Chef Wan Terima Pangkat Dato'







alhamdulillahh.. setelah 4 kali menolak tawaran
utk menerima pangkat dato'
akhirnya chef Wan akur juga utk menerima
anugerah itu daripada Pemangku Yang
di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah Sempena Hari Wilayah Persekutuan
di Istana Negara...

Kegigihan mempromosi masakan dan
budaya masyarakat Malaysia di mata dunia
turut membolehkan Chef Wan dianugerahkan
pelbagai pengiktirafan antaranya ..


Fellowship Award dari Thames Valley University of London,
Anugerah Ahli Mangku Negoro Paku Buono (AMN) dari Raja Majapahit,
Chef Melayu Moden Terbaik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan
The Best Celebrity Chef In The World di World Gourmand
Cookbook and Media Awards 2009.

"Saya sedar bukan mudah untuk membawa gelaran Datuk. Apatah lagi
memikirkan penampilan saya yang selamba. Imej berseluar pendek
ke mana saja dan celoteh saya kadangkala yang suka
cakap lepas menyebabkan saya menolak secara baik
empat tawaran sama sebelum ini daripada beberapa negeri berbeza.


"Saya percaya nama Chef Wan itu sendiri sudah mempunyai jenamanya
yang tersendiri. Pengiktirafan ini penghargaan cukup besar buat saya.
"Alhamdulillah rezeki yang saya terima ini sebagai berkat daripada kesabaran
dan kegigihan mempromosikan masakan di seluruh pelosok dunia.
Penghargaan ini juga mencabar saya untuk bekerja lebih kuat lagi.
"Tidak perlu panggil saya Datuk. Biarlah orang mengenali
saya dengan gelaran Chef Wan saja," katanya.

fUhhh.. ble bace luahan dari Chef Wan rase mcam rendah diri plak...
bkan main fames agi Chef Wan di mata dunia... tp beliau sentiasa bersikap
sederhana dan rendah diri..ckup ckup dan ckup kagum dngan beliau..
anyway congrats di ucapkan kpada Chef Wan.. semoga dngan gelaran
Dato' akan terus menaikkan nama Chef Wan di mata dunia :)

p/s.. pangkat datO' dah dpat.. agak2 bley nak trima pangkat datuk plak..
al maklumlah serina dah kawen :)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.