Adab dan Hukum-hakam Hari Raya AidilFitiri



Adab dan Hukum-hakam Hari Raya AidilFitiri

1. Bergembira Ketika Hari Raya Aidilfitri
- Aisyah RA meriwayatkan : mafhumnya :
"Bahawa Abu Bakr RA penah masuk menemui beliau (Aisyah),
ketika itu terdapat 2 orang budak perempuan sedang memukul gendang
pada hari-hari Mina (hari rayay al-adha), sedang Nabi SAW berselubung dengan pakaian baginda,
lalu Abu Bakr menghalang mereka berdua, lalu Nabi SAW menyingkap pakaian
yang menutup wajah baginda dan bersabda:
" Biarkan mereka berdua wahai Abu Bakr,
kerana sesungguhnya hari ini adalah hari raya."
(Hadis riwayat al-Bukhari didalam sahihnya, Kitab al-'Iedain)

2. Mandi Sebelum Keluar Menunaikan Solat Hari Raya
- Imam Malik RH meriwayatkan sebuah hadith didalam al- Muwatto'
Maksudnya : "Bawasanya ' Abdullah bin 'Umar akan mandi pada
hari raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat.

3. Makan Sebelum Keluar Menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri
- Hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik RA katanya :
Maksudnya: " Adalah Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi
hari raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa
biji Tamar... dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil."
(al-Bukhari:953)

4. Bertakbir pada Hari Raya Aidilfitri
- Takbir Hari Raya adalah termasuk dalam sunnah yang agung
berdasarkan firman Allah SWT :
Maksudnya : " Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah
kamu mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu,
supaya kamu bersyukur." (al-Baqarah: 185)

5. Lafaz takbir Hari Raya Aidilfitri
- Abu Ishak al-Syirazi Berkata :
Mafhumnya : " Ini kerana Nabi SAW telah mengucapkan lafaz ini
ketika baginda berada diatas bukit Safa. " (al-Muhazzab:1/121)

6. Ucapan Tahniah Pada hari raya Aidilfitri
- Semoga Allah Menerima (amalan) dari kami dan anda semua.
- ( Selamat ) Hari Raya yang diberkati.

Atau Ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan
tahniah yang dibenarkan.

7. Bercantik dan Berhias di Hari Raya Aidilfitri
- Daripada Jabir RA katanya :
Mafhumnya: " Nabi SAW ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk 2 hari
raya dan hari Jumaat. " (Sahih Ibn Khuzaimah: 1765)

- Memakai pakaian cantik dan berhias pada hari raya ini adalah untuk
kaum Lelaki, dan tidaklah disyaratkan pakaian yang baru. Adapun untuk kaum
wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa
seperti sabda Nabi SAW :
Maksudnya: " Dan hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan tidak
berwangi-wangian. " (Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Irwa' al-Ghalil)

Larangan ini termasuk juga berhias dan bercantik yang melampau yang mampu
menarik minat kaum lelaki
. Sudah tentu keadaan seperti ini akan
menimbulkan keburukkan.

8. Keluar dan Pulang dari solat melalui jalan yang BERLAINAN
- Daripada Jabir bin Abdillah RA katanya:
Maksudnya: " Nabi SAW, ketika hari raya baginda membezakan jalan
(pergi dan balik dari solat hari raya). "(al-Bukhari:986)

* Dua jalan yang berbeza tersebut akan menjadi saksi
dihadapan Allah pada hari khiamat
nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan
pada hari khiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara
yang baik dan jahat.

Sumber : Risalah Adab dan Hukum-Hakam Hari Raya
Jabatan Mufti Negeri Perlis


4 comments

Azmie said...

x biasa lah makan sblm gi solat aidilfitri.. biasa minum air jer.. lepas bermaaf-maafan satu family baru la makan ramai2.. hihi.. time tu lah ada org bg salam nk raya.. so makan la ramai2 lagi.. hihi =)

AbgferOz said...

azmie : lorhh... makan dlu la.. then baru bersalaman dngan famly baru pi solat :) mcam raya umah org la.. dtang mkan dlu then beraya :)

Zul Fattah said...

ok.. done.. semua dah buat.. haha..

AbgferOz said...

zul : bgus2 :) mudah-mudahan diberkati slalu :)

Powered by Blogger.