Sunday, November 11, 2012

Kisah Pengembala Biri-biri

4

Kisah Pengembala Biri-biri

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih.
Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:

Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."

Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."

Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu
setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."

Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau
yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya,
padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)


p/s... boleh kena sawan kalu terus melayan si pengembala biri-biri tuh..
hik hik hik..


Kisah Pengembala Biri-biri

4 GigitaN:

kan? iy yg tgh bace jadik tension pulak dengan pengembala tu. ahaha

ieza : hihihi same la.. rase nak sekeh pun ada :P

hehe..boleh pulak jawab camtue..pening2 :p

Receive all updates via Facebook.



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More