Pengertian dan Peristiwa Penting bulan Rabiul Awal






Pengertian dan Peristiwa Penting bulan Rabiul Awal

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga
bagi tanaman mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan
Rabiulawal pokok buah buahan mula berbunga dan setersnya berbuah. maka
nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka.
dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah
mengekalkan nama Rabiul Awal ini sehinggalah sekarang. Manakala
maksud bagi bulan Rabiul Akhir atau Rabiul Thani pula
ialah bulan kedua musim bunga.

Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

1. Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
(12 Rabiulawal tahun gajah).

2. Perlantikan Nabi menjadi rasul.
(berumur 40tahun)

3. Hijrah
- Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al Munawwarah
pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah
sampai di Quba' pada hari isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di 
Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda 
menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan
- Peperangan Safwan (Badar Pertama)
- Bawat, Zi Amar (Ghatfan)
- Bani An-Nadhir
- Daumatul Jandal
- Peperangan Bani Lahyan

5. Wafatnya junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w
(Hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632 M.)
- wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan
di Madinah al-Munawwarah.

6. Pembukaan Iraq
- Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah
memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam
di bumi Iraq di zaman Saidina Abu Bakar ra.

7. Pembukaan Baitul Muqaddis
- Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam
menewaskan Salib dan seterusnnya membuka pintu
bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H


Info dari Buletin Surau Bakti

4 ulasan

Arra Ahmad berkata...

ya..banyak peristiwa yang berlaku bulan Rabiul Awal kan?

Unknown berkata...

arra : yupss.. tak sangka plak :) baru nak tau ihihih

Nadia berkata...

macih abg feroz sudi share..:)

p/s :: traffic site ke blog abg feroz lagi hebak kan..:D

Unknown berkata...

miss nadya : heee.. sesame :)

sikit2 jew :)~

Dikuasakan oleh Blogger.