Rukunegara di Roti Gardenia



 Roti Gardenia

heee.. semalam baru aku prasan disebalik sisi roti gardenia
yang selalu aku beli ni ada terselit Rukunegara

heee... memang terbaik la roti nie..
dah la murah.. siap letak rukunegara lagi..
memang patut dicontohi oleh syarikat-syarikat lain..
tengok Siap Bendera Malaysia dan Rukunegara


Info Rukunegara
Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat.

Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut:

"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:


  • Kepercayaan kepada Tuhan


  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara

  • Keluhuran Perlembagaan

  • Kedaulatan Undang-Undang

  • Kesopanan dan Kesusilaan



  • 12 comments

    fyna said...

    waaa...da lama tak beli roti...nak beli lah pasnih...

    AbgFeroZ said...

    fyna : hehehe beli byk2 :P

    nia marlissa said...

    semalam baru beli roti

    AbgFeroZ said...

    nia : heee meh sket lapar nie :P

    LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

    lo kakD pun selalu gak dok beli...pasal tak perasan ha...hehehe...

    AbgFeroZ said...

    ladyzul : hehehe same la baru baru je prasan :P

    Rozuan Ismail said...

    bagus jugak wat cm tuh.at least beri kesedaran

    AbgferOz said...

    rozuan : kalu tak hafal gak tatau la.. heee.. O.o"

    cikpjaz said...

    elok jugak diorang mcm ni, sebab skrg ni remaja bukan nya tahu sngt..kalau yg tahu pun separuh je..
    sambil2 mkn boleh la hafal =]

    Arra Ahmad said...

    sambil makan sambil baca..bagus2.:)

    shahdiana said...

    tulah salah satu teknik nak ajar kepentingan rukun negara..tapi ada jugak yang buta-buta tak tahu menda...

    AbgferOz said...

    cikpjaz : hihihi btoi2 kasi cikpjaz hafal :P

    arra : hehehe kalu mkn mmg tak baca lew :P

    shahdiana : hihihi btoi2 :) ramai yg taktau..

    Powered by Blogger.