Maksud Jenis Bunga





Sebelum menghadiahkan bunga kepada seseorang anda perlu mengetahui maksud
tersirat dan tersurat jenis bunga yang bakal dihadiahi sekiranya anda tidak mahu di salah faham oleh mereka...

Bunga Carnations
Adalah bunga yang paling dikenali di seluruh dunia. Bunga Carnation selalunya dihargai dan menyenangkan. Ia ada dalam pelbagai warna dan pada asasnya adalah simbolik kepada tarikan cinta

Bunga Gerbera Daisy
 Gerbera Daisies menjadi ‘favorite flower’ untuk menunjukkan perasaan yang ceria. Walau bagaimanapun secara tradisinya bunga ini memberi maksud kecantikan dan kejujuran

Bunga Orkid
Dengan fizikalnya yang eksotik, sifat bunga orkid 'represent rare and delicate beauty'. Keunikkan bunga orkid sebagai pemberian mengekalkan ingatan yang berkekalan kepada penerimanya. 
Bunga Lily  
Sekiranya anda mencari bunga yang melambangkan persahabatan dan kesetiaan, bunga lily mempunyai ciri-ciri dan kualiti tersebut. Terdapat dalam pelbagai warna dan jenis, pada asasnya juga melambangkan ketulinan, penghormatan dan sumber aspirasi


Bunga Ros
 Tiada bunga lain yang dapat menandingi kemasyurannya sebagai bunga pemberian yang paling diminati. Sebagai sumber inspirasi, bunga ros memberikan ingatan yang kuat kepada cinta dan kasih sayang. Ketahui maksud Setiap warna Bunga Ros DISINI

Bunga Matahari
Keceriaan warna kuning yang membara serta kuntumannya yang besar, bunga matahari bukan saja mewakili tenaga suria kita malah akan mekar mengadap cahaya suria tatkala langit cerah benderang. Bukan sekadar membawa maksud ‘warmth and adoration’, malahan melambangkan 'longevity'. Malahan pemberian bunga ini juga dapat menceriakan hari seseorang

Bunga Tulip
 Dengan memberi maksud 'being perfect love', bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan 'elegant' dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang‘sophisticated’ dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland

Bunga Seri Pagi atau Violet
Kesetiaan yang diharapkan oleh sebuah percintaan yang dibina.

Bunga Dahlia
Hati yang sering kali berubah-ubah ataupun pendirian kepada jawapan yang tidak tetap dalam sesuatu hubungan yang tidak pasti.

Kaktus
Ketahanan cinta dalam badai yang bakal datang. Walauapa pun yang diharungi semasa alam percintaan pasangan tersebut akan terus mengorak langkah untuk membina mahligai di masa hadapan.

Bunga Jasmine
Membawa tuah kepada sesuatu perkara yang tidak di sangka-sangka

Bunga Anggrek 
melambangkan kecantikan yang sempurna. Jika ada yang memberikan bunga anggrek kepada wanita, pesan yang tersirat adalah 'saya ingin menjadi orang yang Anda cintai'. 

Segala Info Ini telah di godek2 dari lebih 10 website
untuk memastikan info yang tepat..
harap tiada kesilapan..


Maksud Jenis Bunga

4 ulasan

biela bell berkata...

tak penah bagi bunga lagi kat orang..haha..tapi kena amik taw jugak utk elak memalukan diri sndiri bila tbe2 nak bg bga kat sape2 dikmudian hari.ngeh3x

AbgferOz berkata...

biela : hihihi jarang ada prempuan kasi bunga.. tpi oke gak tuh.. hihihi

fyna berkata...

<< tak suka bunga.. ^^;

Unknown berkata...

sis fyna : hahah takpe2 nnti kasi daun je :P

Dikuasakan oleh Blogger.