Header Ads

Jangan Menghina Orang Yang Melakukan Kejahatan




Jangan Menghina Orang Yang Melakukan Kejahatan

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Apabila seorang hamba sahaya perempuan melakukan zina dan telah nyata zinanya maka sebatlah ia (dengan 50 kali sebatan) tetapi janganlah menghinanya (dengan kata-kata kesat), kemudian jika dia berzina lagi (buat kali keduanya), maka sebatlah dia tetapi janganlah menghinanya. Kemudian jika dia berzina lagi buat kali ketiganya, maka juallah dia sekalipun dengan seutas tali daripada bulu(haiwan)”. 

Huraian Hadith: 
Seorang hamba sahaya perempuan yang melakukan zina wajib disebat sebanyak 50 kali dan haram menghina dengan kata-kata kesat terhadapnya.

Pemilik hamba sahaya perempuan wajib menjual hamba itu jika hamba itu telah berzina sebanyak 3 kali sekalipun dengan harga yang sangat murah.

Islam mengajar umatnya supaya tidak menghina seseorang sekalipun dia telah melakukan perbuatan yang buruk.

Kita disuruh memisahkan diri daripada golongan maksiat atau memulaukan mereka supaya tidak bergaul dan bermuamalat dengan mereka.

Walaupun hamba itu disuruh supaya dijual tetapi tuannya mestilah memberitahu keaibannya (iaitu suka berzina) kerana penjual wajib memberitahu ‘aib barang yang hendak dijual.



5 comments

tirahzairi said...

nice sharing...terharu pon ade...huhu

caliph shuriken said...

noted.. nice sharing ^^

najihahfara said...

hina org yg buat kejahatan serupa hina diri sendiri

etuza said...

sungguh berhikmah, ada ilmu diteladani..

Solehah Shamsuddin said...

btl tu.kdg2 apa yg kita hina pada ssorg tu bleh terpatah balik pada kita. jdi jgn ssekali hina org, krn kmgkinan kita akan sme mcm dia jgk

Powered by Blogger.