Thursday, May 31, 2012

Volunteer Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya

4

 taklimat volunteer sebelum bertolak
 baju himpunan jutaan belia
 nie keje mereka2 yang pakai pas MEDIA
 with fizo omar 
 dngan blogger gemok Naz Cci
 masa bergedik

 rakan2 volunteer
 rehat sebentar selepas bertugas
 muke2 leader volunteer
 heee.. posing naaa
pusing2 naik basikal..
 with blogger juga sarah salleh
 snow white nak suapkan epal.. yeyyy..
(cute sehh)
 dak sorang nie kuat berjalan..
perdana menteri singgah solat asar di banggunan 
kementerian belia dan sukan

Wednesday, May 30, 2012

Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Kuala Lumpur

2

 Pentas Hari Belia Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
di Sebelah Wangsa Walk Shopping Mall
 Grafiti yang menarik



 ngade2 nak jadi superstar gak 

 sempat lagi cuci2 mata tengok cite ape yang ada..




ramai yang mengatakan sambutan hari belia negeri tahun ini
tak semeriah tahun tahun lepas...

Tuesday, May 29, 2012

Kempen Derma Darah Anjuran JiwarOsak Dot Com

7

 Program Kempen Derma Darah Anjuran JiwarOsak Dot Com

syukur alhamdulillah.. akhirnya selesai sudah kempen derma darah
anjuran saya yang berlangsung pada himpunan jutaan belia..
terima kasih diucapkan kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
yang sudi membantu menjayakan program kempen derma darah ini..

walaupun banyak halangan dan dugaan yang menimpa sepanjang program
kempen derma darah ini.. alhamdulillah.. selesai sudah program ini..
mintak maaf bebanyak dngan pihak hospital coz
tetiba je elektrik terputus time hari panas terik..

terima kasih kepada mereka mereka ini yang sudi
menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan...
moga Allah panjangkan umur mereka..
aminnn...







terima kasih kepada semua yang telah menjayakan 
program kempen derma darah ini..


Sunday, May 27, 2012

Download Contoh Resume 2

2

Download Contoh  Resume

disebabkan oleh permintaan dan download yang banyak
pada contoh resume 1 yang lepas
 Reads: 945

membuatkan aku bersemangat lebih untuk tambah 
keluaran terbaru contoh resume 2 pula..

kepada yang ingin download contoh resume 2 ini
anda boleh download si sini 

anda juga boleh memilih untuk
download contoh resume 1
di sini

semoga contoh resume yang diberikan
dapat membantu saudara dan saudari 
mencari pekerjaan..
amin...

Saturday, May 26, 2012

Tutorial Tulisan Link Shadow Bercahaya

5

Tutorial Blog Link Shadow Bercahaya

tutorial blog kali ini membolehkan tulis link akan mengeluarkan shadow
seperti cahaya warna kekuningan bila mouse dituju kearah link tersebut..

.MUDAH DAN CEPAT.

1. Login --> Design --> Edit Html --> Expand Widget Templates
2. cari @ find (ctrl + f) a:hover{
3. paste code dibawah sebelah a:hover{
text-shadow: 0 0 2px #ccc, 0 -5px 4px #ff3, 2px -6px 6px #fd3, -2px -8px 9px #f40, 2px -10px 10px #f10;

contoh seperti di bawah

a:hover{text-shadow: 0 0 2px #ccc, 0 -5px 4px #ff3, 2px -6px 6px #fd3, -2px -8px 9px #f40, 2px -10px 10px #f10;

4. PREVIEW  sekiranya menjadi dan tiada masalah anda boleh terus 
Save Templates

Selamat MenCuba
Tutorial Blog Link Shadow Bercahaya

Friday, May 25, 2012

Sindrom Lambat Membaca

2

Kartun Membaca

    Sindrom Kanak-kanak Lambat Membaca

Biasanya kanak-kanak yang berumur tujuh tahun ke atas sudah tahu mengenal huruf, mengeja, membaca dan menulis. Bagaimana pula bagi mereka yang masih tidak mampu melakukan semua itu? Sesetengah ibu bapa mungkin menganggap anak mereka yang mengalami masalah berkenaan lembap dan malas tanpa berusaha mengenal pasti punca masalah itu berlaku.

Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas yang masih tidak mampu mengeja dan menulis mungkin disebabkan oleh sejenis sindrom yang dipanggil disleksia. Sindrom lambat membaca ini bukan satu penyakit berbahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak ketinggalan dalam pembelajaran. Disleksia disebabkan oleh kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemahkan imej tulisan kepada kefahaman. Ia juga dipanggil sebagai sindrom "lambat baca" di kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak disleksia adalah normal dari segi fizikal, pemikiran dan cara percakapan tetapi yang membezakan mereka daripada kanak-kanak lain ialah kesukaran membentuk satu kefahaman bagi sesuatu huruf serta menyebutnya.

Rawatan bagi sindrom ini adalah dengan menyertai pelbagai jenis program pembelajaran bagi membentuk minat mereka untuk membaca dan menulis. Sokongan padu amat penting bagi kanak-kanak terbabit.

