Friday, October 26, 2012

Gambar Hari Raya Aidiladha

3

 Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua 
rakan2, pelawat, follower, blogger, dan sewaktu dengannya..

semoga raya aidiladha ini membawa keinsafan dan kemurahan
kepada kita agar sentiasa bersyukur dan berkorban ke jalan yang 
diredhai Nya..

Tangan Yang Diatas Lebih Baik Dari Tangan Dibawah
Daripadanya (Abu Hurairah RA) daripada Nabi SAW sabdanya,  “Tangan yang di atas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (meminta-minta) dan mulakan pemberian itu kepada mereka yang dibawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang berada (tidak memerlukan bantuan). Sesiapa yang dapat menahan diri daripada meminta-minta (walaupun dia miskin) maka Allah akan mencukupkabn keperluannya dan sesiapa yang merasa cukup untuk diri dan keluarganya maka Allah akan memberi kekayaan kepadanya”.

 kesian kambing nie.. kepala dia gatai then trus gosok kepala dia
kat ekzos motor jiran.. hihihi..
 gotong royong penduduk taman ..... melapah daging lembu..
 errr.. dah tak gatai dah kot kepala kambing tuh..
heeee...
 jarang gak makan daging lembu.. dapat free hari2 la makan
daging lembu.. heee.. mekaceh mekacehh...
 berat gak nak angkat lembu nie..
 belia2 setempat yang semangat nak membantu..
 heeee... semangat ayah aku dok potong daging lembu...
heee.. sorry pakcik.. sya pandai tumbang dan angkat lembu ja..
bab bab melapah, memotong, dan sewaktu dengannya tak pandai lagi :)

Si Pemurah dan Si Bakhil
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Tidak berpagi-pagi seseorang itu melainkan turun kepadanya 2 malaikat lalu seorang daripada kedua-duanya dengan berkata, “Ya Allah, berikan ganti kepada orang yang berbelanja”, dan seorang lagi pula berdoa dengan katanya, “Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil”.


heee.. macam mana hari raya aidiladha korang ?
ada cerita best tak ? lembu lari ke ?
lembu mengamuk ke ?
hihihihi..

apa-apa pun den nak mengucapkan selamat hari raya aidiladha
kepada semua umat islam di dunia.. dan selamat bercuti
bagi mereka2 yang bercuti..

3 GigitaN:

hamboi! haha. slmt hari raya aidiladha.

cik fie : hihihi selamat hari raye :P

Selamat menyambut hari raya aidiladha :)
*belum terlambat lagi nak wish kan?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More