi aku
hari pertama puasa dah merasa makan rendang ayam..
hik hik hik.. thanks to my lil sis yang balik rumah bercuti
kalu tidak tunggu raya la baru aku dapat makan rendang ayam nie..

heeee.. ingat hari pertama nak shopping kat bazar je.. tapi
dah ada tetamu kwan adik aku.. so mak aku rajin plak nak masak..
tambah lagi hari pertama petang tuh hujan..
so melepas la nak gi cuci mata kat bazar ramadhan..

heee.. mungkin kah hari kedua aku dapat pergi bazar ramadhan.. ?
atau hari kedua lagi sedap menu masakan mak aku..
hik hik hik..
kalu macam nie orang lain kurus time puasa tapi aku
makin bulat time puasa.. hahaha..

Lawak Samseng Masuk Pawagam

5

Samseng

Jom Layan Video Lawak Bila Samseng Masuk Pawagam
kalu korang berani tak nak masuk duduk tetengah samseng macam tuh.. ?

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Pertama

6

Ramadhan Pertama

yeyyy... akhirnya ramadhan pertama dah tiba..
harap2 semua puasa hari nie..
mesti ramai yang tak sabar nak pergi ke bazar ramadhan..
tapi ingat membazir itu amalan syaitan.. beli hanya yang perlu
dan cukup jangan melebihi dan membazir..

semoga ramadhan kali ini membawa 1000 rahmat kepada semua
umat islam.. amin...

Kelebihan Bulan Ramadhan
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.

Ganjaran Puasa Ramadhan
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.

Khasiat Kurma

4

Kurma

Khasiat kurma

KURMA DAN KHASIATNYA
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai banyak khasiat.

Khasiat Kurma
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa.  Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya. Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk. Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
 Kajian Dan Penemuan Sains Perubatan
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.

Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut. Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria

Tahukah Anda?
i.     Kurma Mencegah Serangan Strok
Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh menurunkan risiko serangan strok berkat tingginya kalium yang dikandungnya.  Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Sudah begitu, kandungan tenaga atau kalorinya pun rendah, sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan.

Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat menyediakan tenaga yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan strok.

ii.     Memiliki Aktiviti Seperti Aspirin/Pill Killer
Selain kalium yang berguna bagi kesehatan jantung dan pembuluh darah, kurma juga mengandung salisilat. Zat ini, dikenal sebagai bahan baku aspirin, Ubat pengurang atau penghilang rasa sakit dan demam. Salisilat bersifat mencegah pembukan darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngeri/ngilu. Kecuali itu, menurut Nurfi Afriansyah, staf penyelidik KIE Gizi Puslitbang Gizi Bogor, salisilat juga boleh mempengaruhi prostate gland (kelompok asam lemak hidroksida yang merangsang kontraksi otot , menurunkan tekanan darah). Sementara itu, Jean Carper dalam bukunya Food,Your Miracle Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti seperti aspirin.

Kurma kering , katanya, sangat tinggi kandungan salisilat alias aspirin alaminya. Buah ceri, prune dan kismis kering  juga kaya dgn kalium  kerana ia juga mengandung salisilat. orang yang peka dengan aspirin, kalau menyantap makanan mengandung salisilat, akan bereaksi sama  dengan orang yg minum aspirin. Karena itu, pakar kesihatan yang mendalami alergi biasanya akan mewarwarkan mereka yang peka terhadap aspirin supaya menjauhi makanan mengandung salisilat, termasuk kurma. 

iii.     Komposisi Gizi
Buah kurma boleh dimakan secara langsung, dalam keadaan kering atau segar. Disamping itu, juga boleh dimanfaatkan untuk berbagai hidangan seperti aneka produk roti, permen, ais krim, selada dan sirap. Di negera Arab kurma  mendapat tempat yang cukup baik di dalam masyarakat. Buah berbentuk silinder dengan biji beralur tunggal ini biasanya dikonsumsi bersama hasil olahan susu.

Nilai gizi utama yang diandaikan memang kandungan karbohidrat sederhananya, alias gulanya, yang tinggi. Kandungan karbohidratnya berkisar dari sekitar 60% pada kurma lembek (yang diambil sewaktu masih lembik dan mentah) hingga sekitar 70% pada kurma kering (yang mengering di pohon, terjemur matahari) Kebanyakan varietas kurma mengandungi gula glukosa (jenis gula yang ada dalam darah) atau fruktosa (jenis gula yang terdapat dalam sebagian besar buah-buahan). Namun, satu varietasnya yang bernama Deglet Noor yang tumbuh di California hanya mengandungi gula sukrosa (dikenal juga sebagai gula pasir).

Menurut Dr. Anwar El Mufti dari Mesir, seperti dikutip harian "Buana Minggu", kurma mengandung zat gula 70%. Sebagian besar zat gula yang terdapat di dalamnya sudah diolah secara alami dan tidak berbahaya bagi kesihatan. Seperti halnya gula pada buah-buahan yang dinamai fruktosa, zat ini mudah dicerna dan mudah dibakar oleh tubuh. Dengan demikian akan menghasilkan tenaga yang tinggi, tanpa menyusahkan tubuh untuk mengolah, mencerna, dan menjadikannya sebagai gizi yang baik. Itu sebabnya mengapa kurma dianggap sebagai buah yang ideal untuk hidangan berbuka puasa ataupun sahur.  