Sindrom disleksia agak sukar dikenal pasti kerana ia tidak seperti sindrom atau penyakit lain. Jika kanak-kanak mula menunjukkan kelewatan bercakap dengan fasih, lambat mengenal pasti huruf serta menyanyi, mereka mungkin berisiko mengalami disleksia. Apabila mereka mula memasuki alam persekolahan keadaan itu akan kelihatan lebih ketara termasuk ketidakupayaan mengenal huruf, membaca, memahami, cepat lupa serta menterbalikkan huruf.

Kanak-kanak ini juga membaca dari kanan ke kiri, tidak dapat membezakan persamaan perkataan dan kesukaran untuk menyebut ayat yang dieja. Disleksia juga boleh diklasifikasikan sebagai kelewatan pembelajaran dari segi umur daripada yang sepatutnya. Kebanyakan kanak-kanak yang berumur enam tahun sudah mampu untuk belajar membaca, tetapi bagi kanak-kanak disleksia, mereka tidak dapat memahami asas pembacaan walaupun sudah mencapai Tahun Satu.

Tiada ujian tunggal yang dilakukan untuk mengenal pasti disleksia. Penilaian diagnosis yang dilakukan adalah berkaitan dengan perubatan, proses mengenal (kognitif), pengolahan pancaindera dan sejarah perubatan keluarga.

Rawatan dari segi psikologi juga patut diberikan kepada kanak-kanak ini. Ini boleh menentukan bahawa mereka mengalami masalah sosial atau tidak. Sifat bimbang atau tekanan yang dihadapi akibat kesukaran penerimaan pembelajaran boleh merencatkan kebolehan mereka.

Komplikasi yang dihidapi oleh kanak-kanak disleksia ini mampu menjejaskan mata pelajaran lain seperti matematik. Selain itu disebabkan membaca adalah perkara asas dalam keseluruhan pembelajaran, kanak-kanak ini akan menghadapi masalah untuk meneruskannya ke peringkat paling tinggi.

Pengajar perlu menggunakan teknik mendengar, melihat dan sentuhan untuk membantu meningkatkan kemahiran pembacaan mereka.

FAKTA: Disleksia
  • Disleksia adalah sejenis sindrom lambat membaca
    Kanak-kanak berusia lima tahun boleh dikenal pasti sama ada menghidap disleksia atau tidak.
  • Kanak-kanak ini adalah normal seperti kanak-kanak lain, malah mereka juga dikatakan lebih bijak dalam berfikir.
  • Masalah utama penghidap disleksia ialah ketinggalan dalam pelajaran.
  • Cara pembelajaran yang sesuai dan menarik mampu merawat permasalahan disleksia ini.
Sumber Maklumat: Berita Minggu
credit to : PMR

Thursday, May 24, 2012

Tutorial Gambar Membesar

5

Boboiboy

Tutorial Blog Gambar Membesar bila Cursor Menyentuh Gambar

tutorial kali ini mudah ja.. 
untuk mencantik dan memeriahkan lagi entry dalam blog anda..

caranya adalah.
1. Login --> Dashboard --> Design --> Edit Html

2. find (ctrl + f) <head>
3. copy code dibawah ini dan Paste di bawah <head>  tadi

<style>
.post img:hover {
-o-transition: all 0.3s;
-moz-transition: all 0.3s;
-webkit-transition: all 0.3s;
-moz-transform: scale(1.2);
-o-transform: scale(1.2);
-webkit-transform: scale(1.2); }
</style>

4. Save templates anda..

mudah kan kan kan.. ?

Wednesday, May 23, 2012

Azab Seksa tidak Menegah Orang yang berlaku Zalim

3


Riwayat: 
 Abu Daud, at-Tirmidzi dan An-Nasaie

Daripada Abu Bakar RA katanya, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu membaca ayat ini yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman jagalah sahaja diri kamu, (daripada melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah) orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya)” al-Ma’idah : 105. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya para manusia apabila melihat orang yang zalim tetapi tidak menegahnya nescaya dibimbangi Allah akan meratakan seksa ke atas mereka dengan azab.”


Huraian Hadith: 
  1. Mencegah kezaliman dan kemungkaran adalah suatu kewajipan kepada setiap umat Islam.
  2. Allah SWT akan menurunkan bala secara menyeluruh sekiranya kezaliman itu tidak ditegah.
  3. Sesetengah manusia menyalah anggap dan menyalahtafsirkan sesetengah ayat al-Quran seperti ayat 105 dalam surah al-Ma’idah ini, mereka menganggap tidak menjadi kewajipannya menyuruh perkara makruf dan melarang yang mungkar, selama mereka mendapat hidayah mereka akan selamat walaupun manusia sekelilingnya bergelumang dengan maksiat.
  4. Umat Islam mesti bergabung tenaga, saling menasihati, saling pesan-memesan, mencari petunjuk Allah dan melaksanakan perintahnya, pasti akan selamat.
  5. Jika mendiamkan azab Allah menimpa ia merangkumi orang yang zalim kerana kezaliman dan orang yang tidak zalim kerana mendiamkan diri sedangkan dia mampu melarangnya.

soo... sekiranya kita ternampak orang yang berlaku zalim hendaklah 
kita menegur sesama kita... sekiranya hendak menegur biarlah dengan
sopan santun dan berbudi bahasa agar kita tidak makan kaki... O.o"

