Koleksi Pantun Raya

Koleksi Pantun Raya

pantun pantun raya ini di godek² dari google, facebook, twitter, 
dan sewaktu dengannya..

mudah mudahan koleksi pantun raya ini dapat
memeriahkan hari raya aidilfitri yang bakal tiba..

Pantun Raya

ISNIN cari SELASA,
nak tanya nampak tak RABU,
agar ingatkan KHAMIS beritahu,
JUMAAT supaya tak lupa,
mesej kat SABTU
yang AHAD dah raya!!!


Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?


Buaya bukan sebarang buaya
buaya di bela dlm paya
salam ceria di hari raya
SMS murah dari kad raya…


Ramadhan berlalu, semoga bertemu kembali
Muslimin menyambut kemenangan di Aidilfitri
SMS dihantar mengganti diri
salah & silap harap dimaafi


Roti sebuku petai sepapan
Daun ketupat daun palas
SMS pengganti kad ucapan
Tanda ingatan tulus ikhlas


Pasang pelita di Aidilfitri
nampak halaman berseri-seri
SMS diberi penganti diri
Segala silap mohon dimaafi


bunyi mercun menyakitkan telinga ,
aku melatah bagai nak gila ,
rupanya dah nak cukup sebulan berpuasa ,
maknanya raya dah nak tiba


Kain Pelikat Panjang Sedepa
Hendak DiBuat Persalinan Raya
Keberkataan Ramadhan Harus DiJaga
Agar Aidilfitri Lebih Bermakna


beli petrol dipasar tani,
di beli bersama kuih keria,
pasaipa eksaited sangat ni,
puasa tak penuh ada hati nak raya!


bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta


Kura-kura berjalan lambat
Anak kera melompat-lompat
Kadraya nak hantar dah tak sempat
Cara SMS pun dah kira selamat.


Budak-budak main mercun, 
Jangan sampai terbakar tangan, 
Di Aidilfitri kita berhimpun, 
Hulurkan tangan meminta ampun


Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datun nenek muka Berseri,
Anak Cucu telah Kembali


Berbilang kaum hidup bersama 
Bersopan-santun amatlah mesra 
Tak kira bangsa juga agama 
Aidilfitri disambut dengan gembira 


Adik bermain ditepi paya,
Dimarahi mak kasihan dia,
Anta kuih raya jangan pula lupa,
Selitkan duit raye seringgit dua


jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
sms ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati.


Masak lemang sambil berdiri
Nak dimakan di Aidilfitri
Nak hantar kadraya posmen lak cuti
SMS ajelah yang boleh diberi


Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai.

rasanya cukup la koleksi pantun raya
yang ada ni.. harap2 korang suka
dengan koleksi pantun raya yang den sediakan ini..


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

4 comments

Nelly The Strange said...

cewah , nice !!

Selamat hari raya !
:)

AbgferOz said...

nelly : mekaceh dak kechik :P slamat hari raye

Harfiz Perniagaan Internet said...

Wah! Terbaik bro :D

Feroz Othman said...

harfiz : thanks..

Powered by Blogger.