Saturday, June 30, 2012

Lawak Pepagi Buta

4

Lawak Pepagi Buta

pernah tak korang terasa mcam nak baling je hp tuh
bila korang tengah tidur ada orang call tanya tidur ke ? O.o"

Beza Pergaduhan Lelaki dan Perempuan

8

beza lelaki dan perempuan bergaduh

heee.. btoi tak.. ?
ngaku cepat :)~

Program Syarahan Eksekutif Hari Alam Sekitar Sedunia

0

Hari Alam Sekitar Sedunia

Jemputan Istimewa :

Program : Program Syarahan Eksekutif Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia
Tajuk : Peranan Belia Ke Arah Kelestarian Ekonomi Hijau
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak (IYC)
Tarikh : 4/7/2012 (Rabu)
Masa berkumpul : 7.30 Ptg - 10.00 Malam
*Pakaian Smart Casual
*Sila hubungi : Suhail (019-2670609) untuk maklumat lanjut
*Masuk Percuma
*Makan malam disediakan

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia

Troll Hutang Selamanya

2

Troll Hutang

forever a loan
hik hik hik..

Friday, June 29, 2012

Ask Stupid Question ?

0

Stupid Question ?

heee.. you got stupid answer :P

Troll Exam

5

Troll Exam

student ohh student..

Lirik Lagu Bawaku Pergi - Kaka & Zizan

3

Lirik Lagu Bawaku Pergi - Kaka & Zizan

Lirik Lagu Bawaku Pergi - Kaka ft Zizan

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


Bawaku Pergi - zizan & kaka


Lirik Lagu Bawaku Pergi - Kaka & Zizan

Thursday, June 28, 2012

Jawapan Lawak dari Ustaz Azhar Idrus

4

Jawapan Lawak dari Ustaz Azhar Idrus
(klik utk besarkan)

heee.. sakit perut gelak baca menda alah nie..

Lyssa Faizureen Ceraikan Aku ?

17

Lyssa Faizureen @ LyssaSecret.Com
(curi gambar fb sat naa..)

arghhh.. tidakkk.. disebabkan kekalahan portugal
lyssa faizureen telah ceraikan aku tanpa rasa BERSALAH..
errr.. tengok.. habis ja game Lyssa terus ceraikan aku..
diceraikan tanpa rasa bersalah...

heee.. kesah dia bermula bila si lyssa faizureen aka si gemok
penyokong ketat SPAIN mula bertag2  status bola fb dengan si comey feroz Othman
penyokong mantap PORTUGAL..

sehinggalah SPAIN bertemu dengan PORTUGAL untuk 
match ke final.. den cabar lyssa untuk in relationship 1 hari
kalu portugal menang.. dan lyssa dengan confidentnya setuju dengan cabaran den..
tapi apakan daya.. portugal tewas dengan bermaruah bila seri tamat 120minit game 0-0 
tewas penalti 4-2

ha ha ha.. naseb kau lyssa faizureen kalu tidak.. 
jadi bibik den la sehari.... hik hik hik..

Spain Menang Penalti ke Final

6

Spain vs Portugal

Perkara paling berat untuk katakan telahpun berlaku..
SPAIN layak ke FINAL
setelah bertungkus lumus 120minit SERI dengan Portugal
akhirnya Menang Penalti 4-2

alahaaiii.. bagi aku Portugal silap percaturan bila cristiano ronaldo
ambil sepakan terakhir.. as kapten ronaldo sepatutnya
orang yang pertama tak pun ke dua or ke3
bila dia org yang terakhir untuk menyepak.. maka..
 nasib tidak menyebelahi Portugal bila 2 sepakan tidak gol...
apakan daya.. dah takda rezeki.. buat macam mane pun
kadang2 macam tuh juga result dia..

ohh tidak.. dengan berat hati aku mengucapkan 
gud gud gud bye kepada Portugal...

alahaiii... sob sob sob..
terima jela..

apa-apa pun nak ucapkan congrats untuk PORTUGAL
kerana telah bermain dengan BAGUS pagi ni..
puas hati la tengok game pagi ni..