Tuesday, May 22, 2012

Lumba Halal NATIONAL DRAG RACING CHAMPIONSHIP

0

Lumba Haram ? takda la ni Lumba Halal

Sempena Himpunan Jutaan Belia
RKM-KBS NATIONAL DRAG RACING CHAMPIONSHIP 2012

RKM-KBS NATIONAL DRAG RACING CHAMPIONSHIP 2012 - PUSINGAN 2

1) INFO PROGRAM:
-----------------------

a) Pusingan : Pusingan 3
b) Tarikh : 26 & 27 Mei 2012
c) Tempat : Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19, Putrajaya, WP
d) Masa : 9:00 pagi - 03:00 pagi


2) IKLAN RASMI:
--------------------

sila muat turun ( http://i978.photobucket.com/albums/ae264/muscmotorsports/KBS%20NATIONAL%20DRAG%20RACING%20CHAMPIONSHIP%202012/muscdragracing2012round3.jpg )


3) YURAN PENYERTAAN:
------------------------------

a) Kereta - RM200 (Baju & Sijil - untuk 100 penyertaan pertama)
b) Motosikal - RM150 (Baju & Sijil & Sinopec - untuk 100 penyertaan pertama)

# Pendaftaran Ditutup - Jam 07:00 petang pada setiap hari perlumbaan

Untuk Lebih Details
anda boleh tengok di Event FacebOok

Monday, May 21, 2012

Volunteer di Himpunan Jutaan Belia 8 hari

3

 Kenangan Himpunan Sejuta Belia tahun lepas..

yeyy.. tahun ini dipilih lagi untuk volunteer himpunan jutaan belia..
this year start dari 20hb sampailah ke 27hb.. lama juga
terpaksa tinggalkan kerja dan blog.. heee..
hope berbaloi2 la dengan apa yang aku bakal rasai
di himpunan jutaan belia...

sepermegian aku selama 8 hari ini terpaksa aku siapkan entry²
untuk di jamah dan di baca oleh pengunjung belog..
kalu takda isi krang takda plak orang nak singgah..
kesiann kesian kesian..

so nak tak nak terpaksa la taip sikit2
share sikit2 mana yang terbaca atau info yang menarik
untuk dikongsikan bersama pembaca blog jiwarosak ini..
errr.. ada ke orang yang baca.. ? 
hik hik hik.. harap2 ada la orang yang baca..
kalu tak letih je aku share sorang2 kat sini..

kepada sesiapa yang akan singgah di putrajaya sempena himpunan jutaan belia ni
harap2 dapat la singgah ke tempat volunteer untuk jumpa aku..
mana la tau dapat kenal kenalan.. rapatkan siratulrahim..
yang cute2 tuh mana tau ada jodoh ke..
hak hak hak..

hip hip hOoooOOooreyy...
away for 8 days..

Sunday, May 20, 2012

Bengkel Produksi @ Lorong Seni PERCUMA

1

Bengkel Produksi Untuk Jurufoto dan Juruvideo

Terbuka kepada semua jurufoto, juruvideo dan mereka yang berminat 
untuk bersama belajar teknik pembikinan filem dan video.

Masuk Percuma.

Bengkel Produksi @ Lorong Seni Sempena Himpunan Jutaan Belia 
Tarikh : 26- 27 May 2012
Masa : 9:00 pagi - 6:00 petang
Tempat : Dataran Menara KBS Putrajaya (Presint 4)




jum skOdeng blOgger : siS fyNa

Saturday, May 19, 2012

Selipar Hampir di Sambar lepas Solat Jumaat

7

Selipar Crocs


heee... pernah tak dengar pepatah buang yang keruh ambil yang jernih
lebih kurang ni la.. buang yang lama ambil yang baru..
tuh la yang hampir terkena kat aku time balik dari solat jumaat..

selepas membaca doa salam2 masa untuk balik..
jeling2 tengok mana satu la kasut den..
tetiba terperasan ada sorang mamat rupe ala pakistan gitu..
sedap je menyarung selipar aku..

feroz : bro bro.. selipar saya tuh..
bro :  eh ye ka ? sori sori..
feroz : takpe2..

terus dia blah dari situ..
fuhhh.. nasib aku nampak.. kalu tak dah selamat slipar aku..
hihihih silap2 terpaksa balik kaki ayam..
nampak cute kan berkaki ayam ?
heeee.. O.o"

kepada mereka2 yang  duduk jauh dan berselipar baru
nasihat untuk korang letak selipar di tempat yang selamat
atau tempat tersorok sikit..
agar tidak tersilap sarung oleh orang2 lain yang barangkali
nak cepat balik... 

Friday, May 18, 2012

Header Baru Sponser by MyraVea

14

Header Baru JiwarOsak.Com

yeyyy.. setelah beberapa tahun berblogging akhirnya ada juga
yang sudi sponser header untuk blog jiwarosak ni..
hik hik hik..

kalu takda orang sponser terpaksa la pakai header buatan sendiri
yang sengal2 yang bersepah2 dan yang sekutu dengannya..

heee.. bukannya header buatan sendiri tak bagus.. cuma
lagi cantik header tuh kalu orang yang sponserkan.. hik hik hik
baru nampak serinya blog tuh.. hahahaha (semua nak free)
wakakakakak..

anyway thanks kepada si bulat myra vea yang sudi
 sponser header aku untuk kali ini..
hik hik hik.. 
ni yang sayam lebey nie..
OppsSsss.. hahahaa.. ter JUJUR plak.. 

kepada mereka2 yang nak buat TEMPAHAN HEADER, BANNER
ataupun TEMPLATES atau macam2 lagi
anda boleh cari dak bulat sorang nie..
dia memang pakar bab nie..
Myravea@Yahoo.CoM


Thanks dak bulat coz sudi SpOnser HEADER..
hope tahun depan dapat lagi header baru ekk..
hik hik hik..


