Jawapan kepada Persoalan Hari Potong Kuku



Potong Kuku Mengikut Sunah

seperti yang anda tahu dalam entry sebelum ini..
ada beberapa komen yang meminta admin agar
delete entry hari potong kuku disebabkan oleh kemusykilan
terhadap entry tersebut..


setelah lebih sebulan menghantar email ke pihak bijak pandai tidak dibalas..
admin telah merujuk entry dari website goverment untuk
jawapan kepada persoalan ini..

Jawapan
Memotong kuku adalah salah satu daripada amalan sunat yang pernah
ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan memotong kuku dan ia  boleh
dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Namun, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat
adalah lebih disyorkan untuk melakukan ibadat dan amalan-amalan sunat.

Oleh yang demikian, adalah sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
Petikan yang dinyatakan oleh saudara/ri itu bukanlah dari nas al-Quran mahupun hadis.
Wallahua'lam

anda boleh rujuk di sini
sekiranya ada apa2 persoalan atau kemusykilan
Sumber : Islam.Gov


No comments

Powered by Blogger.