Saturday, December 31, 2011

Happy New Year 2012

8

 Selamat Tahun Baru 2012

Happy New Year


░░░░░░░SELAMAT░TAHUN░BARU░░░░░░░░ ░░░░█████░█████░░███░█████░░░░░ ░░░░█░░██░██░██░████░█░░██░░░░░ ░░░░░░░██░██░██░░░██░░░░██░░░░░ ░░░░░░██░░██░██░░░██░░░██░░░░░░ ░░░░░██░░░██░██░░░██░░██░░░░░░░ ░░░░██░██░██░██░░░██░██░██░░░░░ ░░░░█████░█████░░░██░█████░░░░

Selamat Tahun Baru dan Happy New Year kepada
semua blogger dan rakan-rakan yang sudi mengunjungi blog JiwarOsak
diharap anda semua akan terus support dan support
blog ini... thanks for everything :)

love you all... muahxXx

Uji Minda Anda Dengan Membaca Ayat Ini

5


T A H U K A H  A N D A ?

heeee.. percaya tak otak kita dapat membaca text dengan ejaan yg terbalik..
bukannya ejaan yang pelik mcam... felik ka kie text eiu mcam nie...

tak percaya.. ? cuba baca text di bawah...

Oatk ktia mmapu membca apa sjaa aayt wlaauupn eajanyna baynk ynag sliap.
Dnegan ayart hruuf petrama dan treakihr breada pdaa temapt ynag beutl. Tiadk
pelru membcaa hruuf dmei hruuf tetpai sebrais aayt selakigus. Heabtkan?
Oatk saipa ynag msaih brefngusi isla LKIE FNAPGAE KMAI

heee.. dapat tak ?
hik hik hik..

Cubaan Jual Anak Dara Tak Jadi

12

kartun muslimah
kartun muslimah

Cerita Lawak :  Cubaan Jual Anak Dara Tak Jadi

Alkisah...
Seorang pemuda yg bernama Mat datang ke rumah 'bakal' mertuanya,
utk discuss tentang wang hantaran yg perlu diberikan. Maka ibu si gadis tadi pun
menunjukkan 'senarai harga' wang hantaran seperti dibawah:
Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran
diseluruh Semenanjung Malaysia:

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000

Setelah melihat kertas yg ditunjukkan, maka berlakulah perbualan dibawah:
Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga.
Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu.
 Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye..".

Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye.
Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan,
biar jauh dari maksiat"..

Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku.
Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap".

Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni.
Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik,
malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus,
jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU,
ENJIN pon tak bagus... TU!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu
makcik boleh simpan...


p/s... heee.. lain kali nak mintak berpada-pada lee...
lepas kahwin pown nak pakai duit gak..
(tak semua orang mampu..)

Friday, December 30, 2011

Kantoi Isteri Curang ?

6

Cerita Lawak : Kantoi Isteri Curang ?

Tersebutlah kisah dua orang hantu.
Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi
masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka,
Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang
kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
 "Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!"
Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
 "Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation?
 Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu,
aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku.
So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje
tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je.
Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku.
Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik.
Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki
kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab.
So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh.
Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat
berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack.
And aku tak sangka aku mati lak..."
kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A.
Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk?
 Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.


p/s... adeiii..jumpa juga dia dengan pakwa bini dia..
hik hik hik

Gambar Mykad/Kad Pengenalan Baru Diperkenalkan

5

Kad Pengenalan Baru

Gambar KETUA Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara,
Datuk Jariah Mohd Said menunjukkan kad pengenalan baru yang akan mula
dikeluarkan pada 3 Januari. Foto: Effendy Rashid (30/12/2011)

heee... tak sabor rasanya nak tukar mykad baru
macam2 ciri keselamatan diperkenalkan bagi mengelakkan
pemalsuan yang berterusan dari pihak yang tidak bertanggungjawab..

