Header Ads

Makna dan Kelebihan Selawat keatas Rasulullah



Makna dan Kelebihan Selawat

Makna Selawat
- Secara umumnya selawat adalah jamak dari kalimat solat.
Di segi bahasa pula, ia bererti doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat.

- Dalam pengertian lebih luas, berselawat kepada Nabi Muhammad bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman Nya yang bermaksud. " Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. " ( Surah Al-Ahzab:56)

Kelebihan dan Kebaikan Selawat ke atas Rasulullah
- " Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari khiamat." (Riwayat Tabrani).

- " Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya." 
(Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).

- " Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. " 
(Riwayat Ahmad Nasai)

Sumber : Buletin Surau Bakti

4 comments

iszieylyanziy said...

marilah kita sama sama selawat :)

Cik Rose Cute said...

Jom! selawat sambil berblog..

AbgFeroZ said...

isz : same2 la kita :)

cik rose : hihih molek gak tuh :)

Arra Ahmad said...

jom..jom...jom..:)

Powered by Blogger.