Portugal vs Spain

2

Portugal vs Spain

penantian demi penantian kini masa yang ditunggu-tunggu oleh
peminat bola sepak EURO 2012 telah tiba.
antara game pilihan peminat² bola sepak diantara 
Portugal dan Spain lebih..

45minit lagi sebelum game yang saya rasakan agak
mendebarkan dan akan menghiburkan peminat2 bola
yang telah lama menanti game ini..

disebabkan Tv3 tidak menyiarkan siaran langsung @ Live Streaming
maka terpaksa la saya memerangkakkan diri keluar di waktu
pagi untuk menempah tempat di kedai mamak yang berhampiran
bersama-sama kawan memenuhkan lagi
kedai mamak yang sememangnya akan penuh..

so apa tunggu lagi... ayuh kita duduk depan tv ataupun lappy
untuk menyaksikan game Portugal vs Spain
yang akan dimulakan pada pukul 2:45pagi nnti..

Go Portugal Go Portugal
harap2 ramalan gajah yg masuk tv tadi betoi la..

Beza Masa Bercinta dan Selepas Clash

6

heeee.. masa bercinta da selepas clash..

heee.. btoi tak ?

Wednesday, June 27, 2012

Jenazah Bergolek Sendiri

0

Pesanan Untuk Mereka yang SOMBONG

hidup ni sekejab ja.. so tak perlu la kita menyombongkan diri kita...
ada masa kita akan perlukan bantuan mereka disekeliling kita..
terutamanya masa dikapan dan dikebumikan..
melainkan kita boleh bergolek sendiri masuk dalam lubang kubur..

Cabaran Mengikut Peredaran Masa

0

Masa Berlalu Meninggalkan Mereka yang Leka

Cabaran Mengikut Peredaran Masa
Daripada Zubair bin Adi katanya, 
“Kami telah menemui Anas bin Malik RA (di Basrah) mengadu 
beberapa hal mengenai tindakan (kezaliman) al-Hajaj, jawab Anas RA, 
“Bersabarlah kamu sekelian, kerana bahawa sesungguhnya keadaan 
zaman yang akan datang lebih buruk lagi daripada zaman sebelumnya 
sehinggalah kamu menemui ajal (menemui mati).” 
Keterangan ini aku dengar daripada nabi kamu Rasululluah SAW.

Tuesday, June 26, 2012

Selalu Berlaku Masa Exam

9

Exam

abu : ahmad dah baca buku ke utk exam esok ?
ahmad : tak baca pun..

lepas exam result si ahmad ni lagi gempak
dari result abu..

kan kan kan ? pernah tak terjadi 
waktu korang sekolah dulu ?
hik hik hik..

ada 2 jawapan kat sini
samada 
A : dia baca buku tapi ckap tak baca
B : dia guna dadu dan semuanya naseb baik..
hahahaha..

Perkara yang Mengiringi Jenazah

3

Kubur

Perkara Yang Mengiringi Jenazah
Daripada Anas RA  daripada Rasulullah SAW sabdanya, 
“Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. 
Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal bersamanya hanyalah amalannya."

Monday, June 25, 2012

Perempuan Boleh Lelaki Tidak ?

11

heee..

yang ni kadang2 terjadi kat kaum lelaki..
heee.. bile part diaorg bley je puji2.. bila time
lelaki.. smua ta bley.. hik hik hik..
susah la macam ni..

so kepada lelaki2 di luar sana..
sabor jela..
hahahaha

Mendaki di Hutan Lipur Kanching, Rawang

4

 Hutan Lipur Kanching, Rawang
 Air Terjun
 terbaekkk...
 sempat lagi pose sblum melompat :P
 view air terjun 
 air terjun paling atas skali :P
 air terjun pengurut badan
 sape plak yang mandi bogel nie.. ?
(sluar tinggal kat situ je.. hihihih)
 Do Re Mi
 Harimau jual Baju ?
 Harimau jual pisang.. ?
 gerbang hutan lipur kanching
 posing maut peace yoOo
 kolam air terjun yg dah dipenuhi orang..
penat bang naik tangga ?