Gambar Mykad/Kad Pengenalan Baru Diperkenalkan

Mimpi Bas Jatuh Gaung

9


yeyyy...syukur alhamdulillah.. percutian aku di kuala perlis
berakhir sudah dengan tiada kejadian yang buruk...

semalam 1st time aku naik bas untuk jarak yang jauh..
kuala perlis ke kL.. perghh ada gak 8 jam atas bas...
mula2 tuh segan gak nak balik naik bas dengan kejadian kejadian
yang selalu kita dengar membabitkan bas...

dalam perjalanan balik ke kl semalam aku sempat lagi mimpi
yang bas aku naik ni jatuh gaung...
fuhh.. sempat mengucap 2 kali sebelum bas jatuh ke bwah..
ngam ngam 2 kali terus terhempas dan aku terus terbangun
dari tidur sambil selak2 langsir tengok keadaan diluar..

syukur alhamdulillah selamat lagi aku..
fuhhh... maybe sebab tak biasa dan mind dah set macam2
tuh yang bley mimpi jatuh gaung tuh...
lepas bangun tuh memang susah nak tidur la.
takut mimpi sama berulang lagi...
heee...

adeiii... syukur sangat2 akhirnya dah sampai kL..
heee..mcam takut la plak nak naik bas lepas nie..grrr...
adeiii.. cite kat mak dngan abg aku diaorg bley
gelakkan aku plak.. cisscake btoi....
mau je tarek telinga diaorg...

p/s... dah sampai kl nie.. ada tak yang nak lepak sama
untuk newyear nie.. ?

Koleksi Gambar Lawak dan Menarik

5

 Koleksi Gambar Lawak dan Menarik
 potong bawang..
 exam punya pasal..
 awek lawa ?
 seksi sudah...
 queen control ?
 heee... adeii..
 heee.. bijak bijak :P
Koleksi Gambar Lawak dan Menarik

Thursday, December 29, 2011

Soalan Percubaan SPM Negeri 2010

0

Soalan Percubaan SPM Negeri 2010


Soalan Percubaan SPM 2010 Negeri Perlis
Matematik Kertas 1, Kertas 2, Skema
Matematik Tambahan Kertas 1, Kertas 2, Skema Kertas 1, Kertas 2
Bahasa Inggeris Kertas 1, Kertas 2
Bahasa Melayu Kertas 1
Matematik Tambahan Kertas 2


Soalan Percubaan SPM 2010 Negeri Terengganu
Bahasa Inggeris Kertas 1, Kertas 2
Bahasa Melayu Kertas 1, Kertas 2
Matematik Kertas 1, Kertas 2


Soalan Percubaan SPM 2010 Negeri Perak
Perdagangan Kertas 1 Kertas 2 Skima

Soalan Percubaan SPM 2010 MRSM
Bahasa Inggeris Kertas 1, Kertas 2
Bahasa Melayu Kertas 1, Kertas 2

Untuk Soalan Yang Lebih Banyak dari mata pelajaran yang lain
boleh rujuk sumber asal di : KELAS TAMBAHAN


Soalan Percubaan SPM Negeri 2010

Soalan Percubaan SPM Negeri 2011

0

Soalan Percubaan SPM Negeri 2011

Bahasa Melayu 


Pendidikan Islam


Sejarah


Untuk Soalan Matapelajaran lain anda boleh
layari sumber asal Soalan di : BANKSOALANSPM

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan PMR Negeri 2011

4

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan PMR Negeri 2011
bagi memudahkan lagi adik2 untuk
menghadapi PMR saya telah kumpulkan
Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan PMR 2011
yang mana adik2 boleh download dengan mudah dan percuma

