KfC Malaysia Buat Maklum Balas Kes Video Tersebar





Pengumuman
Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh
seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang
menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan
makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu
sebagai berniat jahat dan merupakan seranga terang-terangan terhadap
organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian
 tersebut kepada pihak polis.

Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah
dimuat turun di halaman YouTube.

Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa
kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini.
Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu
untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan
memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.

KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi
dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia,
anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan
perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius
di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini
semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian
perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri
daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia
akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang
telah diketahui selama ini.

Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.

Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd

SUMBER : KFC MALAYSIA

p/s... tak baek woOoo dengki dengan orang...
bile kfc dah ambil tindakan trase mcam nak pi kfC la plak :)
heeee.. lapar lapar ....

21 ulasan

Cik SHiNJU berkata...

video tu mmg betul staff kepsi kan?

syarifahsidrus berkata...

yeay..boleh g kepsi semula

AbgferOz berkata...

shinju : ntoh laa.. maybe kowt :) tuh yg dia maklum blas...

syarifah : yeyy... jum jum :P

Liyana Zahim berkata...

Mtk2 dpt tgkp jantan shilake toh!!!!

dyg (-_-) berkata...

seranga terang terangan <--pekehel?

nwy, np dia xbuang krja individu itu?rosakkn imej kedai hasben aku ja

Unknown berkata...

semoga kejadian nie x berulang laie...:)

Scha Nazri berkata...

sebab sorang, satu kfc kat mesia, terpalit sama. -.-'

Tanpa Nama berkata...

Tapi video tu memang pekerja kfc. Kenapa nak lapik lagi. Haihh, teruk betul

ejoy berkata...

bagus2Penyiasat SKMM Minta Password

AbgferOz berkata...

liyana : heeee tuh arr den peminat setia kfc niee..

dyg : diaorg tak dpat detect lagi sape individu tuh... hik hik.. kdai husband ? nak kfc free hik hik...

cheqhaizan : heee mintak2 laa.. kalu ulang lagi mmg tak pi dah la..

syazana : tuh la... biadap sungguh...

farah : heee.. sorang dari beribu2 :) mmg tak dpat nak kawal.. tuh yg diaorg nak pasang cctv :)

iidyll iceness berkata...

br jer mkn kfc 2 hr lps...huhuhu

ejulz berkata...

ni bukan salah kfc.. tp salah mamat yg kurang ajar sukati dia je buat makanan camtu.. tgk la apa akan jadi kat dia lps buat rezeki camtu.. org camtu patut kene ambik tindakan serius. biar bagi pengajaran kat org lain.. heHe

fyna ahmad berkata...

erk....
kes dengki la nih.
hurm.

tak nak kepsi.
nak sate.
;p

Yunn Sarah berkata...

da tgk da video tuh ..
geli seyhhh ! ...
btui2 budak kfc tuh ..
bju kfc ,
kitchen tuh kt kfc ....
ta kn cctv ta nmpk ...

AbgferOz berkata...

uchik : sedapkan :P heeee...

ejulz : yupsss.. salah dak yg tak ckup perhatian... kesian kesian...

fyna : heeee... tok habis2 sate dia hahahah....

yunn : heeee.. blum psang agi cctv.. baru nak psang tuh :) bismillah ja sblum makan :P

zool berkata...

Yang sebar video tu pun kena hati2. kalau KFC nak saman memang terlungkup masing-masing nak masuk mahkamah

AbgferOz berkata...

mr lonely : thanks for da visit :P

zool : heee... tuh la video kabur2 tak bley nak post sni tkut fitnah plak tuh yg tak post :) so bubuh maklum balas dari kfc ja :)

Norasikin berkata...

Apa la yg dia dengki sangat tu. Dia tau ke sapa yg order kepci tu? Org yg tak salah yg kena

Ghab Van Hal berkata...

ok, japgi nak gi makan kfc la..=)

AbgferOz berkata...

sikin : tuh la... diaorg nie busuk hati sngat...

ghab : mkan utk aku skali k :)~

Mitch berkata...

Kes terpencil je kan.. hmm..

Dikuasakan oleh Blogger.