Thursday, May 17, 2012

Terima Kasih Kepada Pengundi JiwarOsak Dot CoM

4

 Keputusan Akhir Sebelum Voting Digi WwwOw Award
menutup tirainya..

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI VOTE

heee... syukur..alhamdulillah.. walaupun tak dapat rank 1 dalam voting..
atleast dapat gak la no 2.. harap2 masa pemilihan juri nnti terpilih la ekk..
akak lisa surihani pilih la blog ini ekkk.. hik hik hik
sambil kenyit2 mata..

ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan2 blogger yang sudi vote hampir setiap hari..
tak dapat nak mention semua..  tpi mereka mereka ini adalah diantaranya...
dan beberapa ramai lagi blogger yang lupe nak mention namanya...
harap korang tak kecik hati...
JiwarOsak.CoM tersenarai Top5 Overall

MekaCeh SeMua yaNg teLah SupPort

Aiskrim dengan Roti untuk breakfast

6

 nyum nyum nyumm.. breakfast aiskrim
hahaha.. berbaloi2 makan aiskrim dengan roti nie

hik hik hik.. 
ah boring menu sama je breakfast so try
menu dan cara baru untuk breakfast..
heee.. dengan cos yang murah dan sempoi
dapat breakfast yang mengenyangkan..
hik hik hik

jum jum makan..
weeee... nyum nyum nyum... O.o"

Wednesday, May 16, 2012

Gedik Sebelum dan Selepas Perbincangan Program

2

 rakan subahat :P
 peta untuk program ke 2 khidmat masyarakat
masa untuk gedik
 comey tak.. ?
 sempat lagi peace time telifon
 santai kat pusat cyber rakan muda gombak
 kusyuk je membaca
 wushu katanya.. hahahaa
seronok perli orang.. hik hik hik..

insyallah.. kalu takda masalah.. ada masa program ke dua
khidmat masyarakat
akan di jalankan pada bulan 6 nanti..
harap2 semuanya berjalan lancar... O.o"

Selamat Hari Guru 16 Mei

2

 Selamat Hari Guru

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama' yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
- Usman Awang (1979)

SELAMAT HARI GURU
Terima Kasih Cikgu

Tuesday, May 15, 2012

Kempen Derma Darah JiwarOsak Dot Com

4

mereka yang terlibat sama

weeee... Himpunan Jutaan Belia dah hampir tiba..
baru nak rancang program.. hik hik hik..

nasib baik la ada geng yang sudi tolong2 untuk
lancarkan program.. tempat dah dapat booking..
tapi sayang bank darah dah di booking sampai bulan 6
aiyaakkkk... lambat sangat booking..

skrang nie terpaksa cari pengganti untuk kempen derma darah..
harap2 dapat la buat program derma darah di putrajaya ni..
uwaaaa... please please ..... confirm kan please...
heeee... 

inilah akibatnya bila buat program last2 minit..
hihihih.. semua nak kna redah je..
hihihih.. hope semuanya berjalan dengan lancar...

Monday, May 14, 2012

Tutorial Link Bergerak dalam Blog

0

Gambar Bergerak

tunjukkan mouse anda di bawah ini

macam mana bergerak tak link kat atas nie...? 
inginkan buat begitu di blog anda ?
sini ada tutorial blog link bergerak

BACKUP TEMPLATES AND DAHULU

1. Login --> Dashboard --> Design --> Edit Html -->Expand Widget Template
2. find ( ctrl + f ) </head>
3. copy code dibawah ini dan paste diatas code </head>

<script src='http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js' type='text/javascript'></script>
<script type='text/javascript'> $(document).ready(function() { $('a').hover(function() { $(this).animate({ marginLeft: '10px' }, 400); }, function() { $(this).animate({ marginLeft: 0 }, 400); }); });
</script>


4. Save Templates anda
5. SIAP

mudahkan tutorial ini ?
SELAMAT MENCUBA

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu - Rentetan Peristiwa Silam

5

Selamat Hari Ibu

Sempena Hari Ibu 13 Mei 2012
Bayu menyanyi menerobosi kesunyian malam, aku duduk termanggu mengenangkan peristiwa lama,kenangan lalu yang masih terpahat di hati, wajah itu perlahan lahan muncul di dalam anganku, oh tuhan, sungguh ku rindukan belaian dan kasih sayangmu, lama sudah kita terpisah, manakan mungkin ku lupakan kau ibuku, bertintakan air mata ku ukir sebuah nukilan hati yang tak mungkin hilang dari lubuk sanubari, semuanya untukmu ibuku..
********************************************************************************
Jam tepat menunjukkan pukul 4.30 petang, kakiku melingas ingin melangkah keluar daripada ruang rumah untuk bermain layang-layang bersama temanku, “ko nak pergi mana? Ko tak nampak jam baru pukul berapa!!?” tajam suaranya sambil menjeling sinis ke arahku.. ah, hampa! Rupa-rupanya pergerakanku sedang diperhatikan olehnya, ku usap layang-layang yang dibelikan ayah, hatiku meronta, aku teringin terbangkan layang-layang ini nun jauh di atas sana, mana mungkin terjadi jikalau kakiku dirantai di dalam ini, otak geligaku pantas mencari solusi untuk keluar segera daripada rumah, berputar dan terus berputar…hampa..”ibu tak sayang Along, kawan sebelah mak dia tak pernah pun nak marah-marah keluar pukul berapa pun, orang nak main pun tak boleh!” protesku dalam sepi.. angan layang-layangku terbang ditiup hembusan angin..

