Rabiulakhir





RabiulAkhir

Pengertian dan Peristiwa Penting Bulan Rabiulakhir

Pengertian
- Rabiulakhir bererti musim bunga yang akhir. bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.

Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanab Arab akan
mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba.
Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama 
Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama

Perlu diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebeum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w mengekalkanya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.

Cuaca,iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan takwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.

Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri..

Antara Peristiwa-peristiwa penting 
dalam bulan Rabiulakhir
1. Peperangan - ada beberapa peperangan yang dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan rabiulakhir diantaranya peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah/Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.

2. Pengepungan Damsyik - pada zaman khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan setrerusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.

3. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a meninggal dunia dan Sayidina Umar Al-Khattab r.a di bai'ah menjadi Khalifah yang kedua.

4. Peperangan Jamal - Tahun fitnah dimana Sayidina Aisyah r.a terheret dalam kancah peperangan menentang Khalifah Ali r.a.

5. Ramai sahabat-sahabat yang ugugr syahid antaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a

6. Imam Ghazali meninggal dunia.

Antara Peristiwa-peristiwa penting 
dalam bulan Rabiulakhir

Sumber : Buletin Surau Bakti

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.