Sinopsis Jangan Pandang Belakang Congkak 2




Jangan Pandang Belakang Congkak 2

Dibintangi oleh

Mazlan Ahmad, Cat Farish, Lisa Surihani, Azlee Jaafar, Pak Pie, Bob Kuman, Nora Danish, Ruminah Sidek, Ebby Yus, dan Wangi The Fabulous Cat

Genre
Komedi Seram

Sinopsis
Setelah berjaya menewaskan Mustika dan memulihkan Punai dan
Asmat dalam JPBC yang lalu, Pak Mor terus berusaha untuk
memperhebatkan ilmu yang ada padanya.
Pada suatu hari, ketika dia sedang membaca jampi menteranya,
tiba-tiba tubuh Pak Mor kejang dan serentak dengan itu satu
gumpalan asap keluar dari tubuh Pak Mor dan dari asap
 itu muncul Mustika. Keadaan ini membuktikan bahawa Pak Mor
dan Mustika sebenarnya mempunyai hubungan dan berpakat untuk
mengambil kesemua harta dan saka-saka Pak Sudir setelah kematiannya.

Tujuan mereka mengambil kesemua saka-saka Pak Sudir,
adalah untuk kekal muda selama-lamanya. Namun yang demikian, Punai
dan Asmat cuba untuk menggagalkan rancangan mereka.
Situasi ini memaksa Pak Mor dan Mustika bertekad untuk
menghapuskan Punai dan Asmat.

Usaha untuk menghapuskan Punai dan Asmat sentiasa menemui jalan buntu.
Mereka bijak menghalang diri mereka dari kawalan Pak Mor dan Mustika.
Pada satu hari, mereka telah berjumpa dengan seorang bomoh yang
dikatakan mampu membantu mereka. Wak Ketari mempunyai
ilmu kebomohan dan bersetuju untuk mengajar mereka.
Tidak mudah untuk mempelajari ilmu dari Wak Ketari kerana dia
turut mengenakan beberapa syarat serta peraturan untuk dipatuhi.

Punai dan Asmat menghadapi berbagai masalah semasa belajar kerana
Wak Ketari seorang yang tegas dan garang. Sebelum mereka lulus,
mereka dikehendaki menjalani satu ujian di mana mereka
dikehendaki menangkap hantu.
Walaupun pada mulanya mereka keberatan menurut tetapi kemunculan Seha
iaitu anak tunggal Wak Ketari mengubah pendirian mereka serta merta.
Dalam pada yang sama, Pak Mor dan Mustika terus berusaha menjejaki
mereka bagi misi menghapuskan kewujudan Punai dan Asmat.

Adakah Punai dan Asmat berjaya dalam ujian yang diberikan
oleh Wak Ketari? Bagaimana pula dengan usaha yang
dilakukan oleh Pak Mor dan Mustika bagi menghapuskan Punai dan Asmat.

Jangan lupa untuk menonton Jangan Pandang Belakang Congkak 2
bermula 7 Oktober ini di pawagam berhampiran anda.

Info
 Filem yang menelan kos sebanyak RM 1.8 juta ini merupakan
filem usahasama antara MIG dengan Golden Screen Cinemas.

TELAH mula ditayangkan pada 7 Oktober 2010.


8 comments

NARDtheNERD said...

dah tgk ke belum abg feroz?..=))

tia said...

tapi sam takde kann?
xbest!! :(

AiDa AzRyN said...

Wah~~ t nk tengok cte tu~

wannurfazrini said...

baru je tgk tadi. ok serius kelakar !

shazika said...

sy nak tgk cter nih
tp member2 duk kata cter lawak bodoh cmni tak yah tgk lah.
huhuhuhu

sy nak tgk sbb lisa berlakon,

abgferOz said...

ngeee... blum tgok lagi..
tp mcam nak pergi tgok ja..
tp mlas nak bratur...
tp mcam besh ja..
tp xda masa...

p/s... ada orang nak teman aku tgok x ?

dya adriza said...

Eh.. sapa punai? sapa asmat? macam lain je nama dari jpbc1 dulu..

::::.cik itam..:::: said...

da kuar erk.. tp mybe xg tgk kot... sbb nt ad je kat TV n kat site sharing dan sbb sam xde kot...

Powered by Blogger.