Kedua-Dua Ibu Jari Kakinya Diikat Perca Kain Putih

Ketegasan ibu sering menjadi kegusaran hati, siapa yang tidak kenal dengan ibu, seorang pendidik yang sangat tegas di dalam mendidik anak bangsa, pabila marah, suaranya umpama ngauman singa, pabila tersenyum indahnya seperti bulan penuh di malam hari, kami empat beradik sangat takut dengan ibu, baginya, jikalau seorang daripada kami membuat kesilapan, semua mendapat habuan, tidak adil. Sakit…
Birat di badan sudah menjadi makanan, lagi-lagi anaknya yang antagonis ini, sudah biasa bagiku menerima sebatan dan libasan tali pinggang, sudah penat aku berlari-lari bagi mengelakan diri dari dibedal ibu,keperibadian ibu amat berbeza dengan ayah yang lembut serba serbinya, Setiap seorang daripada kami diberikan tanggungjawab harian yang perlu disempurnakan, contohnya tugasan bagiku, semenjak kecil,setiap malam aku wajib menyalakan ubat nyamuk Fumakkila sebanyak 3kepingan di dalam rumah, menyapu sampah tepat pukul 9pagi, menyiapkan kerja-kerja sekolah setiap malam walaupun sudah siap. (tak tau aku siapkan ape lagi). “pergilah suruh angah, dia bukan buat apa pun,Along jer kene buat semua nie hari-hari,entah apa-apa” monologku sendirian. Ibu hanya tersenyum manis di depan timbunan kain yang sedang dilipatnya tatkala melihatku terkinja-kinja meleraikan kepingan ubat nyamuk, hatiku berbulu.

Deretan kereta memenuhi setiap pelusuk laman rumah.

Aku leka memakan tomyam yang disediakan ibu,usai sahaja pulang dari sekolah,lauk pauk sudah menantiku di rumah, tanggungjawab yang dipikul oleh ibu tidak pernah diabaikan walaupun sesibuk mana ibu bekerja,Sedang ku lahap meratah ayam tiba-tiba,“Along,petang nanti ikut ibu pergi kedai baju, ibu nak tempah baju melayu untuk Along”, ujar ibu tenang, “Hah? Rasanya raya dah lama lepas, mengapa nak tempah baju melayu? Ibu nak tempah baju melayu nak suruh standby raya tahun depan ke? Colour ape bu? Seluar dia ada kocek tak? Nanti ajak angah,epi ngan ami sekali kan? Along nak baju Melayu yang macam kungfu malam tadi kat TV2 tue tau”petahku berbicara, “Ko ikut jelah, nak buat baju pun susah!” jerkah ibu, ok, fine, aku diam. Baju melayu pun baju melayulah. Ku hirup perlahan tomyam air tangan ibuku perlahan. Nyum Nyum..
2bulan kemudian.
“Beliau telah mengharumkan nama sekolah bagi pertandingan catur di peringkat kebangsaan, menjadi johan bagi pertandingan bercerita peringkat negeri, mewakili sekolah di dalam pasukan bola sepak peringkat daerah, menjadi Pengerusi Kelab Bahasa Melayu, Pengerusi Kelab Catur dan Ajk Tertinggi Badan Pengawas, walaupun berbadan kecil, bakat yang dimilikinya cukup besar, dengan ini saya mempersilakan Ahmad Shafiq Othaman untuk menerima Anugerah Tokoh Murid Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam tahun 2000 di atas jasa yang telah disumbangkan kepada sekolah!”  wajah polosku tergamam! Patutlah ibu beria ia menyuruhku memakai baju melayu yang ditempahnya dahulu, gemuruh tepukan bergema di dalam dewan, dari jauh ku lihat ibu menyeka air mata, bangga melihat pencapaian anak yang sering dilibas dan dibedalnya. Jiwa kecilku gembira kerana mendapat Piala kerana bagiku ketika itu, Piala lebih penting, sungguh tidak matang!

Haruman Kasturi dan Kapur Barus Menusuk Hidung.

