Header Ads

Cerita Lawak Sesi Temuduga



Cerita Lawak Interview

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga 

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata
“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ”
“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.
Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”
“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.
“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.
“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.

” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.
“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.
“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali.
“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.
“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah”
Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.


Cerita Lawak Sesi Temuduga

12 comments

Mira Adzlia said...

huhu..mmg lawak...

fyna said...

haha...sabar je lah mak jemah.. ^^;

Masha Meisters said...

hahaha...jawab camtu pun leh dapat kerja dengan pantas kan...kikiki

Feroz Othman said...

mira : hihihi

sis fyna : ahahah sabor2 :P

masha : hihihi laen kali sila jwap mcam tuh :P

Cik Puan Izan✿ said...

salam kenal...baru follow blog ni...

Secrets of A Teenage Girl said...

haha.. lawak gila.. kih3 XD

AbgferOz said...

cik puan : salam kenai :P

teenage girl : hihihi ada byk lagi :)

piraaa said...

hahahaha. ok memang lawak. calon ke empat adalah calon tak di duga

AbgferOz said...

piraa : hihihi. rezeki dia.. hihih

miss mysterious said...

ok.. mmg paling cepat!

miss mysterious said...

ok.. mmg paling cepat!

AbgferOz said...

Miss Mys : hihihi btoi2 :P

Powered by Blogger.