Header Ads

DalaM Tandas Bikin Panas



Cerita Lawak : Dalam Tandas Bikin Panas

Ketika dalam perjalanan pulang dari kampung, aku singgah sebentar di kedai buku MPH di Mid Valley untuk mencari buku rujukan. Ketika sedang mencari buku tersebut, tiba-tiba perut aku terasa memulas-mulas. Aku pun terus keluar dari kedai tersebut dan mencari tandas yang terdekat.
Ketika aku sedang asyik melayan perut aku yang semakin memulas-mulas,
tiba-tiba aku terdengar orang yang berada di dalam... tandas sebelah bersuara.
“Hah, macam mana sekarang?”
Aku pun bukannya suka sangat berbual dengan orang yang aku tak kenal.
Tapi aku layan je la.
“Ok jugak la..”
Lepas tu orang tu pun bertanya lagi.
“Engkau nak pergi mana ni??”
Aku mula berasa musykil. Betul ke dia ni bercakap dengan aku.
Aku pun jawab je la.
“Aku on the way balik..singgah sini jap. Nak beli buku..”
Orang sebelah tu pun bertanya lagi.
“Bila engkau nak gerak ni..?”
Aku pun jawab.
Lepas habis ni aku nak pergi beli buku. Lepas tu balik la..”

Kemudian orang yang berada di tandas sebelah tu pun berkata..
“Wei, kejap lagi aku call kau balik. Tiap kali aku tanya soalan kat kau,
mamat bodoh sebelah ni plak yang jawab..!!”


Cerita Lawak : Dalam Tandas Bikin Panas

4 comments

majirashid said...

ha3..lari²..

AbgferOz said...

majirashid : hihihiih :P

Arra Ahmad said...

kah kah kah..lawak tol..

AbgFeroZ said...

arra : heee.. saboe jela..

Powered by Blogger.