Friday, November 9, 2012

Bagaimana Cara Untuk Bertaubat ?

1

Bagaimana Cara Untuk Bertaubat ?

Daripada  Abu Hamzah Anas bin Malik al-Ansari RA – khadam Rasulullah SAW – menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah lebih gembira menerima taubat seorang hamba-Nya daripada kegembiraan seseorang yang dengan tidak disangka-sangkanya menemui kembali untanya yang telah hilang.”

Bagaimanakah Hendak Bertaubat

Soalan
Bagaimanakah saya hendak bertaubat. Apakah caranya? Saya telah meninggalkan solat lima waktu dan solat jumaat selalu. Mungkin sudah hampir tiga tahun
Saya ingin bertaubat. Adakah saya masih sempat bertaubat?


Jawapan
Waalaikumusalam,
Taubat bererti kembali TAAT kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh ugama islam.Syarat taubat itu ada 3 iaitu:

1.SEGERA MENINGGALKAN MAKSIAT.
2.Berazam tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
3.Menyesal di atas perbuatan  berkenaan.

Anda hendaklah bertaubat secara bersungguh-sungguh bukannya main-main.Lakukan solat taubat 2 rakaat,mohon keampunan kepada Allah SWT.Sebenarnya anda masih belum terlambat untuk lakukan taubat kepada Allah SWT
Kada' /ganti kembali setiap solat fardu yang telah anda tinggalkan sekadar yang termampu secara konsistan.Insya'Allah jika niat anda ikhlas  Allah akan permudahan segala urusan anda.Wallahu a'lam.


sumber : islam

Daripada Abu Musa Abdullah bin Qais al-Ash’ari RA, daripada Nabi SAW sabdanya : “Sesungguhnya Allah Taala membentangkan tangan-Nya (sebagai kemurahan-Nya menerima taubat) pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang telah melakukan dosa pada waktu siang, dan membentangkan tangannya (kemurahannya untuk menerima taubat) pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada waktu malam. Keadaan ini berterusan sehinggalah terbitnya matahari dari sebelah barat.”

Bagaimana Cara Untuk Bertaubat ?

1 GigitaN:

bagus nih..

maaf saya orang Indonesia, jadi tidak terlalu fasih bahasa Malaysia

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More