Saturday, March 31, 2012

Looking For Volunteer

0


Kepada Sesiapa yang berminat untuk menjadi
volunteer kepada KL marathon dan pjdawn
anda boleh register di


Atau



Anda Juga Mungkin Meminati Ini :
Looking for volunteers for April 5th for the lauch 
of the 5th Anugerah Hijau green competition for youths.
Please email to fadly@ecoknights.org.my. Thanks

Projek Amal Blogger

0

Projek Amal Blogger

Syarat2 nak sertai:-

1) Semua yg ada blog dan juga blog mesti aktif. (tidak di ambil kira alexa atau pun trafik tetapi mesti rajin update blog anda)
2) Blogger tempatan sahaja (blogger atau blog Malaysia sahaja yg boleh sertai)
3) Tidak kira latar belakang blog anda. (tak kira anda adalah blog politik, blog hiburan, blog travel semua boleh sertai)
4) Membuat sukarela tanpa mengharap apa2 bayaran. (Tiada bayaran akan di berikan kepada anda dalam membuat kerja amal ini)
 
 
Cara kerja amal ini adalah sangat mudah seperti dibawah :-

- Mah@mahu ada beberapa agensi NGO atau badan berkanun atau badan organisasi swasta yg mahukan hebahan daripada blogger.
- Mah@mahu akan dpt beberapa program aktiviti yg telah di rancang oleh mereka untuk di hebahkan kepada semua rakyat Malaysia.
- Tugas anda adalah hanya membuat entry untuk hebahan tentang program amal yg telah mereka rancangakan tidak kira bila2 masa sahaja.
- Segala bahan dan juga perkara yg di perlukan akan di sediakan oleh pihak Mah@mahu dan akan di email terus kepada anda. Jika anda ada sumber lain untuk di masukakan boleh dan digalakkan.
- Tiada sebarang had masa atau tempoh yg di tetapkan dalam membuat entry mahupun mengepost entry anda selagi tidak tamat tarikh program tersebut.
- Jika anda minat untuk sertai program mereka secara langsung iaitu turun padang bersama mereka di dalam memberi bantuan adalah di galakan.

SEKIRANYA ANDA BERMINAT
UNTUK MENJADI  
SUKARELAWAN BLOGGER
MAKLUMAT LANJUT ADA DISINI

Friday, March 30, 2012

Nuffnang Blogger Of The Year

4

Nuffnang Blogger Of The Year

heee.. akhirnya aku juin gak Digi Wwwow Award 2012..
ari tuh ada kasi tau nak pikir 3 or 4 kali..
tapi disebabkan hadiah yang lumayan..
dan peserta hebat2 kali nie..
so aku decide nak juin gak la..
tpi category lifestyle dah takda..
terpaksa masuk category blogger of the year..

heee.. ramai kawan2 blogger masuk sini..
ramai gak suruh tukar kategori lain..
tpi nak buat gimane.. kategori lain
ciri² dia luar kawalan..
hihihih..

takpe2 lepas ini aku akan try
godek2 lagi kategori lain supaya bley sama2
up dengan blogger lain..

harap pelawat² dan follower² jiwarosak.com
sudi mengundi blog ini macam tahun lepas
agar dapat masuk top6 macam tahun lepas gak..
heee.. bley kan.. ? 
hik hik hik..

Korek Tabung Bila Penuh

10

tabung yang cute

yeyy.. akhirnya tabung cute aku dah penuh..
korek punya korek punya korek..
akhirnya cukup gak rm50

heee.. biasala bila dah akhir bulan..
tabung plak dah penuh.. nie la masanya
nak isi balik dompet yang makin nipis..
hik hik hik..

yeyy.. lepas nie bley shopping..tunggu
duit iklan masuk plak :)
hip hip hOoooOoreyyy..

Thursday, March 29, 2012

Pos Surat Lambat Sampai ?

4

Post Surat

adeii...betoi ka post surat skrang lambat sampai.. ?
tak macam dulu lagi.. ?

Kes 1 : hari tuh aku ada send surat pakai pos laju
hantar surat hari rabu pagi.. sampai hari isnin pagi
tak sampai² gak surat.. so ayah aku terpaksa faks balik
surat tuh ke abg aku..byk plak tuh..
then bila abg aku pergi ke pejabat pos nak pos surat
org pejabat pos tanya dia.. kenai tak orang bernama nie..
(dia pakai baju penguatkuasa) nama dia plak tuh..
adeiii...