“Ibu! Along dapat sambung belajar masuk asrama!, lepas nie Along dah tak pasang ubat nyamuk lagi, Along dah tak kene libas lagi, Along dah besar! Hehehehe! Padan muka ibu tak dapat kejar Along lagi” ujahku kepada ibu sinis, Padaku, selepas ini aku bebas untuk main layang-layang, bebas untuk keluar pada bila bila masa, bebas untuk beli apa-apa sahaja, oh sungguh indahnya, tanpaku sedari titik hitam bermula seawal ku menapak keluar daripada pintu rumah. Aku tidak cukup bersedia untuk berjauhan dengan limpahan kasih sayang libasan ibu, aku tidak cukup bersedia meninggalkan tugasan harianku, aku tidak cukup bersedia untuk berlari-lari dari dibedal ibu, sepi.. bermulalah detik di mana ku rindukan belaian seorang ibu.
Kehidupan di asrama mengajarku erti berdikari, tiada lagi baju yang boleh dicampak-campak sesuka hati, tiada lagi kereta menjadi pengangkutanku pergi dan balik sekolah, tiada lagi kerja rumah yang ingin disiapkan walaupun sudah siap, diriku berubah bertemankan rakan-rakanku , nun jauh di sana ibu mengharapkan kepulanganku menjadi anak yang boleh dibanggakan dan menjadi contoh untuk adik-adikku, tetapi aku semakin lama semakin jauh dari landasan yang sudah diatur ibu, bodoh sungguh aku ketika ini, di sini aku mula mengenal rokok, di sini aku mula mengenali ketandusan dunia luar, di sini aku mencari erti menjadi seorang dewasa sedangkan masanya bukan sekarang. Anak yang dulunya berbakat mula tenggelam di dalam mengharungi arus kehidupan…… 3tahun yang menjengkelkan..

Mendung pagi mengiringi kesuraman hati,lantunan Yasin bergema sayu

“Ibu, tadi kawan satu bilik dengan Along family dia bawakan sandwich, sedap sangat Along makan tadi bu, ada inti Tuna dalam sandwich tue, siap ada mayonis dengan timun, ibu sihat? Doakan Along jawab exam tak lama lagi, kirim salam adik-adik semua yerk” gagang telefon ku letakkan lemah, aku rindu masakan ibu, sungguh, selalunya, setiap hari lauk-pauk sentiasa berubah, menu masakan penuh dengan khasiat, penuh dengan kasih sayang, berbeza lidahku, sesedap mana pun makanan yang dihidangkan, manakan mungkin mampu menandingi ibu, sorotan mataku memandang sepi hilai tawa rakanku yang sedang dilawati keluarga di hujung dataran dewan makan. Azan berkumandang memanggilku melaksanakan tanggungjawab Muslim. Langkah ku atur perlahan menuju ke surau.
“Perhatian,perhatian kepada Ahmad Shafiq, dorm Al-Razi, sila turun ke surau kerana keluarga anda sedang menanti di bawah, diulangi sekali lagi ……. “ ah~  baru 2 hari aku menghubungi ibu, mustahil ibu datang sepantas ini, pantas ku siapkan diri, dari jauh sudah kelihatan adik-adik ku berlari-lari di sudut luar surau, hatiku gembira tidak terkata, bukannya dekat jarak rumahku dan asrama, hampir 90km jauhnya, ku lihat ibu tersenyum seperti kebiasaannya, “Along, pergi ambil sandwich kat bonet kereta, ibu ada bawakkan, kita nak makan dekat luar ke dekat dalam?” bicara ibu lembut, aku terkesima, rasa bersalah yang amat, mengapa begitu kuat sekali naluri keibuaan, keegoaan lelaki yang ku simpan hancur lebur, air mataku berderai laju, sejauh ini ibu datang hanya untuk memberikanku sandwich yang ku idamkan tetapi tidak pernah kupinta. Ibu terlalu memahami anaknya ini.

Jemaah bersilih ganti bertukar saf di dalam surau kecil, gemersik suara imam memecah suasana

“Jom wrestling ayah!!” jerit ibu, kami 4beradik sudah lali dengan arahan ini, pantas ami memaut kaki ayah, angah panjat belakang ayah, epi tarik badan ayah dan aku terus mengigit telinga ayah manja, jeritan ayah meminta tolong tidak kami endahkan, ibu memaut manja pinggang ayah, rutin kami sekeluarga pabila  ada kelapangan bersama, suasana gamat,hiruk pikuk di dalam rumah tidak kami ambil kira, bahagia yang tiada penghujungnya, “ha, jgn ha~, geli!, wrestling ibu pula!!”,ibu pula digomol kami sekeluarga, hilai tawa mewarnai kehidupan kami sekeluarga, masih segar dalam ingatanku bagaimana ibu berbual kosong dengan ayah selepas membeli tilam queen berharga RM450 untuk menggantikan tilam lama di rumah kami, “ayah, ayah pernah terbayang tidak, kita dah ada kereta, kita dah ada rumah, kita dah ada televisyen, sekarang nie pun ayah dah nak beli tanah untuk rumah baru kita nanti” ujar ibu, tau ape jawapan ayah? Simple dan easy “ ha’ah, tak pernah pun terbayang arinie dapat beli tilam sampai harga RM450, kan bagus kalau kita beli 2nd hand jerk semua tue”, kami sekeluarga tertawa, sudah lali dengan sikap ayah yang sangat berjimat cermat hinggakan sayang untuk keluarkan duit, berbeza dengan ibu yang sentiasa merancang sebelum membeli sebarang item, aku kagum dengan perancangan kewangan ibuku, ibu sangat teratur, setiap langkah yang ingin diambil akan diselidik dan dikaji sedalam-dalamnya. Lumrah seorang wanita yang memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Dan pabila datang 2 malaikat bertanyakan kamu……..