Segelas air yang mengandung glukosa, menurut Dr. David Conning, Pengarah Am British Nutrition Foundation, seperti dikutip Panasea, akan diserap tubuh dalam 20-30 menit, tetapi gula yang terkandung dalam kurma baru habis terserap dalam tempo 45-60 menit. Makanya, orang yang makan cukup banyak kurma pada waktu sahur akan menjadi segar dan tahan lapar, sebab bahan ini  juga kaya dengan serat.

Keunggulan kurma lainnya mengandung berbagai vitamin penting, seperti vitamin A, tiamin, dan riboflavin dalam jumlah yang bisa diandalkan, serta niasin dan kalium dalam jumlah yang sangat andal. Selain itu, buah ini ternyata juga memuat berbagai zat gizi lain seperti zat besi, vitaminB, asam nikotinat serta serat (bukan zat gizi) dalam jumlah memadai.

Dalam setiap 100 g kurma kering terkandung vitamin A 50 IU, tiamin 0,09 mg, riboflavin 0,10 mg, niasin 2,20 mg, serta kalium 666 mg. Zat-zat gizi itu berfungsi membantu melepaskan energi, menjaga kulit dan saraf agar tetap sehat serta penting untuk fungsi jantung.

Riboflavin dan niasin. Misalnya, akan membantu melepaskan energi dari makanan, sementara tiamin membantu melepaskan energi dari karbohidrat. Vitamin A dan niasin memainkan peranan dalam membentuk dan memelihara kulit yang sehat. Tiamin penting bagi sel-sel saraf, sementara niasin menjaga fungsi normal saraf.

Kurma juga mengandung banyak mineral penting , seperti magnesium, potasium dan kalsium. Mineral-mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam kurma berfungsi melunakkan usus dan mengaktifkannya, yang  secara  mempermudah buang air besar. Dalam kurma juga terdapat semacam hormon (potuchsin) yang boleh menciutkan pembuluh darah dalam rahim, sehingga boleh mencegah perdarahan rahim.

BUAH kurma bukan lagi asing bagi masyarakat di negara ini khususnya umat Islam, lebih-lebih lagi apabila pada bulan Ramadan. Namun pernahkah anda terfikir untuk menanam pohon kurma atau memiliki sendiri ladang kurma di negara ini? Atau memiliki sebuah tapak semaian benih kurma untuk dijual secara komersial? Atau sekadar menanam pokok kurma di halaman sebagai hiasan yang cantik? Usahlah berasa hairan jika berhasrat demikian kerana ia kini bukanlah sesuatu yang mustahil!




sumber : Khasiat Kurma

Lawak Wayang Kulit

0

Wayang Kulit

Jom layan Video Lawak Wayang Kulit

Video Lawak Wayang Kulit

Friday, July 20, 2012

Kajian Kesedaran Cukai Belia Topup Rm10

0

Cukai


Kajian Kesedaran Cukai di Kalangan Belia di Malaysia
Tuan / Puan,

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengambil bahagian dalam kajian ini bagi membantu kami untuk meningkatkan pemahaman am kami tentang belia Malaysia yang sedang bekerja. Kajian ini dibiayai oleh Institut Pembangunan Penyelidikan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan.

Jika anda berumur di antara 20 hingga 40 tahun dan mempunyai pekerjaan, sila berikan lebih kurang 10 minit daripada masa anda untuk menjawab kaji selidik ini. Jawapan anda adalah rahsia.

Anda boleh memilih untuk menjawab versi Bahasa Malaysia (http://tinyurl.com/7zj53yy) atau versi Bahasa Inggeris (http://tinyurl.com/7yckop5) mengikut keselesaan anda.

Sebagai penghargaan, 200 responden pertama akan menerima RM10.00 tambah nilai telefon prabayar. Jika anda berminat untuk menerimanya, sila tinggalkan nombor telefon prabayar anda dan nama pembekal perkhidmatan di tempat yang berkenaan.

Terima kasih atas kerjasama anda. Semoga hari-hari anda lebih ceria.

Kumpulan Penyelidik:
Dr Norsiah Ahmad
Dr Azwadi Ali

Kad Hari Raya Aidilfitri

0

 Kad Hari Raya Aidilfitri

heeeee.. bukan untuk menidakkan atau mempercepatkan raya aidilfitri..
tapi untuk berkongsi kad hari raya aidilfitri.. 
kalu post lambat² kad raya nanti kesian
kawan tercari cari kad raya tak jumpa..
hik hik hik..

jangan kerana nampak kad ucapan hari raya aidilfitri ni korang makan plak..
heee.. puasa lagi wehh.. lama lagi nak raya.. hik hik hik..
selamat beramal :)
 jangan lupa simpan duit raya utk saya..
 Ingat Orang yang Tersayang
 Kad Raya Aidilfitri
 Pengumuman Hari Raya
 Maaf Zahir dan Batin

rasanya cukup kot contoh kad hari raya aidilfitri
yang ada kat blog ini.. yang tahun lepas punya kad raya pun ada lagi..
silalah kongsi kad raya ini dengan rakan² anda..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More