Jalan Ke Syurga dan Jalan ke Neraka

0

Syurga dan Neraka

Jalan Ke Syurga Dan Jalan Ke Neraka
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, 
"Neraka itu didindingi dengan perkara-perkara yang diingini hawa nafsu, 
syurga itu didindingi dengan perkara-perkara yang dibenci oleh hawa nafsu."


Sunday, June 24, 2012

Lirik Lagu Aku Suka Dia - Ainan Tasneem

6

Ainan Tasneem

Lirik Lagu Aku Suka Dia – Ainan Tasneem

Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia


Lagu Aku Suka Dia - Ainan Tasneem

Lirik Lagu Aku Suka Dia – Ainan Tasneem

Akibat Kehilangan Pen

0

Akibat Kehilangan Pen

heee.. pastikan anda tidak kehilangan PEN
anda walau dimana anda berada..
kalu hilang tlong cepat2 beli baru..
heee.. boleh mati woOooo..

(pesanan ni nak suruh anda study jangan dok leka)
gudluck untuk mereka2 yang bakal menduduki
peperiksaan yang bakal tiba

Jangan Memperkecilkan Pemberian Jiran

4

Jangan Memperkecilkan Pemberian Jiran

Tegahan Memperlekeh Pemberian Jiran
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, 
“Wahai wanita muslimah janganlah jiran memperkecilkan (pemberian) 
jirannya walaupun (pemberian) itu hanya berupa kaki kambing.”

Saturday, June 23, 2012

Lawak Hadiah Hari Lahir

5

Lawak Hadiah Hari Lahir

heeee kan kan kan.. mesti angin bila lain yang mintak tapi
lain pulak yang dapat.. tuh la lain kali jangan 
demand mintak benda mahal2.. 
orang tamak selalu rugi..
hik hik hik..

Berserah dan Percaya kepada Jaminan Allah

0

Berserah dan Percaya kepada Jaminan Allah

Sifat Tawakal Membawa Ke Syurga
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda, 
“Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung 
(yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya.)”

Friday, June 22, 2012

Tambah Pendapatan Melalui GushCloud

4

GushCloud

weee... makin lama makin banyak syarikat iklan yang diperkenalkan
kepada blogger dan facebooker.. dan yang terkini
GushCloud mengambil tempat 
diantara Says dan ChurpChurp

apa yang perlu anda lakukan adalah
klik gush this dan sharekan link yang diberikan
di blog mahupun di facebook or twitter..

ni total yang aku baru dapat.. 
weeee.. 1usd = rm3.1
skrang  dah dapat rm32
katanya 20usd dah boleh cashout.

Earn GP

Get rewarded with GP (100GP = US$1) when you complete simple tasks like sharing something on social networks, downloading an app or blogging. Ready to cash out? Simply redeem it through PayPal or Bank Transfer!


Kepada yang berminat nak tambah pendapatan
boleh Join di Sini.

Portugal Mara Thanks to Cristiano Ronaldo

0

Portugal vs Republic Czech

yeyyyy... portugal mara selepas menewaskan republic czech 1 - 0
hip hip hOooreyy.. berbalOi2 aku berjaga dan
tengok di kedai mamak disebabkan rumah takda astro.. heee...
slalu tengok kat tv3 ja.. tpi kali ni tv3 tak tayang so
terpaksa la keluar cari kedai mamak
semuanya disebabkan Portugal.. hik hik hik..

Cristiano Ronaldo

thanks to Cristiano Ronaldo yang berjaya menanduk bola
masuk ke gawang republic czech pada minit ke 70+
satu-satunya gol yang berjaya dijaringkan selepas 2
sepakannya hanya mengenai tiang gol..
yeyyy.. hip hip hOooreyyy...

harap² Portugal dapat julang piala EURO 2012
heee.. jangan marah naa..

Cara Terbaik untuk Menasihati Orang Lain

4

Cara Terbaik Menasihati Orang Lain

memang senang nak menasihati orang lain..tapi kalu silap
cara or gaya mau makan kaki gak..

cara yang terbaik untuk menasihati orang lain
adalah dengan sopan santun dan mulakan dengan memujinya..
then baru la susun ayat kias kias.. kalu tak faham
baru straight to the point :P

kan kan kan.. 