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan PMR Negeri 2011
Negeri Kelantan
Negeri Pahang
Negeri Perlis
Negeri Selangor
Negeri Kelantan
Negeri Sarawak
Negeri Sabah
Negeri Pulau Pinang
Negeri Negeri Sembilan
Negeri Johor
Negeri Kedah
Negeri Melaka
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Negeri Terenganu
Negeri Perak

selamat mengulangkaji pelajaran..
do your best and good luck for PMR

Koleksi Kertas Soalan
Peperiksaan Percubaan PMR Negeri 2011

thanks to our sumber : BumiGemilang


Tingkatkan Pelawat Blog Melalui FacebOok

8

Pelawat ke blog JiwarOsak.Com

facebook bukan sahaja tempat chat or mahupun game..
facebook juga banyak membantu dalam mempromosi sesuatu..
sedar tak anda facebook mampu menarik traffic yang tinggi ke blog ?

sedar tak sedar facebook banyak menyumbang traffic ke blog
jiwarosak.com dan banyak lagi blogger2 famous..
tapi.. tak semua orang rajin nak cerita
dari mana asal usul traffic blog diaorg...

so sini aku nak share sikit sebanyak macam mane nak dapat
traffic yang banyak dari facebook..
entry nie special utk mereka-mereka yang tak henti-henti
support blog aku dari awai blogspot sampailah ke .com

1. Add kawan kasi ramai..
2. Creates fanpage (rajin2 dapatkan LIKE)
3. gunakan aplikas ini AUTOPING
(setiap entry yang di post di blog akan auto post di
facebook profile dan fanpage)

tuh ja.. senang ja kan ?
heee.. semua orang boleh berjaya..
nak dan tidak ja :)

heee.. jangan lupe like fanpage den..

Wednesday, December 28, 2011

Kisah Suami Terlampau

14

Cerita Lawak : Kisah Suami Terlampau

Ketika ayah sudah siap sarapan, tiba2 satu sms berbunyi di meja makan.
Barulah si ayah sedar yg anaknya lupa membawa hp ke sekolah.
Ayah membaca sms yg dikirim oleh seseorang yg x bernama.
Alangkah terkejutnya ayah bila membaca sms yg tertulis lebih kurang begini.

'' hai sayang selamat pagi. Kenapa tak datang rumah baby semalam?
Baby tertunggu2 tau. Terus terang, baby x boleh lupakan saat2 manis
bersama malam dulu. Enak sekali! Oh ye, malam ni line clear,
 sayang blh datang kerumah baby... X sabar nk tunggu sayang.
Kita main 3 round ok? Jangan lupa bwa kondom... ''

 Ayah tergamam, lalu memanggil istrinya..
'Cuba ko tgk sms ni, tak tau apa nk jadi dgn anak kita ni!'
 Ibu seakan2 x percaya... Dia hampir pengsan membaca sms itu.
 Setelah anak pulang dari sekolah si ayah terus menerpa anaknya.

 'ko nak ke mana malam ni?'
 'kerumah kawan, kami belajar sama. Exam kan dah nk dekat'
 'lalu apa maksud sms ni?' si ayah membentak.
 'lar... Ni kan sim kad ayah... Hp ayah kan rosak.
Semalam ayah sendiri tukar kan sebab nk tunggu sms penting?' jwb anaknya.
 si ayah lari... Ibu pulak mengejar dgn penyapu....=.="


p/s.... heeee...lain kali check betoi2 sebelum
nak menuduh orang lain.. kan da terkena
kat diri sendiri...
hik hik hik

Tuesday, December 27, 2011

Awek Lawa ? Awek Seksi ? Awek Gebu ?

14

Awek Lawa ? Awek Seksi ? Awek Gebu ?

heee...bila nak bercinta
macam2 mata kita request kadang2 tak terfikir apa yang hati kita mahu..
tup tap tup tap mata dah memilih.. aku suka awek nie.. seksi beb...
tup tap tup tap mata memilih lagi.. aku suka awek nie cantik siott..
tup tap tup tap mata tamak pilih lagi... aku suka awek nie gebu sehh..
adeiii last2 sampai 3 skali mata nak.
adehh.. last2 ketiga-tiga melepas kok kantoi..
heee...