Kes 2 : Petang Rabu minggu lepas adik aku ada pos surat
dari shah alam ke rumah aku (Ampang) pakai pos biasa jela..
 then baru je tadi sampai.. itu pun lepas
adik aku ke pejabat pos utk bertanyakan surat dia
yang tak sampai²....

adeii... rasanya dulu takda la lambat macam nie..
skrang macam lambat la plak..
ke family aku je yang terkena.. ? O.o"

lepas nie kalu ada surat penting terpaksa la pos
sendiri or faks je... O.o"

Akibat Menyamar jadi Hantu

2

Hantu tengah makan..
sedap tak.. ?

heee.. jom layan video Akibat
menyamar jadi hantu..

heee.. sape suruh takutkan orang lagi..
kan da kena..
isk isk isk..
kesian hantu tuh..
hik hik hik..

Wednesday, March 28, 2012

Sejarah @ Earth Hour 2012

2

Earth Hour 2012

Sejarah ‘Earth Hour’
Pada awal tahun 2007, WWF-Australia yang diilhamkan di Sydney menunjukkan sokongan mereka untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dalam acara yang di panggil Jam Bumi. Ia menunjukkan bahawa semua orang dari peringkat kanak-kanak, CEO mahupun ahli politik, mempunyai kuasa untuk mengubah dunia yang mereka diami. Di Sydney, Australia, 2.2 juta individu dan lebih daripada 2,000 perniagaan memadamkan lampu mereka selama satu jam untuk mengambil pendirian terhadap kesan perubahan iklim yang ketara ini.

Pada tahun 2008 rancangan ini di perluas ke seluruh Australia. Oleh kerana kesan hebahan yang hebat Kota Toronto, Kanada dan 35 buah negara yang lain turun serta dalam program ini. Ia melibatkan hampir 400 bandar dan pekan di seluruh dunia. Dengan matlamat untuk 'mematikan lampu' diperluaskan kepada semua negara di seluruh dunia, Earth Hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu terakhir setiap hujung bulan Mac.

Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di seluruh 135 negaramatikan lampu’ selama sejam. Tetapi ia juga menandakan permulaan sesuatu yang baru yang akan memberi kesan pada masa depan untuk melakukan tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim. Dan dengan kuasa rangkaian sosial di sebalik mesej Earth Hour, kami berharap untuk menarik penyertaan yang lebih banyak supaya kita dapat membina sebuah masyarakat yang benar-benar global yang komited untuk mewujudkan sebuah planet yang lebih mapan.



Sumber : Email Projek Amal

Amaran Kawasan Kecurian Motorsikal

2

 Amaran dari Pihak Polis

waktu balik dari konvensyen rakan muda
sempat singgah di Time Square...
 disebabkan bawa bag sampai 3 so takda la singgah 
lama sangat.. pusing2 sat je.. then terus keluar
waktu kat luar time square 
kat tempat tunggu bas
terbaca risalah yang tampal kat tiang
depan time square..

dulu sini banyak orang parking motorsikal
tapi tak sangka plak tempat ramai orang menunggu
boleh jadi tempat sasaran curi motorsikal..

adeiii....
tengok.. lengang je kawasan ni yang dulunya
tempat letak motorsikal...

Hari Belia Negara - Himpunan Jutaan Belia 2012

2

Himpunan Jutaan Belia
Hari Belia Negara 2012

Hari Belia Negara akan diadakan pada 15 Mei 2012.
pelancaran akan di adakan di setiap negeri 
dan diakhiri dengan himpunan jutaan belia
pada 23-27 Mei 2012

diberitahu bahawa lebih 500 aktiviti yang telah di confirmkan
untuk di laksanakan pada himpunan jutaan belia
di putrajaya bulan mei ini.. dan jumlah itu
mungkin akan bertambah pada 600++ aktiviti..

Himpunan Jutaan Belia 2012 akan diadakan
sepanjang 5 hari dan target sasaran belia yang hadir
pada 5 hari tersebut adalah 2juta belia..
diharap belia² yang ada di Malaysia
tidak akan terlepas untuk menghadirkan diri
anda dan menyertai pelbagai aktiviti yang telah
disediakan secara PERCUMA
Antara Senarai Artis yang dijemput
untuk membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia 2012

yang terbaru Shah Rukh Khan telah confirm
untuk hadirkan diri beliau..

Anda boleh visit website HBN
untuk check aktiviti dan info tentang hari belia negara
HBN Website

Tuesday, March 27, 2012

Karnival Sukan Bermotor KBS 2012 Putrajaya

0

Kementerian Belia dan Sukan

Jangan ketinggalan Kunjungi 
KARNIVAL SUKAN BERMOTOR KBS 2012 PUTRAJAYA 
pada 31 Mac- 1 April 2012 di 
belakang Istana Kehakiman Putrajaya 

Menarik menanti anda :

1- KBS Drift Challenge Putrajaya 2012 Round 1
2- KBS Tarmac Attack Challenge Putrajaya 2012
3- KBS Autoshow Jemputan KBS MDC Putrajaya 2012
4- Kbs RC Drift Challenge 2012


MIHAS - Halal Showcase 2012

0

9th International Halal Showcase
MIHAS

waktu di konvensyen yang berlangsung di Hotel Grand Season
minggu lepas aku ada gak jalan2 kat chowkitt waktu malam
saja nak senaman sikit.. almaklum la
asyik makan je bila dah dok hotel nie..

so bila jalan2 tuh ternampak la banner
MIHAS nie..

