Cara dan Tips Berhenti Melancap @ Onani





Cara dan Tips Berhenti Melancap @ Onani

Soalan
Para panel.... sebenarnya saya berazam untuk berhenti melancap @ onani.... saya dpt thn melancap pling lama pon stkt ni 2 minggu.... kmudian ttiba nfsu saya membara lalu sya x dpt kwl diri....jadi boleh tk para panel trngkn tips2 untuk berhenti melancap dan apakah hukuman mengikut Al Quran dan As Sunnah yg hrus diknakn trhdp saya??? ..... tolong doakn saya agr sya dpt brhnti mlncp dn mnjdi hmba Allah yg SOLEH dn doakan saya dpt mnjdi seorang pendakwah yg hebat.... WALLAHU A'LAM

Jawapan
Waalaikumusalam,
Melancap @ onani iaitu mengeluarkan air mani dengan tangan secara paksa,hukumnya
ADALAH HARAM dan wajib segera bertaubat NASUHA (SUNGGUH-SUNGGUH) kepada Allah.
Antara kaedah atau cara  yang diperkenalkan oleh ulamak Fekah bagi tujuan  untuk mengurangkan melancap ialah:

1. Berkahwin bagi yang telah mampu untuk berkahwin (persediaan dari segi kewangan,mental dan spiritual).
2. Berpuasa bagi tujuan untuk menundukkan /mengendurkan hawa nafsu
3. Mengelakkan daripada mengambil makanan yang boleh merangsang syahwat /nafsu seks (seperti daging merah,lembu,kambing dan seumpamannya)
4. Jauhkan daripada melihat,menonton filem @ membaca bahan-bahan lucah dan porno
5. Sering terlibat dengan akitiviti kemasyarakatan (usrah,gotong royong,berpersatuan dsbg)
6. Menyertai aktiviti riadah dan sukan lasak yang kurang memikirkan tentang seks.
7. Elakkan daripada duduk keseorangan yang akan memberi peluang untuk anda lakukan melancap
8. Anggaplah setiap kali onani @ melancap itu anda sedang membunuh seseorang manusia @ bayi ,adakah anda sanggup untuk lakukan?
9. Cuba bayangkan setiap kali anda lakukan onani anda cuma ada sehari sahaja untuk hidup,adakah cukup untuk anda buat amalan dan pahala.?

Jika anda betul-betul ikut nasihat dan kaedah yang telah disediakan oleh umalak fekah ini, panel yakin anda boleh tinggalkan perkara yang tidak berfaedah dan haram ini.Tepuk dada tanya selera hendak syurga @ neraka?.Wallahu a'lam.
sumber : islam



Cara dan Tips Berhenti Melancap @ Onani

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.