Thursday, June 21, 2012

Mabuk ke Gunting Rambut Senget ?

10

Gunting Rambut

rambut dah panjang.. lebat plak.. adeii panas.. panas..
alang2 dah dekat nak ada majlis ini elok la gunting rambut.. so
semalam dalam kul 5 aku ambik keputusan untuk gunting rambut kat 
kedai gunting rambut pandan jaya..

feroz : boss, tepi kasi nipis.. atas kasi pendek sikit then nipiskan
boss : ok boss..

ok aja katanya.. tak kesah la..
gunting punya gunting tengok dah pendekk..

feroz : cukup sda tuh..
boss : mau lagi pendek ka ?
feroz : takpayah..

adeii habis senget rambut aku then dia nak repair kasi pendek lagi
perghh.. dah nipiskan then nak pendekkan lagi..
baik kau botakkan je..
isk isk isk..

cukup la 2 kali dah terkena.. lepas ni
pergi la kedai jauh sikit pun takpe.. dari senget atau botak
heeeee... tak sanggup den setiap kali nak kna repair sndiri..
isk isk isk..


p/s... jum jum singgah blog blogger pemes Mia Liana

Download Kertas Soalan PMR dan SPM

Download Kertas Soalan PMR dan SPM

musim peperiksaan hampir tiba bagi pelajar-pelajar
yang mengambil exam PMR dan SPM
sudahkah anda ready untuk menjawab soalan peperiksaan ?
kalu belum meh sini nak tolong..

kat sini kitaorg sharekan soalan percubaan dan soalan sebenar
kertas soalan PMR dan SPM dari tahun-tahun lepas

kepada yang berminat untuk 
download kertas soalan PMR dan SPM anda boleh 

semoga dengan adanya download ini
dapat membantu anda semua bagi menjawab
soalan PMR dan SPM akan datang..

Will You Marry Me ?

0

Will You Marry Me ?

Soalan yang senang tapi susah untuk menjawab...
tak percaya ?
cuba tengok gambar diatas dan try jawab..
hik hik hik

errr jawab jawab.. hik hik..

Wednesday, June 20, 2012

Biodata Anzalna Nasir

4

Anzalna Nasir

Biodata Anzalna Nasir
Nama Penuh : Nur Anzalna Md Nasir
Tarikh Lahir : January 9, 1988
Tempat Lahir : Tasik Gelugor, Pulau Pinang
Pendidikan : Diploma in French Language 
(Launceston College, Tasmania, Australia)
Pekerjaan : Model, Pelakon
Award : Nominated in Artis Baru Wanita Popular (ABPBH 2011)
Dewi Remaja 2010 Finalist
Minat 
● Travelling
● Karaoke
● Decorating
● Shopping
● Make-up

MOVIE:
● Sepah The Movie
● Dr K Kena Kahwin 5
● Tyickoouns

Biodata Anzalna Nasir

Apa Itu Jerebu ?

0

Jerebu

Jerebu
Apa Itu Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
Pembakaran Secara Terbuka
Asap Dari Kilang
Asap Dari Kenderaan

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
NILAI IPU      STATUS
0 - 50 ~~~~~ Baik
51 - 100 ~~~~~ Sederhana
101 - 200 ~~~~~ Tidak Sihat
201 - 300 ~~~~~~ Sangat Tidak Sihat
301 - 500 ~~~~~ Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.
JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama 

golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
Kanak-kanak
Orang tua
Mereka yang mengalami penyakit
asma
bronkitis
radang paru-paru
penyakit paru-paru yang kronik
jantung
alahan
Perokok
Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Kulit badan terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda 
mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
1. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera 
jika keadaan penyakit bertambah buruk.

2. mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa 
mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

3. Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, 
mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan 
juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

4. Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara 
yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.

5. Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

6. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
7. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan 
bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

8. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.

9. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.

10. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat 
( iaitu IPU yang melebihi 100 )

11. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan 
yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada 
tahap berbahaya di kawasan mereka.


Sumber : TENGOK SINI

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More