9th Malaysia International Halal Showcase
MIHAS
4-7 April 2012
Kuala Lumpur Convention Centre,
KLCC, Malaysia

Untuk Details ruju ke website MIHAS
http://halal.com.my/

Gambar Konvensyen Kelab Rakan Muda Malaysia

0

 Hotel Grand Season Jalan Pahang
 Baru nak start






 makan time..
 tag peserta


 breakfast.. ?
 with wakil peserta dari n.9
 geng2 KRM dari negeri yang berbeza
 mereka yang suka gelak
 santai sarapan pagi.
 with tokoh belia negara 2011
 makan lagi.. O.o"



bergambar sblum berpisah..

Monday, March 26, 2012

SPA Hari Khas Bersama Pelanggan

0

SPA Hari Khas Bersama Pelanggan

27 Mac 2012 - Selasa
10:30 pagi - 3:00 petang
Pusat Temuduga, Jalan Cenderasari Kuala Lumpur


Dating dengan Amoi Cute dari Negeri Sembilan

3

 heee.. Wakil Kawasan Bukit Bintang

heee.. walaupun tak duduk bukit bintang tapi still dapat
jadi wakil kawasan bukit bintang.. hik hik..

heee..bila sampai konvensyen ni wakil KL ada 4 orang je..
heee.. sedih sehh.. tak ramai kawan..
tapi bila dah masuk dewan baru prasan ada geng2 lain dari
negeri lain.. weee... ramai gak kawan2 lama yang datang
untuk konvensyen kelab rakan muda Malaysia 2012 ni..
heeee... besh besh besh..

tapi yang paling besh bila ada amoi cute sudi
teman gosip2, mengomel2, datim2, dan sharing2
sepanjang 2 hari kat sana...
memang petah BM si amoi nie..
siap pandai buat lawak lagi..
adeii.. yang tak bley tahan dia bley nyanyi²
lagu jiwang melayu gitu..
hahahaha.. gila kentang la moi..

ape2 pun aku nak ucapkan thanks to Yuuki 
yang sudi jadi teman aku for last 2 days
at konvensyen kelab rakan muda Malaysia..
memang besh weehhh..
saket perut asyik gelak je..

heee... O.o"

Sunday, March 25, 2012

Cockatiel Terbang Larikan diri

2

Cockatiels Kesayangan

adeiii.. sedihnya entry kali ini..
cockatiels kesayangan si awang telah melarikan diri..

kejadian ini berlaku bila aku di Konvensyen Kelab Rakan Muda Malaysia
pada hari ke-2 bila dapat sms mak aku yang memberitahu
si Awang telah terlepas sewaktu nak bermain dengannya..
isk isk isk..
sedih gak..

hari2 belai dan main dngan si awang nie..
tup tap tup tap.. terlepas plak..
dah la manje.. mesra alam plak tuh..
mungkin dia terkejut tuh yg terbang laju..
al maklum la si awang aku nie lemah semangat..
penakut plak.. so dia tak bley dengar benda terkejut2
terus dia terbang laju...

tapi kalu nampak aku confirm dia akan terbang hinggap di kepala..
tapi nak buat gimane.. masa tuh masih ada di chowkit
untuk konvensyen.. nak balik pun rasa macam tak sempat ja
coz mak aku kasitau dah tak nampak dia..
maybe dia lari coz takut dengan gagak yang ada kat pokok sekitar..
adeiii.. sedih gila...
isk isk isk..

nak buat macam mane.. maybe tempat dia diluar sana..
bebas terbang di udara...
harap2 dia dapat survive coz si cockatiels ni memang
manja gila.. dan suka dibelai hari2
kalu tidak dia akan bising sepanjang hari..

gud luck Awang..

Saturday, March 24, 2012

Download Contoh Resume

8

Download Contoh Resume

aku tau ramai yang mencari contoh resume untuk di download
tapi kebanyakkan website memberikan contoh yang simple
dan ada yang tak sesuai dan tidak menarik
untuk dijadikan resume..

so setelah berpenat lelah mencari contoh untuk dijadikan
resume so aku sediakan kat pelawat blog jiwarosak
Download Contoh Resume Terkini

aku harap resume ini dapat dijadikan contoh
untuk mereka-mereka yang masih tercari-cari
contoh resume yang sesuai..

selamat mendownload Contoh Resume Ini..