percayalah.. walau secantik mana.. walau seseksi mana.. dan
walau segebu mana pun yang anda pilih..
anda pasti tidak akan kekal..
kerana.. anda memilih berdasarkan mata.. coz mata tidak akan pernah puas..
esok2 jumpa lagi yang lebih cute,seksi, dan gebu...
tukar baru...

so percayalah.. kalu nak memilih biarlah dari hati...
kerana hati tahu.. apa yang perlu untuk diisi didalamnya..
dan hati juga tahu yg hanya dia yang boleh bertahta dihati..

tak percaya ? cuba tengok gambar nie..
lawa tak awek nie.. ?
cuba pusingkan kepala anda 180 darjah
dan anda akan mendapat jawapan yang anda cari..
heee...

mata selalu menipu..
tetapi tidak pada hati..

p/s... jiwang la plak aku hari nie..
adeiiii...

ChatbOx Baru Gantikan Shoutmix Berbayar

20

chatbox baru

seperti yang kita tau shoutmix bakal mengakhiri zaman bujangnya
dengan zaman berbayarnya...

so kepada sesiapa yang belum lagi tukar shoutmix kepada
chatbox baru aku cadang gunakan fibox chat
kerana senang nak register, simple dan speed post yang laju
heee.. stakat nie oke lagi kowt..

ape lagi.. meh la ceraikan shoutmix ramai2...
sebelum awai tahun..

cara register senang ja

1. pergi REGISTER masukkan email dgan passwd
2. then verify kat email
3. terus bley login dan copy code

heee.. tak perlu tunggu lama :)
sementara stok masih ada...
ahaks..

UPDATED : TIDAK DIGUNAKAN LAGI
ADA IKLAN 

Tengok Matahari Terbenam

11

 heeee. awek jlan2...
 adeii terlepas 10 saat..
sejuk ja mata memandang..


adeiii..waktu aku sampai matahari baru nak terbenamm..
lawa sehh.. elok turun motor sat.. masukkan duit dalam dompet
keluarkan hp nak tangkap gmbar
tengok tengok matahari dah nyuruk..

adehhh tak sampai 30saat kowt..
dalam 20saat gitu tengok2 matahari dah nyuruk...
geram jew.. isk isk isk..

kalu free hari nie nak pegi lagi..
fuh.. mintak2 kali nie dpat la tangkap gambar matahari terbenam..


Monday, December 26, 2011

Masjid Terapung Kuala Perlis Sebelah Jeti ke Langkawi

7

 tepi pantai kuala perlis
 Siapa nak pergi ke LANGKAWI ?
 sejuk ja mata memandang :P
cuci mata sambil makan ABC
 menara pandangan :P terbaekk..
Masjid Terapung kuala Perlis


heeee..beshnya bercuti kat kuala perlis nie..
bley cuci2 mata kat tepi pantai kuala perlis..
siap bley bergambar2 lagi...
hik hik hik..

part yang besh tepi pantai ni ada banyak kedai makan sedap sedap..
dan yang tambah lagi menarik bley tengok
matahari terbenam... kalu nasib baek..
coz sebelah langkawi awan asyik tebal je...
heeee...

heee.. cuci mata pown oke gak..
awek2 kuala perlis comel2 gak :P

p/s.. siapa dok kuala perlis meh la teman makan ABC
hik hik hik..

