Jamadil Awal





Jamadil Awal

Jamadil Awal merupakan bulan yang kelima daripada bulan-bulan Islam. Sebagaimana
bulan-bulan yang lain Jamadil awal juga mempunyai catatan sejarahnya tersendiri.

Pada bulan Jamadil Awal tahun ke 8 Hijrah telah berlaku peperangan Mu'tah di
sebuah tempat yang bersempadan dengan Syam (karak). Peperangan ini berlaku dsebabkan
terjadinya pembunuhan terhadap utusan Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra di Syam
iaitu Al-Harith Ibn Umair Al-A'zdi. Ini menimbulkan kemarahan orang-orang
Islam dan mereka telah menyiapkan 3 ribu tentera muslimin untuk menyerang Syam.
Tentera musuh melebihi 200 ribu orang.

Bukhari meriwayatkan daripada Anas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w diberitahu
mengenai kematian Zaid, Jaa'far dan Abdullah bin Rawahah, lalu
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Zaid mengenai bendera gugurlah dia, kemudian diambil oleh Jaa'far beliau
juga gugur, kemudian diambil oleh Ibn Rawahah juga turut gugur. Sambil
berkata air matanya mengalir. Kemudian diambil oleh salah seorang 
" Pedang Allah" iaitu Khalid bin Al-Walid, maka Allah SWT memberi
kemenangan kepada mereka.

Info Jamadil Awal

1 ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.