Cerita Lawak : Kisah Malam Pertama

Kisah Malam Pertama


Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.
Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran.
Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin.
Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.
"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu.
" sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain.
Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan
pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi.
Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin,
aku menoleh ke arah isteriku. "Kita tidur dulu lah yer.
Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu.
Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi.
Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.
Jari jemariku lembut membelai rambutnya.
Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan
"Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.
"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur.

Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus.
Semerbak harumnya menusuk deria bauku.
Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini.
Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi,
 namun...
"Kringggggg...."
"Tik..tik..tik..tik..."
"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku.
Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu.
Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku.
Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.
Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu.
Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi.
Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng.
Juga sekeping kad berbunyi...

Selamat Pengantin Baru,
Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi.
Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!


p/s... heee.. susah gak dapat kawan gila-gila mcam nie..

Kisah Malam Pertama


11 comments

CekbOlat-bOlat said...

kahkahkah.. rasenye cekbolat nak buat gitu jgk nnt kt kwn2.. hakhak..

Capid said...

kuang asam nye member.. baru nak wat projek dah tergendala.. huhuhu

hudahassan said...

hehe . kwn2 yg sporting glet . haha . boleh knekn kwn nih :))

AbgferOz said...

cikbolat : kalu nak kna sekeh dngan kwan tuh buat lah hahaha

capid : hahaha tuh la.. tergendala habis niat..

huda : hahaha kwan2 yg nak kna sekeh mcam tuh la :P

missgadyz said...

hahaha.. comel betol... best jugak kalau terkena macam nie.. :))

bidimon said...

hahahaha..... potong stim tul...

AbgFeroZ said...

missgadys : hahaha.. tamo la terbantut sehh..

bidimon : hahaha.. tau xpe.. mesti angin je

misshannajr said...

hahaha..siot jer member cm gitu..lain kali bukak hadiah dulu la :P

AbgferOz said...

misshannajr : heee.. tuh la.. laen kali kna buka dlu :P

mikeyvio said...

hahahahhaa...nicee~ sumpah lawak! :D

AbgferOz said...

mikey : hhahaha..jgan ditiru da lah hahaha

Powered by Blogger.