Hidup tidak selalunya indah, kadangkala sinar mentari yang bersinar, tidak semestinya terbit hingga ke petang, hasad dengki seringkali menular di dalam kehidupan umat manusia sejak dahulu kala.
April 2005 segalanya berubah……
“ayah,ibu rasa ada orang terbang dalam bilik malam tadi” ujar ibu ringkas, “awak nie, malam tadi sebelum tidur ambil air sembahyang tidak? Mana ada orang boleh terbang malam-malam”.
“ayah, kenapa ibu tak boleh buang air besar? Perut bagaikan di ikat, selera makan ibu pun tidak sama macam dahulu, apa yang jadi dekat ibu?”
“ayah, ibu mimpi pelik setiap malam, kenapa dengan ibu, seluruh inci tubuh ibu bagaikan dicucuk jarum, ibu salah makan ke ayah?”

Mei 2005 bertandang
Kesihatan ibu berubah drastik, dahulunya ibu terkenal dengan ketangkasanya kini hanya mampu terbaring sahaja, tubuh ibu yang dulunya gempal berisi kini mula susut perlahan-lahan, selera makan ibu yang dahulunya normal kini hilang entah ke mana, baju berlonggok tidak berlipat, rumah bersepah tiada penyeri, menu restoran menjadi hidangan, Aku rindukan ibu.. Puas sudah ayah bawa pelusuk tempat, daripada perubatan termoden hinggakan perubatan tradisional, semuanya dijelejahi kami sekeluarga Impian kami hanya satu, untuk melihat ibu kembali pulih seperti biasa,

Jun,Julai,Ogos
Ibu terus bertahan.. ya allah. Kalau ini yang dicaturkan olehmu, kami terima dengan redha, aku tidak mampu untuk menulis..walaupun sudah lama berlalu, semuanya segar di dalam ingatan..terperinci. biar ku bogelkan disini.

September
“Doktor jangan ingat saya bodoh! Anak –anak saya semuanya pandai-pandai, otak mereka semua cerdik, satu hari nanti,jaga doctor, biar anak saya yang tebus semuanya,doctor bodoh!! jerkah ibu, kondusi ibu terlalu teruk, pipinya cengkung, tangannya melidi, ya tuhan, mengapa tidak aku yang menanggung semua ini, bukan ini yang dipinta, puas sudah doktor mendialisis ibu,pinggang ibu ditebuk, darah ibu diambil entah kali yang ke berapa, tapi penyakit yang menimpa ibu tidak mampu dikenalpasti, apakah ini semua..

Oktober 2005
Peperikasaan Sijil Pelajaran Malaysia kuharungi tanpa sebarang persediaan, tiada kelengkapan, jiwaku kosong, aku tidak tahu apa yang perlu ku jawab, usai peperiksaan, aku terus ke Johor Bahru untuk berjumpa ibu, hanya satu yang ku inginkan, ku ingin melihat senyuman ibu yang amat kurindui, aku ingin lihat ibu lepas dari seksaan, Hari Raya menjelma tiba, aku terkenang senyuman ibu kerana dibenarkan kembali ke rumah, pesan doctor kepada ayah, “jaga ibu sebaik-baiknya” , “Ayah,Along,Angah,Epi,Ami, ini mungkin raya ibu yang terakhir, ibu dah ampunkan semua dosa anak-anak ibu, ibu nak lihat anak-anak ibu Berjaya, Along, kau yang sulung, jaga ayah, jaga adik-adik, jadi insan yang Berjaya, ibu minta maaf, ibu tak mampu untuk bersama, jangan kecewakan ayah Along” sayu ibu bersuara, “ayah, nanti bila leha dah tiada, ayah juallah semua emas,cincin dan rantai leha, leha minta maaf dengan ayah, gunakan untuk belajar anak-anak, jadikan anak kita insan berjaya dunia dan akhirat, leha sentiasa ada dengan ayah”. Raya terakhir kami dapat bersama,tiada baju raya seperti kebiasaannya, tiada samping yang diikat kemas oleh ibu, tiada ketupat mahupun rending, keluarga lain gembira, kami semua berduka,setia meneman ibu untuk bertemu Ya Rabbi.. “Ustaz,jikalau sebelum ini saya pernah tinggalkan solat, apa yang perlu saya buat ustaz, jikalau ini yang ditakdirkan, saya redha ustaz, semoga keluarga saya terus bersama hingga ke akhir hayat, saya rindukan syurga tuhan ustaz” tingkah ibu sayu..

