Jom Sertai Bicara Minda bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad





Tun Dr. Mahathir Mohamad


PROGRAM BICARA MINDA BERSAMA YABHG.TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan satu program bicara minda bersama pemimpin tercinta kita iaitu YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad atau lebih dikenali sebagai Che Det. Beliau merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang berkhidmat paling lama iaitu selama 22 tahun dan beliau akan berkongsi segala pengalaman bersama anda semua terutama dalam bidang kepimpinan.

Sehubungan itu, Program Bicara Minda Bersama YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dilaksanakan khas buat para belia. Program ini terbuka kepada semua kepimpinan belia berumur 18-40 tahun. Sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini sila daftarkan diri anda dengan menghubungi nombor berikut:

CIK NURUL ADIBAH – 017-4191190
EN. MOD NADZRI – 013-3479063 / modnadzri@kbs.gov.my
EN.ASRUL - 03-88713294 / asrulabu@kbs.gov.my
CIK MARCELLA – 012-6746640 / marcella@kbs.gov.my

Maklumat program adalah seperti berikut:

TARIKH : 24 FEBRUARI 2012 (JUMAAT)

TEMPAT : DEWAN TUN DR. ISMAIL, PWTC, KUALA LUMPUR

MASA : 8.30 PAGI - 1.00 PETANG

PAKAIAN : FORMAL

Kepada semua yang menjadikan beliau sebagai Idola dan Ikon dalam hidup anda, pasti tidak mahu melepaskan peluang duduk dan bersama-sama menjana minda untuk menjadi seseorang dan mungkin pemimpin yang lebih baik di masa hadapan. Penyertaan adalah TERHAD kepada 1000 orang sahaja.

SILA SAHKAN PENYERTAAN ANDA SEBELUM 21 FEBRUARI 2012.

FIRST COME FIRST SERVE!

4 ulasan

Tanpa Nama berkata...

waaaa..... nak gi jgk if ad masa .

camne ek? kne bayar ke?

AbgferOz berkata...

natasya : free je..ada gak blogger join.. tpi kna cepat la tempah tempat.. kalu tidak full :)

ridoma berkata...

best ni. Mesti pegi =)

Unknown berkata...

ridoma : heeheh wajib2 :)

Dikuasakan oleh Blogger.