Header Ads

Kajian Kesedaran Cukai Belia Topup Rm10



Cukai


Kajian Kesedaran Cukai di Kalangan Belia di Malaysia
Tuan / Puan,

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengambil bahagian dalam kajian ini bagi membantu kami untuk meningkatkan pemahaman am kami tentang belia Malaysia yang sedang bekerja. Kajian ini dibiayai oleh Institut Pembangunan Penyelidikan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan.

Jika anda berumur di antara 20 hingga 40 tahun dan mempunyai pekerjaan, sila berikan lebih kurang 10 minit daripada masa anda untuk menjawab kaji selidik ini. Jawapan anda adalah rahsia.

Anda boleh memilih untuk menjawab versi Bahasa Malaysia (http://tinyurl.com/7zj53yy) atau versi Bahasa Inggeris (http://tinyurl.com/7yckop5) mengikut keselesaan anda.

Sebagai penghargaan, 200 responden pertama akan menerima RM10.00 tambah nilai telefon prabayar. Jika anda berminat untuk menerimanya, sila tinggalkan nombor telefon prabayar anda dan nama pembekal perkhidmatan di tempat yang berkenaan.

Terima kasih atas kerjasama anda. Semoga hari-hari anda lebih ceria.

Kumpulan Penyelidik:
Dr Norsiah Ahmad
Dr Azwadi Ali

No comments

Powered by Blogger.