Hukum Mengkasi Kucing





Hukum Mengasi Kucing

Soalan 1
Assalamualaikum....saya nk bertanya...menurut syarak, hukum mengkasi binatang peliharaan cthnya kucing adalah haram kerana dikhuatiri memudaratkan..
1. bgaimna kalau ia tidak memudaratkan kucing tersebut?..sebab apa yg saya lihat kucing yg telah dikasikan badannya semakin gemuk,sihat,kuat makan...dan sekaligus dapat memelihara kucing tersebut dengan baik..

Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, pengertian kasi jika dirujuk di dalam Kamus Dewan Edisi Empat ialah membawa maksud “sudah dihilangkan alat jantannya; tidak ada sifat jantannya lagi”.
Oleh itu, hukum mengkasi kucing dan juga haiwan-haiwan yang tidak boleh dimakan yang lain adalah dilarang (haram). Hal ini bersalahan dengan haiwan-haiwan yang boleh dimakan seperti kambing, lembu, unta dan lain-lain kerana apabila dikasi, haiwan-haiwan tersebut akan bertambah isi dagingnya.

Walau bagaimanapun, bagi haiwan-haiwan yang diharamkan untuk memakannya seperti kucing dan lain-lain, hukum mengkasinya adalah dilarang/haram di dalam Islam.
Hal ini adalah kerana mereka diciptakan olah Allah Subhanahu Wa Ta'ala hanya dikurniakan nafsu syahwat sahaja. Dari itu, jika telah dipotong kemaluannya, maka untuk apa lagi mereka hidup jika nafsu syahwat mereka tidak dapat dilepaskan sebagaimana kehendak diri mereka.
Oleh itu, perbuatan mengkasi haiwan-haiwan tersebut terutamanya kucing adalah satu perbuatan yang zalim lagi tidak berperikemanusiaan.
Ringkasnya, ia adalah dilarang/diharamkan di dalam Islam kerana ia telah menyekat naluri haiwan tersebut untuk bersama pasangannya dan sudah pastilah akan menyeksa haiwan tersebut (datangkan mudarat kepadanya). Wallahu 'alam.

sumber : islam

SOALAN 2
APAKAH hukumnya jika kita mengasikan haiwan seperti kucing?
Adakah ia dibenarkan dalam Islam?

JAWAPAN:
Islam amat menjaga kebajikan semua pihak termasuklah haiwan peliharaan manusia. Dalam hal ini, Mesyuarat Panel Kajian Syariah kali ke-38 telah memutuskan bahawa mengembiri (mengasi) binatang kesayangan (seperti kucing atau anjing) adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah (kepentingan umum).

Bagaimanapun, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjaga kebersihan tanpa perlu mengasi kucing tersebut. Tuan haiwan peliharaan itu boleh melatihnya membuang najis di tempat yang disediakan atau meletakkannya di dalam sangkar yang bersesuaian.

Selain daripada menjaga keperluan makanan dan minuman serta kesihatan kucing itu, pemilik juga bertanggungjawab memelihara naluri keinginan binatang tersebut agar ia dapat hidup ceria. Sekiranya haiwan tersebut sakit, tuannya boleh membawanya untuk dirawat oleh doktor haiwan.
sumber : kosmo



Hukum Mengasi Kucing


3 ulasan

Tanpa Nama berkata...

Baru tau ada jugak hukum pasal mengasi haiwan ni.

Unknown berkata...

anita : ada ja.. coz skrang ramai yg mengasi haiwan peliharaan.. tpi depands pada keadaan :)

m-fahrin berkata...

thank atas infonya telah berbagi, nambah ilmu,he

Dikuasakan oleh Blogger.