Survey Kajian Persepsi Rasuah Malaysia dapat topup rm10

5

rasuah
Rasuah
Oleh itu anda yang berada di dalam kelompok Generasi Belia
yang berumur 21 hingga 40 tahun dijemput untuk menyertai
survey ini. Jawapan ikhlas anda dapat membantu pihak IPPBM
dalam mendapatkan gambaran mengenai fenomena sebenar yang berlaku.
Oleh itu diharap anda semua para belia harapan negara dapat menyumbangkan
sedikit masa anda untuk masa depan negara dengan mengisi borang kajian
ini agar kita dapat memperbaiki index persepsi rasuah negara yang
semakin membimbangkan.
Sebagai tanda menghargai jasa anda, pihak IPPBM akan memberikan
sagu hati berbentuk nilai tambah pra-bayar (top-up credit)
bernilai RM10.00 kepada 5,000 orang pertama yang menjawab survei ini.
 Nombor kod top-up akan dikirimkan melalui email kepada anda
yang berjaya selepas pihak IPPBM menerima kesemua 5,000
borang soal selidik yang dijawab oleh responden.
Dan ingin kami ingatkan bahawa wang dan hadiah bukanlah
nilai kajian ini, apa yang kami mahukan adalah ketulusan
dan keikhlasan para belia untuk menyumbangkan sesuatu
kepada pembangunan negara walaupun ianya hanya sekadar
berbentuk sehelai kertas namun percayalah sumbangan anda
semua amat bermakna buat negara yang tercinta ini.
Untuk melengkapkan survey ini anda dikehendaki pergi ke
laman rasmi IPPBM di link berikut :
***************************************************
Note: Pemberian prabayar ini akan diperolehi didalam
masa dua minggu waktu bekerja.Hanya 5,000 orang yang pertama
 sahaja layak menerima sagu hati ini. Juga buat meraka yang
mengisi borang kajian Parlimen belia yang lepas borang kajian
sedang diproses dan Tambah Nilai prabayar untuk 5,000
orang yang pertama sedang diproses dan anda akan menerimanya
didalam tempoh masa terdekat. Sekian.
TOPUP FOR CELCOM AND MAXIS SAHAJA
Sumber : Vyrec

Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com

1

Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011
 
bapak bapak dan ibu ibu yang ada blog..
mari mari.. yang jauh mari dekat yang dekat mari rapat..
heee... kali nie den nak habaq mai naa..
 
jum la juin Segmen Pencarian Blogger Aktif...
adeii best naa.. rugi tak juin...
nak traffic free tak.. ?
mai na juin segmen nie..
 
syarat dia tertakluk kepada blogger aktif SAHAJA..
kepada yang nak juin bley klick banner di atas dan rujuk
syarat yang telah di tetapkan...
 
heeee.. da siap kowt.. ?
mata da ngantuk tapi masih menaip entry nie..

Sunday, December 25, 2011

Gambar Lawak : Papan Tanda Lawak

5

Andakah yang dicari.. ?
 adeyyy..
 potong jangan tak potong :P
 heee.. no comment :P
 memang tak sempat la :P
 good luck ..?
 hahahah teruk btoi..
 tak sedor2 lagi..
 apa nak buat ? stop
 heee.. kna pi ambik kursus dlu :P
errr... ??

heee.. papan tanda lawak ini ditaja oleh syarikat google dan facebook
so enjoy gambar gambar di atas

#COPYPASTE

Gambar Papan Tanda Lawak

Cerita Lawak : Isteri Terlampau

7

kartun awek

Cerita Lawak : Isteri Terlampau

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam
dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan
mereka yg ke 50 tahun. Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui,
susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria,
tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan
 abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni,
pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu,
lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang,
Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"
"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah,
dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,
"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama,
"Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin,
terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu
hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"
"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita,
"Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu
dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi
tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan
maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak",
kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"
"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan
dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat"
jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi
jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang
tanpa bayaran apa-apa pun.." "Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan,
tapi abang tetap maafkan maria
 sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana
sayangkan abang jugak..

yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri.
Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah,
"Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan
abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

adeiii..gila otai bini dia...
hik hik hik..

p/s... heee..lawok lawok je.. jangan mareh..
Cerita Lawak : Isteri Terlampau

Saturday, December 24, 2011

Gambar Lawak : Batman, Spiderman dan Wolverine

8

heee.. kesian semua superhero nie..

adeyy....
antara semua superhero ini ada yang tidak boleh
 menyelamatkan orang terutamanya baby..

tak percaya ?

meh tengok gambar di bawah...

--------------
-------------
-------
---
--
-
heee.. tengok..
ape da wolverine nie...



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More