Friday, March 23, 2012

Google Top Search Malaysia

4

Google Top Search Malaysia

hari ni aku nak share sikit tentang top search keyword
dicari di google..

keyword ini memainkan peranan penting dalam
meningkatkan pelawat blog dari search engine
yang banyak digunakan oleh blogger yang mengutamakan
SEO sebagai basic trafik blog diaorg..

Google Top Search Malaysia
1. F1 - Formula One
2. Matta Fair
3. Proton p3-21a
4. Raja Lawak 6
5. Syabas
6. Chelsea
7. Proton
8. 4shared.com.search

sesiapa yang membuat entry berdasarkan
keyword diatas confirm dapat pelawat dari google..
tapi bergantung juga kepada kekuatan blog dan cerita
yang anda sampaikan..





anda boleh visit website jiwarosak.com untuk 
carian keyword terbaru dibawah
achieve list

Google Top Search Malaysia

Thursday, March 22, 2012

Interview KTM sampai 9 Jam

9

Interview

Semalam dan Hari ini merupakan hari interview KTM
yang diadakan di KL Sentral

cerita nie berdasarkan pengalaman aku interview semalam..

ikut masa interview start kul 9 pagi..
so aku pun sampai la KL Sentral dalam kul 8.30pagi.. 
pusing2 tempat cari..

ok la dah jumpa tempat..beratur punya la panjang..
ok fine.. bila dah setengah beratur aku ditegur
orang KTM katanya interview mesti seluar hitam, kasut kulit hitam,
dan bertali leher.. err.. kata dia -5 markah..

aku cakap 5 markah je.. tak kesah la..
coz seluar dan kasut aku warna putih... 
(seluar hitam dah tak muat..)

errr.. mohon kaunter pun kna ke. ? tak kesah la
syarat diaorg.. so aku pun balik tukar pakaian..
sampai KL Sentral semula dalam kul 11.15pagi..
beratur semula...

dalam kul 1:10ptg aku masuk utk ujian penulisan..
habis dalam 1.30ptg.. ok la..
then dia kasi rehat 20 minit utk mkan..
disebabkan aku tkut sakit perut time interview so
tahan lapar sat la.. (ingat skejab je..)

then habis je minum2 bagai kitaorg pun start la beratur semula..
tak lama lepas beratur org KTM suruh lepak food court seblah
tempat interview.. dia kata lama lagi..

sekejab2 kitaorg duduk kat tempat interview kot takut terlepas
skejab2 kat food court.. takpa la coz diaorg panggil by name
tunggu punya tunggu tak habis2 gak..

tengok sorang awek keluar..
feroz : awak2 meh sat..
awek : ya ya..
feroz : lamanya interview..
awek : a'ah sorang dalam 15-30 minit gak
feroz : adeii.. ape yang dia interview ?
awek : macam2, keluarga la, tempat tinggal la,
feroz : errr... patot la barisan tak gerak2..

errr... maybe awal2 kowt.. lame2 nnti confirm sorang
5 minit dia interview.. kata aku dalam hati..

sampai kul 6ptg.. 
ORG KTM datang panggil kitaorg kat food court.
katanya ada pengumuman..
ORG KTM : Dah Lewat nie.. pegawai pun dah letih..
siapa yang balik hari (ngeri lain) boleh tunggu.. 
yang lain sambung esok..
Sila tulis nama dahulu..

feroz : APSAL TAK CAKAP AWAL²
BAIK TAK PAYAH..
(marah aku sambil buka tali leher)
dalam hati dah rasa nak hempuk org je..
baik blah awai sblum ngamuk kat situ..

agak2 la.. kalu dah tau interview nak lama 
bgtau la awai2 sparuh sambung esok..
nie dah kul 6ptg baru nak cakap..
 dah macam pengemis pun ada...
ada yang bersila atas lantai tepi lif, ada yang mencangkung,
ada yang duduk kat tangga tepi lif..
dah segan orang lalu lalang tengok kitaorg..

yang dtang tuh esok ada yang bekerja, ada yang meeting,
ada yang bawa anak/suami, ada yang mengandung..
tak termasuk lagi yang beli kasut dan seluar baru
utk interview..
errrr....


 datang esok ? memang tak la..
cukup la dengan pengalaman yang aku dapat ni..
terima kasih banyak²



p/s... lega rasa dihati bila dapat luah kat dalam blog..
sepanjang malam geram..

Love Bird Memandu Kereta

1

Love Bird Memandu Kereta
Love Bird Terbang bile stereng bergerak..
heee.. tau takot..
 mak aku main2 dngan love bird
 Love bird nyuruk nyuruk
main panjat²
 dah boring tengok jalan :P
love bird main nyuruk²

heee.. abg aku takda keje bawa love bird jalan²
ke puncak alam nak jumpa adik yang study
kat politeknik shah alam..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More