Masalah Gangguan Tidur



Masalah Gangguan Tidur

Masalah gangguan tidur
TIDUR adalah anugerah tidak ternilai daripada tuhan yang mencipta siang dan malam. Ia dikawal semula jadi oleh bahagian otak dinamakan suprachiasmatic nuclei (SCN) melalui proses kitaran tidur-jaga (circadian rhythm).
Ia berfungsi menerusi rangsangan cahaya matahari yang masuk melalui anak mata. Kitaran ini menyebabkan kadar siap siaga mental kita berfungsi secara optimum sepanjang tempoh 24 jam.
Kebiasaannya kita merasa begitu segar pada pukul 9 hingga 11 pagi dan 9 hingga 11 malam serta susah untuk tidur pada waktu tersebut.
Tetapi pada pukul 3 hingga 5 pagi dan 3 hingga 5 petang pula, kita dapati mata kita berasa amat mengantuk.
Inilah sebabnya kenapa kadar kemalangan berlaku lebih kerap pada waktu lewat malam dan awal pagi.

Individu yang mengalami gangguan tidur (insomnia) biasanya tidak boleh tidur dengan lena walaupun telah diberi waktu cukup .
Ada juga yang langsung tidak boleh tidur sehingga menyebabkan keletihan melampau, sakit kepala, perasaan mudah marah dan menjejaskan kemampuan kognitif untuk menjalankan tugas harian keesokan harinya.

Gangguan tidur kerap berlaku dalam kalangan 30 hingga 50 peratus populasi manusia dengan sebab paling utama adalah stres.
Punca stres boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bebanan kerja yang berat, putus cinta, masalah kewangan dan keluarga atau menghadapi peperiksaan.
Kerisauan berlebihan pula boleh menyebabkan individu tetap mengantuk walaupun tidur lena pada malam sebelumnya.
Gangguan tidur berlaku dalam tiga peringkat:
  1. Masalah memulakan tidur.
  2. Masalah kerap kali terjaga pada waktu malam.
  3. Masalah waktu tidur terlalu pendek apabila mereka bangun terlalu awal daripada biasa dan tidak dapat menyambung tidur semula.
Masalah gangguan tidur disebabkan oleh stres akan hilang jika puncanya boleh diselesaikan.
Sekiranya stres tidak dapat ditangani dengan baik, ia akan menyebabkan kemurungan seperti gangguan peringkat ketiga.

Baca Tips Mengatasi Stres

Sumber :
Utusan Malaysia
Isnin, 26/03/2012


6 comments

AlyzaFisol said...

tak best bile mengalami masalah tido...badan sentiasa tak rasa fresh..huhuh

obat maag said...

sip..thanks infonya ..

AbgferOz said...

alyza : yupss.. badan kna cukup rehat untuk memulihkan tenaga yg telah digunakan :)

obat : bereh2 :)

Tulus Sweet said...

huhhh~ i cant sleep when my friend "gayut"....:(

AbgFeroZ said...

tulus : heee.. part tuh kna inform dia kasi tau.. nak gayut pi kat pokok :P kalu tidak sampai bile2 la dia tak paham..

Kaio said...

aku pun ada masalah untuk tidur malam. itu lah yang menyebabkan aku lesu bila bangun di siang hari. dan memang tak elok utk kesihatan. skrg ni cara aku untuk counter balik masalah tidur malam ini adalah buat banyak benda di siang hari supaya aku letih. :)

jgn lupa singgah blog aku ye.
http://kaio.my

Powered by Blogger.