Header Ads

Tips Atasi Anak KenCing Malam



LEBIH separuh kanak-kanak mengalami masalah enuresis,
mempunyai ibu bapa yang juga mengalami masalah sama.

Kencing Malam (ENURESIS)
Apakah Enuresis?

Enuresis ialah terma dalam perubatan untuk kencing malam. Ini adalah satu
keadaan dimana kanak-kanak kencing tanpa disedari semasa tidur.
Kebanyakan kanak-kanak berhenti kencing malam selepas berumur 5 atau 6 tahun
tetapi ada juga kajian menunjukkkan yang 10%-15% daripada kanak-kanak yang
berumur 5-12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masaalah
dalam sistem buah pinggang Kajian menunjukkan di Malaysia masih terdapat
lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun
masih lagi kencing malam.



Apakah sebab Enuresis?

Kencing malam boleh disebabkan :
■Ruang pundi kencing yang kecil.
■Gangguan tidur,kebanyakkan pesakit yang kencing malam dikatakan mereka
tidur terlalu nyenyak. Walaupunbagaimapun tiada bukti yang kukuh untuk
menyokong pernyataan ini.
■Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.
Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam.

5 panduan atasi anak kencing malam
■Jumpa doktor bagi menghentikan permasalahan ini jika anak anda berusia enam
atau tujuh tahun. Ujian akan dijalankan bagi memastikan anak bebas daripada
masalah jangkitan pundi kencing.
■Jangan hukum anak kerana ini memberinya lebih banyak tekanan. Kanak-kanak ini
tidak upaya mengawal tabiatnya dan hukuman akan menjejaskan jati dirinya.
■Hormati hak peribadinya - kanak-kanak malu kerana kencing malam dan tentu dia
tidak mahu orang lain juga tahu mengenai masalahnya.
■Latih anak bangun malam untuk kencing. Amalan setiap malam akan mendidik
akal dan tubuhnya untuk bangun membuang air kecil sebelum dia kencing di katil.
■Berfikiran positif dan sabar. Beritahu diri anda yang usaha si anak menghentikan tabiat
ini memakan masa. Sikap kurang sabar hanya menjadikannya lebih tertekan.

Sumber daripada : Berita Harian Online dan Info Sihat

9 comments

Myra Ayreen said...

http://myraayreenmurshemellow.blogspot.com/

Chakk Chakk ... laga laga pp dulu .. me datang Menjenguk .. sambil bace bace Entry yang very the buggy and buzz nih .. hehehe ..

hit me back okey dear ..

NotaGedik : hehehehe .. kene salin ni .. tips tips ni .. 10 tahun akan datang dah ade anak cam gini .. senang .. :p

saya_arief said...

haha..bagus lah..
kene amalkan nih.
:D

AbgferOz said...

hihihih... tadi skodeng2 terbace tuh yang post entry nie :)

mia.lia said...

sblum tido,kncing
pki stokin,urut kki nan mnyak pns n jgn psg kpas kuat sgt


jgn slh fhm..sy xkncing mlm..he3

mira_nas said...

ada petua yang suh tonngeng sebelum tido.. dalam lima mint gitu.. kepala ke bawah.. kaki ke atas

AbgferOz said...

hahahaha...
tgok tuh.. pkar kencing mlam dah kasi tips :)
hihihih

apiey said...

wah..berguna nie..walu xde anak lg..tp sbg persedian..hehe

Cikbelog said...

haha penyakit zaman budak2.. ;p

AbgferOz said...

hihihih... owank besar p0wn kdang2 ada :)

Powered by Blogger.