28 November 2005
9.30 malam, ibu menghembuskan nafas yang terakhir, ku lihat senyuman mengukir di wajahmu, ku lihat cahaya putih ada di wajahmu, janji tuhan itu pasti. Kita terpisah di dunia, satu hari nanti ketemu juga di alam sana. Selamat Hari Ibu. Semoga ibu mampu tersenyum di sana melihat anakmu disini yang sedang mengejar kejayaan di penghujung perjalanan. Sepi hati ayah genap 7 tahun tidak pernah dapat diisi, Along sayang sangat-sangat ibu.. Selamat Hari Ibu
...Al-fatihah...

credit to : Ahmad Syafiq

Saturday, May 12, 2012

Program Volunteer di Zoo Negara

0

zoo negara

Assalamualaikum.. dan salam sejahtera..
bulan 5 ni penuh dengan program belia yang bakal berlangsung
terutamanya himpunan jutaan belia di putrajaya..
terdapat lebih 500 aktiviti bakal dilangsungkan..
dan mungkin 2 daripadanya adalah aktiviti sukarelawan
yang dianjurkan oleh admin sendiri...
sekiranya kertas kerja atau usul diluluskan..
admin akan memerlukan seberapa banyak bantuan tenaga yang boleh diberikan
untuk menjalankan program tersebut..

selepas habisnya program hari belia negara admin plan
nak buat volunteer di zoo negara..
kertas kerja telah disiapkan oleh s/u admin
(siap ada s/u ok.. hik hik hik)
insyallah kalu bajet masuk or ada sponser
lagi cepat la program itu berlangsung..

program2 ini bertujuan untuk menanam sikap sukarelawan
dalam diri peserta dan masyarakat..
cintai haiwan.. dan mengisi masa lapang
dengan aktiviti bermanfaat..

harap semua usul dan program yang dijalankan
dapat sambutan dan manfaat untuk semua..

segala details program sekiranya jadi akan di beritahu 
pada entry akan datang..

Friday, May 11, 2012

Tawaran Latihan Kemahiran (VOKASIONAL) Tahun 2012

2

Tawaran Latihan Kemahiran (VOKASIONAL) Tahun 2012
PROGRAM 1BELIA 1KEMAHIRAN

LATIHAN KEMAHIRAN BUKAN "2ND CLASS". Terbuka kepada semua yang masih belum melanjutkan pelajaran atau tidak berpeluang ke mana-mana IPTA/IPTS. Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama 12 Institusi Latihan Kemahiran menyediakan pelbagai kursus kemahiran untuk para belia seluruh negara. Bantuan pinjaman latihan kemahiran disediakan. 

[PERMOHONAN KINI DIBUKA SEPANJANG TAHUN 2012]

JAWATANKUASA KHIDMAT MASYARAKAT DAN RAKAN MUDA, MAJLIS BELIA MALAYSIA (JKMRM-MBM) menerusi PROGRAM 1BELIA 1KEMAHIRAN (1B1K) dengan kerjasama Institusi Latihan Kemahiran yang diiktiraf Kerajaan Malaysia mempelawa para belia yang berminat dalam latihan vokasional/kemahiran untuk menyertai kursus-kursus yang ditawarkan seperti:

SENARAI KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN:

1. Juruteknik Automasi / Juruteknik Automasi Senior (SKM Tahap 2 & 3) – Kolej WIT
2. Jurukecantikan / Juruestetik (SKM Tahap 1 & 2) – Mizumi Beauty Academy
3. Junior Spa Therapis / Senior Spa Therapis (SKM Tahap 1 & 2) – KAPS Institute
4. Pembuat Pakaian Wanita / Pembuat Pakaian Wanita Kanan (SKM 1 & 2) – IFTC
5. Pemandu Pelancong (SKM Tahap 3) – Institut Karisma
6. Pramusaji / Kaptan Makanan & Minuman (SKM Tahap 1 & 2) – ASEAN Culinary Academy
7. Pembantu Penyedia Makanan / Penyedia Makanan (SKM Tahap 1 & 2) – ASEAN Culinary Academy
8. Pembantu Penyedia Pastri / Penyedia Pastri (SKM Tahap 1 & 2) – ASEAN Culinary Academy
9. Pembantu Penyedia Roti / Penyedia Roti (SKM Tahap 1 & 2) – ASEAN Culinary Academy
10. Juruteknik Automotif / Juruteknik Kenderaan Motor (SKM 1 & 2) – TEKAT dan Gemilang Motor Academy
11. Mekanik Kenderaan Perdagangan / Juruteknik Kenderaan Perdagangan (SKM 1 & 2) – Bakticon Skill Academy
12. Pemesin Am / Pemesin (CAD/CAM) (SKM Tahap 1 & 2) – Tech Terrain College
13. Pemesin Am / Toolmaker-Metal Stamping Die (SKM Tahap 1 & 2) – Tech Terrain College
14. Pemesin AM / Pembuat Perkakasan-Acuan Suntikan Plastic (SKM Tahap 1 & 2) – Tech Terrain College
15. Pembantu Jualan (Sales Assistant) / Ketua Jualan (Sales Leader) (SKM Tahap 1 & 2) – Tech Terrain College
16. Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer / Juruteknik Rangkaian Komputer (SKM 2 & 3) – i-System Training Centre KL
17. Juruteknik Rendah Elektronik Industri – Peralatan / Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan (SKM 1 & 2) – Kolej WIT
18. Pembantu Dokumentasi Penghantaran / Penyelaras Operasi Penghantaran (SKM Tahap 1 & 2) – Global Edu Training Centre

Event di Facebook
https://www.facebook.com/events/346840245360392

PERMOHONAN SECARA ONLINE
Sila taip: WWW.1B1K.MY
Isi maklumat dengan lengkap dan jelas. Pastikan alamat anda tepat.

PERTANYAAN
Sila kirimkan pertanyaan anda ke rizan@1b1k.my atau hubungi saya di talian +60137733676

RIZAN HASSAN
KETUA SEKRETARIAT 1B1K

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More