Hari-Hari Yang Patut Potong Kuku



Potong Kuku Ikut Turutan

Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya -
barang sesiapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu
- Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat
dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad
- Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk
kemiskinan.

Hari Isnin
- Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa
- Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu
- Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk
kepadanya kepapaan

Hari Khamis
- Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk
kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat
- Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada
hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya
rahmat daripada Allah S.W.T

Jadi, Kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya.
Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan
kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya
selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada
tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang
ke tanah
kerana kita juga adalah unsur tanah dan bukannya ke tong
sampah sekalipun tong sampah itu bersih.

SUMBER : DARIPADA PAPAN BULETIN SURAU TAMAN .....

PERCAYA atau TIDAK ? heeee...ntOh aku pun taktau...
tapi orang tua-tua ada cakap kerat kuku elok hari jumaat
sebelum nak pi solat jumaat tuh :)


Ini Jawapan Yang Admin dapat dari website islam.gov
Jawapan
Memotong kuku adalah salah satu daripada amalan sunat yang pernah
ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan memotong kuku dan ia  boleh
dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Namun, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat
adalah lebih disyorkan untuk melakukan ibadat dan amalan-amalan sunat.

Oleh yang demikian, adalah sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
Petikan yang dinyatakan oleh saudara/ri itu bukanlah dari nas al-Quran mahupun hadis.
Wallahua'lam


21 comments

peachippo said...

hehhee..a'ah kan..org tue2 dulu cakap jumaat dengan isnin jee boleh kerat kuku..yg laen tak taw betool ke tak..ghehe..

Nyamuk Terbang said...

kerat kuku hri jumaat jer sllu

Misz Nine said...

Pic tangan tu salah lukis ke? kenapa nampak mcm pelik?

AbgFeroZ said...

hippo : heee. tuh la yg tau isnin dngan jumaat jew :)

nyamuk : heee.. nyamuk pun ada kuku kew ? hahaha

misz Nine : heee... hik hik.. tatau la.. :)

FariehanIbrahim [LBC] said...

nice en3!
dlu da pnah terbaca..tp da lupa..
(-___-")

AbgferOz said...

fariehan : heee... potong kuku lupe tak ? hihihih

Umie Artoqiemie said...

sabtu ahad ngeri ...

Ct Aja said...

wau first time baca menda ni.. suka en3 ni..

taoslayerz said...

tao baru jer potong kuku...

n bru terbaca post feroz nih...

xdpt nk ikot langkah ikot kuku mana tuh..

tao main tibai jer..hehe

el said...

bgs2 info ni
sllu je potong ari kamis or jumaat

Dunia CMRatu said...

pernah dengar juga.. tapi tak tahu la betul ke tidak.. :)

dhiera said...

pernah baca gak sebelum ni~
betul ke tak, tak tahu la saya~ hu

zareliqa afiqa said...

Betul ke ni? Yang ikut urutan bila nak potong kuku tu taw lar..huhu=.=

Saiful Bakhtiar said...

ada org cakap potong kuku malam2 nanti pendek umur..mitos kot...

kayrul-shah said...

tambahan ilmu pengetahuan nie..selalu main bantai potong jer..hehehe

AbgferOz said...

umie : heee.. tau xpe

ct : heee.. tuh la :P kna rajin belik2 ni..

tao : heee.. lpas nie kna ikut la kowt :P

el : hik hik.. yups.. mudah mudahan di berkati slalu :P

dunia : hee... info ni ambik kat surau :P

dhiera : tpi hari jumaat tuh mmg ramai yg ckap :)

norinaomar said...

sorry dear..saya rasa awak patut remove entri ni sebab adab potong kuku tu ialah hadith palsu..

http://aduhaimedia.com/hadith-palsu-tentang-adab-potong-kuku/

AbgFeroZ said...

norina omar : remove ? tengok la nnti tak sure lagi pasal benda nie..

petikan ini pown di ambil dari surau kwasan rumah sya.. nnti akan di kemas kini insyallah kalu ada masa..

P. said...

errmm...check ni bro:

http://fitrahislami.wordpress.com/2011/10/10/hadis-palsu-tentang-adab-potong-kuku/

AbgFeroZ said...

P : thanks for da info.. insyallah nnti akan rujuk ustaz balik utk pindaan :)

thanks skali lagi atas keperihatinan anda :)

E-ra paSha said...

salam..
Berdasarkan pencarian saya, ini yang diketemui:


من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب


Maksudnya: "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."

Powered by Blogger.