Khasiat dan Kegunaan Timun dalam kehidupan seharian





Khasiat Timun

Timun sememangnya mempunyai pelbagai khasiat.
Terdapat dua jenis timun iaitu yang boleh dibuat acar dan untuk dihiris.
Timun yang digunakan untuk dibuat acar kebiasaannya bersaiz lebih kecil.

Timun diketahui kaya dengan bahan yang boleh menyejukkan.
Malah ketika cuaca panas sayuran itu
amat bermanfaat untuk membantu melegakan mata yang
tertekan akibat panas terik. Selain itu, timun juga menawarkan pelbagai
manfaat lain yang berguna untuk manusia...

Nilai Nutrisi bagi setiap 100 gram timun yang belum dikupas
karbohidrat - 3.63gm
gula - 1.67 gm
serat - 0.5 gm
lemak - 0.11 gm
Protein -0.65 gm
Thiamin (vitamin B1) - 0.027 mg
Riboflavin (Vitamin B2) - 0.033 mg
Niacin (Vitamin B3) - 0.098 mg
Asid Pantotenik Acis (Vitamin B5) - 0.259 mg
Vitamin B6 - 0.040 mg
Folat (Vitamin  B9) - 7 ug
Vitamin C - 2.8 mg
Kalsium - 16mg
Besi - 0.28 mg
Magnesium - 13mg
Fosforus - 24mg
potasium - 147 mg
Zink - 0.20 mg
  • Timun yang disapu ke wajah boleh mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit.
  • Bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat di dalam timun menjadikan sayuran tersebut baik utk kulit. Timun yang segar boleh memberikan kelegaan kepada masalah ulser, gastritis dan pedih ulu hati.
  • Hiris timun mampu mengurangkan bengkak pada mata.
  • Pengambilan timun setiap hari membantu mengawal ekzema, artristis dan juga gout.
  • Timun juga bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah pada paru-paru, perut dan dada.
  • Potasium didalam timun menjadikannya sangat berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah.
  • Timun mengandungi Erepsin - Enzim yang membantu menghadamkan protein.
  • Jus timun membantu mengalakkan pertumbuhan rambut terutamanya jika ditambah jus lobak merah, kubis dan bayam. Campuran jus timun dan lobak merah juga bagus untuk masalah reumatik disebabkan lebihan asid urik dalam badan.
  • Kaya dengan mineral, timun boleh membantu menghalang masalah kuku.
p/s... sumber : Kesihatan - Mingguan Malaysia.
da lame x taep ikut text.. penat la plak.. hahaha

3 ulasan

abgferOz berkata...

balek nie nak kna mandi timun..
mane tau jadi puteh melepak :P
hik hik

Aida Azryn berkata...

Thanx 4 de info~ :)

sollehahn berkata...

timun ni mmg bagus utk gout...dulu aku kena gout teruk..smpi takleh jalan..pastu aku beli timun banyak2..makan sambil bw, dah macam snek...gout tu kurang sikit2...skang ni memang dah xde masalah bengkak kaki

Dikuasakan oleh Blogger.